Pages

Tuesday, November 12, 2013

Bekas yg bocor

bekas oh bekas,
Bekas yg penuh berisi air,
Bekas cantik biar tak sempurna,
Dulunya penuh, berkurang kini,
Dek kerana ditembus ditebuk berkali,
Cuba ditampal selamatkan air,
Untuk kurangkan air mengalir,
Namun ditusuk juga, ditebuk bergilir,
Bekas oh bekas,
Tembusan tebukan terlalu banyak,
Dihina dicerca diasak dilanyak,
Terus ditembus ditusuk koyak,
Nak ditampal pun tidaklah layak,
Air yg penuh kini bertitis,
Bekas ditembus bertiris tiris
Tembusan tebukan seperti berkudis,
Nak dibuang sayang, disimpan sadis,
Nak buang sekarang atau nak tunggu habis?
Yang pasti bekas air mengering,
Akibat ditembus ditusuk sering,
Terkini teruk diasak rabak
Terlanjang bekas ditembus dikoyak
bekas susah nak diselamatkan
Minta Pencipta beri panduan,
Nak laku apa, hendak putuskan,
Hendak dibuang atau disimpan,
Masih peluang selamatkan bekas
Asal tusukan henti berbalas
Jangan lagi ditebuk ditebas
Kalau sayang akan si bekas
Jika tidak begitu jadinya,
baikilah bekas, isi yg lain
Boleh diminum waktu bermain
air baru sedap dirasa
Bekas disimpan bagai mutiara
Lupakan lama semuanya lara
Nikmati yang baru enak terasa.
- Posted using BlogPress from my iPad

No comments:

Post a Comment