"Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu dan Aku telah redhakan ISLAM itu menjadi agama untuk kamu (cara hidup untuk menempuh dunia ini) " ~
Surah Al-Maidah ayat 3
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhFgl9fzO0fk9JYBrp_Gx6rKc5IVmgYdBsNz1kEYxu0XwcusRYa6MfLNx0JwBg6CC-6FJ4lF_ss-C91kWp6Pmkys3ztX0CB_ut6RLiIP1r8SYOmG6yrMBhLhstwHYQit3yaHANwYbs5uw/s200/1-food8.jpg)
Sehingga takut melaksanakan kemakrufan dan menegakkan kebenaran kerana takut pada boss, pada pemimpin, kehilangan harta, wang dan kekuasaan
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjs5KXr00VIrcHsIpVg8J8_OYOUyc9D7FxzcNMpBvuHyLSoWTl6JGsFSkFcvDu02pEfv3sS4r4HvyluwtcOwFx5n4Yyue41kVZ_IvlUuFuh6sVPct_sRyS_Oc2JvJV3XKZI_ieNJcEdqw/s200/1-food7.jpg)
Ramai yang mengkesampingkan agama atas dasar kuasa, kekayaan, kesibukan dunia, kemajmukkan bangsa, globalisasi dan sebagainya sedang kesyumulan Islam itu sejagat (universal) melangkaui sempadan masa, tempat dan keadaan. Cuma yang diperlukan ialah ilmu, ikhtiar, kebijaksanaan, doa dan tawakkal yang kesemuanya bersandarkan iman.
Baginda SAW menambah dengan menyamakan umat Islam pada akhir zaman seperti makanan lazat yang terhidang. Sesungguhnya kesemua makanan itu tidak melawan apabila sedang dijamu. Begitulah halnya dengan umat Islam diseluruh dunia yang terhidang dengan banyaknya untuk diratah oleh musuh Islam
![]() |
Umat Islam di Palestine, Kashmir, Chechen dah lama dijamu dan diratah semahunya |
![]() |
Ramai umat Islam sangka negara mereka akan kekal aman |
Dalam pada umat Islam ini dibuai kemewahan dan keamanan yang direncah dengan resepi Chef Sekular dengan masakan NASIONALISME, KOMUNISME, LIBERALISME, SOSIALISME, KAPITALISME yang manis bak gula, lazat bak ayam panggang yang membawa penyakit Diabetes dan jantung, umat Islam sebenarnya sedang dinanti untuk diratah.
Dan pabila sampai tika itu, umat Islam tidak menyedari bahawa virus Al-Wahan telah memakan zat-zat iman dan akhlaq.
Dan apabila sudah sampai masa, musuh-musuh Islam akan terus meratah umat Islam dengak belahaknya tanpa ada belas dan tanpa umat Islam dapat melawan walau sedikit pun atas kerana tiada lagi kekuatan Iman dan Akhlaq
Kesemuanya ini berlaku adalah kerana umat Islam sendiri tidak lagi yakin akan KESEMPURNAAN Islam dan memperlekehkan hukum Allah yang telah Al-Khaliq cukupkan untuk makhluqnya...maka tunggulah akibatnya
Dan pabila sampai tika itu, umat Islam tidak menyedari bahawa virus Al-Wahan telah memakan zat-zat iman dan akhlaq.
![]() |
tiada belas kasihan bila dah mula meratah |
![]() |
Musuh akan meratah licin sehingga iman dan akhlaq tidak lagi terkesan |
Kesemuanya ini berlaku adalah kerana umat Islam sendiri tidak lagi yakin akan KESEMPURNAAN Islam dan memperlekehkan hukum Allah yang telah Al-Khaliq cukupkan untuk makhluqnya...maka tunggulah akibatnya