SeeHeart4Life OnLine Shoppe (Sila klik icon untuk mula shopping di sini)

4Life Research LLC - Digital NewsStand

Wednesday, February 3, 2016

Perjuangan untuk akhirat demi kebenaran dengan akhlaq mulia, fatanah dan berhikmah

Sgt benar bicara As-Syahid Al-Marhum Ustaz Dato' Fadzil Noor. akhirat itulah tujuan abadi kita. Maka itulah juga, biarlah berada dalam perjuangan yg menyusahkan asalkan segala kehendak Allah didahulukan. Walaupun ada jalan mudah dgn bertenggek bersama umara’ yg zalim utk mencari jalan pintas tapi penuh dgn tipudaya yg menyesatkan yg mereka sediakan.

“Tidaklah Aku jadikan jin dan manusia, kecuali agar mereka menghambakan diri kepada Ku” (Az-Zariyat: 56)

Tuntutan yg paling utama ini bukan hanya untuk umat Islam malah manusia keseluruhannya, termasuk jin.

Kepada mrk yg sudah pun Islam (umat Islam) Allah memerintahkan agar diseru kepada sekalian manusia yg bukan Islam untuk mentauhidkan Allah.

"Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang soleh dan berkata : Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri." (Fussilat: 33).

Malah tuntutan berdakwah kepada mentauhidkan Allah adalah lebih tinggi keutamaannya dari syariat Islam yang lain termasuk Rukun Islam. Justeru, setiap umat Islam adalah dai’e dalam menyebarkan syiar Islam.

Dalam mempromosikan Islam, sudah tentu ada dua persepsi akan berlaku dari pandangan mad’u yg perlu diteliti oleh para daie. Yang pertama faktor menarik dan kedua, faktor menolak yang kedua2nya sama penting.

FAKTOR MENARIK sudah tentulah dari sudut pro-aktif dan pasif:
Pro-aktifnya ialah aktiviti penyampaian dalam menghampiri mad’u untuk menerangkan apakah Islam dan menjawab persoalan2 apa, siapa, mengapa, dimana dan bagaimana.
Pasif pula ialah akhlaq umat Islam itu sendiri yg pastinya diperhatikan oleh para mad’u yg mungkin shaja menunjukkan reaksi balas.

Faktor pasif iaitu akhlaq baik umat Islam yg pastinya menjadi reaksi positif menarik para mad’u itu juga boleh berubah menjadi FAKTOR MENOLAK bila akhlaq yg ditunjukkan boleh memberikan gambaran negatif tentang Islam. Inilah yg dikatakan sebagai memfitnah Islam samada secara sedar atau tidak sengaja.

Contohnya kekerapan umat Islam mendirikan solat fardhu secara berjemaah secara ramai pastinya menarik minat mad’u kerana memperlihatkan kesatuan ummah yg mungkin dipeguni oleh mereka. Tetapi memasang sangat kuat suara speaker di corong2 masjid atau surau tanpa henti antara waktu-waktu solat berhampiran kawasan kediaman yg ramai didiami oleh orang bukan Islam mungkin sahaja boleh menjadi faktor menolak oleh mad’u2 tersebut.

Jelaslah disini akhlaq memainkan peranan penting dalam berdakwah, dan oleh kerana kesyumulan Islam itu, ia tidak hanya terhad kepada sudut2 tertentu malah akhlaq baik mesti dizahirkan setiap waktu dlm semua sudut, baik social, ekonomi, politik mahupun perundangan.

Allah pada asasnya memerintahkan untuk membenci orang2 kafir kerana kesyirikkan atau keengkaran mereka.

“… Sesungguhnya kami berlepas diri daripada kamu dan apa yang kamu sembah selain daripada Allah, kami ingkar (akan perbuatan) kamu dan telah jelaslah permusuhan dan kebencian antara kami dan kamu sehinggalah kamu beriman kepada Allah dengan mentauhidkanNya…” (Al-Mumtahanah: 4)

Bagaimanapun kebencian itu tidaklah diterjemahkan sebagai kezaliman sebaliknya tetap memerintahkan agar berlaku adil.

“dan janganlah kebencian kamu kepada sesuatu kaum menyebabkan kamu tidak berlaku adil kepada mereka, berlaku adillah kerana itu lebih dekat dengan takwa…” (Al-Maidah: 8).

Selak lah sirah rasulullah saw bagaimana individu yg mengetuai sekumpulan muslimin yg tidak mempunyai kuasa memerintah, apakah akhlaq Islam bila berhadapan dengan kafir harbi?
Dalam tetap tegas dari sudut aqidah, rasulullah saw tidak membalas sebarang celaan, hinaan dan kekasaran dgn cara yg sama. Sebaliknya baginda memperlihatkan ihsan dan adil.

