SeeHeart4Life OnLine Shoppe (Sila klik icon untuk mula shopping di sini)

4Life Research LLC - Digital NewsStand

Sunday, October 24, 2010

Apa nak jadi dengan pewarisku nanti

Saya berkunjung ke Singapura sudah berkali-kali. Setiap kali ke sana saya rasa amat sedih melihatkan keadaan sebuah negara yang pernah mendaulatkan Islam sebagai agamanya dan Melayu sebagai pemerintahnya. Kini, keadaan amat berubah dengan Melayu hidup bagai terpinggir oleh deru arus pembangunanan yang hanya dikerumini oleh bangsa pendatang. Benarlah lirik lagu yang pernah diharamkan di Malaysia yang berbunyi,

"Nenek moyang kaya raya,
tergadai seluruh harta benda,
akibat sengketa sesamalah kita,
bumi dipijak milik orang"

Mungkinkah perkara ini akan berulang di Malaysia pula suatu hari nanti. Di Singapura sekarang ni, nak mencari makanan halal dah hampir sama macam berada di Colombo Sri Lanka. Maksudnya, tak susah sangat seperti ketika di Tokyo, Amsterdam, Paris, Hanoi dan lain-lain, tapi dah jadi macam kategori negara orang bukan Islam seperti Sri Lanka, Kemboja,  Saigon di Vietnam dan lain-lain sedangkan dulunya tak macam tu langsung.

Bila balik ke Kuala Lumpur, ketika berkunjung ke The Curve, Pavillion, The Garden, terasa sangat bahawa satu hari nanti kita mungkin jadi macam tu juga. Bukan sahaja dari segi kemodenan prasarananya tetapi juga dari segi terpinggirnya nilai Melayu dan Islam yang asal.

Semalam saya, isteri dan anak-anak berkunjung ke Pavillion. Perut semakin lapar lalu kami berkunjung ke food courtnya yang juga dikenali sebagai Food Republic. Pemilik Food Republic ini berbangsa cina dari Singapura bernama Dr George Quek. Beliau memiliki rantaian food court dengan jenama "Food Republic" di Singapura dan Malaysia.

Pada penglihatan saya, saya adalah satu-satunya yang memakai kopiah di kepala. Saya juga sempat membuat statistik secara rawak melihatkan cara pemakaian perempuan Melayu di tempat itu. Sudah tentunya saya definisikan Melayu hanya melalui pandagan mata saya semata-mata (naked eye). Saya dapati hanya 1 dari 10 memakai tudung, 1:30 dari yang memakai tudung, memakai pakaian Islam sempurna, 4:5 memakai pakaian menjolok mata, Di samping itu, sempat juga saya perhatikan berapa orang yang menoleh kearah saya kehairanan mungkin kerana saya memakai kopiah - iaitu setiap 4 orang.

Makanan halal - cuma 1 dari 5 peniaga makanan memaparkan tanda halal. Pada pandangan saya, 3 dari 5 kelihatan tidak halal atau meragukan. Oleh itu, cuma 33% dari peniagaan yang kelihatan halal yang memaparkan tanda halal.

Minuman - Ketika memesan minuman di kaunter minuman, saya sengaja cuba menguji dengan memesan di dalam bahasa Melayu. Maklum balas yang saya terima  ialah menyedihkan. Kalau air "sour sop" tidak difahami sebagai "durian belanda", tak mengapa, tetapi kalau sampai air tebu hanya tahu dikenali sebagai "sugar cane", ini kes berat.

Dengan statistik keyakinan makanan halal, kefasihan bahasa, pemilikan peniaagaan makanan, pemilikan tempat makan, budaya pemakaian pakaian dikalangan kaum perempuan, senario yang melihat pemakaian kopiah sebagai pelik, nampaknya tak mustahil Malaysia juga akan jadi seperti Singapura.

Sesungguhnya, saya amat risau dengan fenomena ini.

IKLAN

ealier posting

FB Box

Blog of people that I know

  • Konflik Korea Selatan dengan Korea Utara menjadi sebuah momok yang tidak berkesudahan hingga saat ini. Memiliki mata-mata di negara lawan merupakan hal y...
    2 years ago
  • *The Love of Eagle Mom, Makes the Eaglet Fly* The love of eagle mom, makes the eaglet fly Not cowardness of love, will only causes them die. Feeding the nes...
    6 years ago
  • Anak aku Atikah sebelum ini berniaga kain cotton Gred A secara online melalui syarikatnya yang diberi nama Sweet Little Cotton Enterprise atau singkatannya...
    9 years ago

Blog of People I wish to know

Other blogs

Harun Yahya TV

Jadual Ceramah