Pages

Friday, November 19, 2021

Islam, Melayu dan Eropah Tua. (Islam, the Malays and the old Europe)

 https://books.google.com.my/books?id=oDcQAAAAIAAJ&printsec=frontcover&source=gbs_ge_summary_r&cad=0#v=onepage&q&f=true

 

Siapa yang rajin nak baca buku ni, silalah saksikan bagai mana bangsa Melayu pada tahun2 sebelum 300BC (dizaman Scythians) dimana peranan bangsa Melayu bersama bangsa latin Yunani di Macedonia mencorak bangsa dan negara-negara eropah.

 

*“Have those who muddled our histories purposely omitted from them the record which connected the black Malays, red Medes and Romans with the pools of Dorset and Brownsea?”+

 

Kisah di dalam buku ini ada yang di dalamnya, konsisten dengan kisah yang tercatat dalam buku Sejarah Melayu dan Hikayat Merong Mahawangsa serta kaitannya dengan pembentukan Langkasuka yang akhirnya memberntuk Kedah Tua.

 

Kaitkan pembacaan di atas dengan teori mengapa ada keperluan bangsa kolonial barat di abad ke-14 hingga ke 17, berusaha memecah belahkan empayar Islam Melayu Melaka yang menguasai keseluruhan Selat Melaka.

 

Bangkitlah bangsa Melayu dalam kerangka Islam, bukan dengan semangat perkauman, assobiyah dan bigotry kebencian agama, tetapi dengan akhlaq qudwah hasanah sifat fatanah baginda Rasulullah saw.  Bukan dengan semangat, emosi dan sentimen ketuanan Melayu, tetapi hanya dengan sunnah baginda saw dan kembalinya jati diri asli Melayu untuk memperlihatkan keindahan Islam dimata mad’unya (iaitu orang yang belum Islam) bagi mencapai maksud (tujuan) kita sebagai manusia diciptakan oleh Allah SWT, iaitu mentauhidkan Allah SWT rabbul jalil.

 

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْاِنْسَ اِلَّا لِيَعْبُدُوْنِ