Peristiwa dibaling batu oleh penduduk Ta’if sehingga terzahir darah di kepala baginda. Malaikat yg dibekalkan penuh kesabaran sendiri pun meminta izin utk memusnahkan penduduk Ta’if. Baginda SAW sebaliknya menahannya dan mengungkapkan bahawa “bersabarlah, sesungguhnya mereka tidak tahu”. Maksudnya mereka jahil kerana dakwah belum sampai kepada mereka maka bersabarlah.

Peristiwa warga tua yahudi menyiram najis ketubuh mulia baginda saban hari dilorong laluan baginda. Baginda tetap shj melalui jalan yg sama walau saban hari dihina sedemikian rupa sehingga suatu hari si-tua itu jatuh sakit, baginda singgah menziarah dan memberi makan dan ubat kpdnya.

Peristiwa warga buta disebuah pasar yg setiap masa menghina, mencerca dan memfitnah baginda SAW. Baginda tetap shj saban hari menyuapkan makanan dgn penuh kelembutan ke mulut si-buta itu tanpa si-buta tahu itulah orang yg sentiasa dicerca.

Apakah natijah dari peristiwa2 di atas? Mereka akhirnya tertawan dgn akhlaq baginda sehingga dhn hidayah Allah telah memeluk Islam.

Bagaimana pula akhlaq Islam bila mempunyai kuasa memerintah?

Bila berlaku peperangan ada akhlaq yg perlu di patuhi.Tetapi diluar peperangan?

Dalam peristiwa Yahudi kafir si-Pencuri baju perang vs Saidina Ali Karamallahu wajha r.a si-khalifah penguasa unggul, hakim yg mengadilinya mendapati khalifah bersalah atas dasar bukti zahir yg dibicarakan. Islam memperlihatkan keadilan yg unggul memihak kpd si-kafir walaupun dihadapan penguasa Islam yg unggul, satu akhlaq yg menarik minat para mad’u.

Malah ketika memasuki kota Makkah dalam peristiwa Fathul Makkah, beberapa larangan dikeluarkan spt dilarang membakar rumah, menghancurkan tempat ibadat org kafir, membunuh warga tua, wanita dan kanak2 malah diarahkan kesemua mereka berlindung di rumah pemimpin Makkah, Abu Sufyan.

Lihatlah juga bagaimana Baginda rasulullah SAW tidak melarang membuat perjanjian dgn puak kafir, zimmi mahupun harbi seperti yg ditunjukkan dalam peritiwa Aqobah dan Hudaibiyyah.

Perjanjian dgn puak kafir harbi musyrikin Makkah 6 tahun sebelum peristiwa Fath al-Makkah dilakukan walaupun kelihatan perjanjian itu berat sebelah sehingga sebahagain sahabat mulai curiga seolah2 perjanjian dgn kafir harbi ini berat sebelah. Baginda dalam dakwahnya sanggup bersusah2 bila bersetuju menanda-tangani perjanjian Hudaibiyyah yg melarang seluruh umat Islam masuk ke-kota Makkah selama 10 tahun. Malah rukun Haji di Baitullah telah dipersetujui oleh baginda utk ditangguhkan sedangkan ianya adalah syariat Islam yg lebih utama yg tersenarai sbg salah satu rukun Islam. Syariat Islam ini ditangguhkan kerana ada syariat yg lebih besar akan terlaksana iaitu rahmatan lil alamin yg natijahnya berlaku peristiwa Fathul Makkah bila umat Islam memasuki kota Makkah tanpa pertumpahan darah kerana tempoh perjanjian itu digunakan sebaiknya oleh umat Islam untuk berdakwah memperkenalkan Islam secara langsung sambil memperlihatkan akhlaq indah menarik minat kesemua mad’unya.

Natijahnya walaupun dilarang memasuki Makkah pd awalnya, peristiwa fathul Makkah membolehkan pengerjaan rukun haji dilakukan saban tahun sejak itu tanpa henti sehingga hari ini. Ternyata penyelsaian mampan (sustainable solution) dari sifat fatanah dan hikmah baginda inilah menjadi antara asas kpd kaedah Fiqh al-awlawiyat dan Fiqh al-waqi'. Malah tertubuhnya kerajaan Islam Makkah yg membolehkan hukum Allah dilaksanakan dengan baik, cekap dan berkesan.

