SeeHeart4Life OnLine Shoppe (Sila klik icon untuk mula shopping di sini)

4Life Research LLC - Digital NewsStand

Friday, November 16, 2012

Bulan-bulan dalam Takwim Hijrah



Takwim Hijrah adalah berdasarkan Qamariah. Nama bulan-bulan ini digunakan sejak sebelum kedatangan Islam lagi iaitu sejak tahun 421M lagi.
  1. Muharram - bulan yang diharamkan berperang
  2. Safar - maksudnya kosong (seperti sifar) ~ kosong kerana penghuninya keluar berperang setelah tiada peperangan dalam Muharram
  3. Rabi-ul-awal - Rabi' ~ musim bunga yang awal
  4. Rabi-ul-akhir - Rabi' ~ musim bunga yang akhir
  5. Jamad-ul-awal - Jamad ~ beku (seperti Jumud) ~ musim sejuk yang awal
  6. Jamad-ul-akhir - Jamad ~ beku (seperti Jumud) ~ musim sejuk yang akhir
  7. Rajab - bulan yang dihormati - tiada peperangan
  8. Sya'aban - bercabang atau berpecah ~ penghuni kembali berpecah setelah tiada peperangan dalam Rajab
  9. Ramadhan - Ramdha' ~ sangat panas ~ musim panas
  10. Syawal - Syala ~ mengangkat ekor ~ bulan yang subur kerana musim unta mengawan
  11. Zulkaedah - bulan duduk ~ penghuni hanya duduk di rumah kerana tiada peperangan
  12. Zulhijjah - bulan haji
Kaum Arab tidak menetapkan tahunnya sebaliknya hanya merujuk kepada peritiwa besar tahun-tahun tersebut. Khalifah Ar-Rasyidin kedua iaitu Sayyidina Umar bin Al-Khattab dengan mengambil initiatif membentuk Takwim Islam pertama apabila mengumpulkan para sahabat pada 20 Jamad-ul-Akhir 17H bagi mempbuat perbincangan tentang penentuan permulaan kiraan tahun takwim Islam.

Akhirnya cadangan Sayyidina Ali ibn Abi Talib diterima iaitu tahun pertama didasarkan kepada hijrah Nabi Muhammad SAW dari Makkah ke Madinah. Cadangan Sayyidina Uthman bin Affan juga diterima iaitu menjadikan Muharram sebagai bulan pertama dalam setahun walau pun hijrah Rasulullah SAW bermula diakhir Safar, sampai ke pinggir Madinah pada Isnin Rabi-ul-awal dan masuk ke Madinah pada hari Jumaat 12 Rabi-ul-awal.

Tahun pertama hijrah ini adalah juga tahun 622M. Lebih tepat lagi hari Jumaat 1 Muharram 1H bersamaan 16 Julai 622M. Tahun masihi menggunakan kalendar Shamsiah dan mempunyai 365hari, 6 jam, 9 minit dan 9.5 saat sedangkan tahun hijrah hanya mempunyai 354 hari, 8 jam, 48 minit dan 36 saat. Oleh itu susunan bulan akan menjadi sama setiap lebih kurang 33 tahun sekali.

Tahun ini, 1 Muharram 1434H adalah bersamaan 15 November 2012. Cara menganggar tahun hijrah dari tahun masehi (contoh 2012) ialah dengan persamaan berikut: (2012 - 622) / 32 * 33  = 1433 kerana 2012 itu adalah 1 Januari .

No comments:

Post a Comment

IKLAN

ealier posting

FB Box

Blog of people that I know

  • Konflik Korea Selatan dengan Korea Utara menjadi sebuah momok yang tidak berkesudahan hingga saat ini. Memiliki mata-mata di negara lawan merupakan hal y...
    2 years ago
  • *The Love of Eagle Mom, Makes the Eaglet Fly* The love of eagle mom, makes the eaglet fly Not cowardness of love, will only causes them die. Feeding the nes...
    6 years ago
  • Anak aku Atikah sebelum ini berniaga kain cotton Gred A secara online melalui syarikatnya yang diberi nama Sweet Little Cotton Enterprise atau singkatannya...
    9 years ago

Blog of People I wish to know

Other blogs

Harun Yahya TV

Jadual Ceramah