Siapa yang rajin nak baca buku ni, silalah saksikan bagai
mana bangsa Melayu pada tahun2 sebelum 300BC (dizaman Scythians) dimana peranan
bangsa Melayu bersama bangsa latin Yunani di Macedonia mencorak bangsa dan
negara-negara eropah.
*“Have those who muddled our histories purposely omitted
from them the record which connected the black Malays, red Medes and Romans
with the pools of Dorset and Brownsea?”+
Kisah di dalam buku ini ada yang di dalamnya, konsisten
dengan kisah yang tercatat dalam buku Sejarah Melayu dan Hikayat Merong
Mahawangsa serta kaitannya dengan pembentukan Langkasuka yang akhirnya memberntuk
Kedah Tua.
Kaitkan pembacaan di atas dengan teori mengapa ada
keperluan bangsa kolonial barat di abad ke-14 hingga ke 17, berusaha memecah
belahkan empayar Islam Melayu Melaka yang menguasai keseluruhan Selat Melaka.
Bangkitlah bangsa Melayu dalam kerangka Islam, bukan
dengan semangat perkauman, assobiyah dan bigotry kebencian agama, tetapi dengan
akhlaq qudwah hasanah sifat fatanah baginda Rasulullah saw. Bukan dengan semangat, emosi dan sentimen
ketuanan Melayu, tetapi hanya dengan sunnah baginda saw dan kembalinya jati
diri asli Melayu untuk memperlihatkan keindahan Islam dimata mad’unya (iaitu
orang yang belum Islam) bagi mencapai maksud (tujuan) kita sebagai manusia
diciptakan oleh Allah SWT, iaitu mentauhidkan Allah SWT rabbul jalil.
وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْاِنْسَ اِلَّا لِيَعْبُدُوْنِ