Susah payah dan penantian itu berlaku kerana adanya sifat fatanah yg berpolitik secara hikmah. Malah sebelum berlakunya peristiwa Fath Al-Makkah, baginda ditawarkan kerjasama oleh Abdullah bin Ubay dan kumpulannya konon untuk memerangi tentera Makkah. Tetapi kerjasama itu ditolak mentah oleh baginda kerana terlihat baginda akan mereka beberapa ciri-ciri munafiq spt tercatat dalam Al-Quran, maka dielak dari menerima tipudaya munafiq itu yg pastinya untuk menggagalkan perjuangan Islam.

Malah jelas didalam sirahnya, tidak pernah sekali pun baginda SAW menerima sebarang kerjasama mahu pun janji dari individu dan puak yg pd zahrnya muslim tetapi lengkap dgn ciri2 munafiq kerana baginda bijak dan sedar tentang tipudaya mereka.

Justeru, para dae’i tidak menyendoroi pintu2 umarak si-penzalim yg berciri munafiq dalam menjalankan tanggungjawab berdakwah dan mengembagkan syair Islam keseluruh alam. Dalam konteks Islam, pekerjaan yang paling bersungguh dan paling banyak berisiko adalah peperangan atau usaha menegakkan kalimah Allah di hadapan ancaman pemerintah yang zalim sebagaimana dinyatakan dalam hadith Rasulullah S.A.W yang berbunyi; Daripada Abu Sa'id al-Khudri katanya, Rasulullah telah bersabda; "Sebaik-baik jihad adalah perkataan yang benar di hadapan pemerintah yang zalim."

Imam Hassan al-Banna pula menyatakan bahawa, "Islam mewajibkan jihad ke atas penganut-penganutnya bukanlah bertujuan untuk mencari permusuhan di antara sesama manusia. Bukan pula untuk membuka jalan ke jurang tamak dan haloba kepada harta benda dunia secara merampas dengan kekerasan. Sebaliknya jihad itu diwajibkan semata-mata bertujuan untuk menjamin keamanan dan perdamaian dengan menunaikan perutusan agama yang diamanahkan Allah ke atas pundak tiap-tiap Muslim. Amanah menyampaikan risalah agama yang memberi petunjuk kepada manusa menuju ke arah pintu gerbang keadilan dan kebenaran."

Persoalan mengenai perjuangan dalam Islam juga merangkumi usaha umat Islam mengembangkan agama ini dengan menjalankan gerakan dakwah ke merata tempat di serata pelusuk dunia. Lalu, di dalam usaha berdakwah itu, mereka menghadapi sekatan, ancaman dan cabaran yang datang dari pemerintah yang zalim serta sasaran dakwah yang tidak bersikap terbuka untuk mendengar dahulu seruan Islam.

Matlamat utama perjuangan Islam adalah untuk meninggikan kalimah Allah dgn seluruh manusia mentauhidkan Allah dan menyempurnakan akhlaq manusia.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud; Diriwayatkan daripada Abu Musa al-Asy'ari bahawa sesungguhnya seorang lelaki Badwi datang menemui Baginda Nabi S.A.W dan bertanya, "Wahai RasulAllah! Ada seseorang yang berperang untuk mendapatkan harta rampasan, ada juga seseorang yang berperang untuk membuktikan kejaguhannya. Oleh itu, siapakah di antara mereka yang berada di jalan Allah?"

Rasulullah S.A.W menjawab, "Barangsiapa yang berperang demi menegakkan kalimah Allah, maka beliaulah yang berada di jalan Allah." - Riwayat Muslim.
Menegakkan kalimah ini hendaklah dilakukan secara berhikmah. Bak kat pepatah Melayu “Seperti menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus tepung pun tak berselerak”. Kalimah Allah dan syariatnya dapat tertegak tanpa Islam terfitnah dengan pandangan negative oleh yg bukan Islam zimmi mahu pun harbi.

Cara lebih mudah ialah boleh sahaja menyerondoi pintu2 penzalim tetapi akan menjadi sia-sia kerana ciri munafiq pada mereka sehingga bukan shj syariat tidak dapat ditegakkan malah Islam terfitnah.

IKLAN

ealier posting

FB Box

Blog of people that I know

  • Konflik Korea Selatan dengan Korea Utara menjadi sebuah momok yang tidak berkesudahan hingga saat ini. Memiliki mata-mata di negara lawan merupakan hal y...
    2 years ago
  • *The Love of Eagle Mom, Makes the Eaglet Fly* The love of eagle mom, makes the eaglet fly Not cowardness of love, will only causes them die. Feeding the nes...
    6 years ago
  • Anak aku Atikah sebelum ini berniaga kain cotton Gred A secara online melalui syarikatnya yang diberi nama Sweet Little Cotton Enterprise atau singkatannya...
    9 years ago

Blog of People I wish to know

Other blogs

Harun Yahya TV

Jadual Ceramah