SeeHeart4Life OnLine Shoppe (Sila klik icon untuk mula shopping di sini)

4Life Research LLC - Digital NewsStand

Sunday, January 31, 2016

POLITIK MALAYSIA - Yang mana satukah pilihan anda?


Yang mana satukah pilihan anda?

A: BN
B: PH
C: PAS

Pilihan A: BN

UMNO parti paling tunjang merupakan parti berideologi Nasionalis Sekular Melayu. Mereka dianggap asobiyah kerana sanggup buat apa sahaja mempertahankan Melayu walaupun seseorang individu Melayu itu bersalah. UMNO juga mengekalkan konsep ideologi sekular penjajah Inggeris kerana seperti yang dikatakan oleh Perdana Menteri Malaysia Pertama dari UMNO, Tunku Abd Rahman semasa mengusulkan kerajaan menganjurkan judi loteri kebajikan bahawa rakyat Malaysia mesti menerima kenyataan Malaysia adalah sebuah negara sekular.

Ramai dari pendokong UMNO bersifat chauvenist dari zaman ke zaman.
MCA, MIC, PBS adalah jugak parti2 chauvenis kaum masing2.



Pimpinan2 terdahulu UMNO yg terdiri dari golongan bangsawan dan istana dianggap wira kemerdekaan kerana merundingkan kemerdekaan dengan Penjajah Inggeris walau pun golongan agamawan sudah terlebih lama berjuang menuntut dan memberi kesedaran kemerdekaan kepada rakyat. 

UMNO mengetuai perundingan dengan penjajah British bersama2 dengan MCA dan MIC utk mewarisi bukan shj pemerintahan malah ideologi sekular dan memastikan semua kepentingan British terjaga sampai bila2.

UMNO juga mewarisi konsep 'pecah dan perintah' bagi memastikannya terus berkuasa.

Berikut adalah hakikat dan fakta tentang UMNO.

Yang mengkhianati ulama semasa era menuntut kemerdekaan ialah UMNO;
Yang jadi talibarut penjajah Inggeris ialah orang-orang bangsawan UMNO;
Yang menerima kaum cina dan India menjadi warganegara kerana menurut kemahuam tuannya iaitu inggeris ialah UMNO;
Yang menerima Perlembagaan Sekular dari Suruhanjaya Reid ialah UMNO;
Yang melaga-lagakan melayu dengan kaum-kaum lain terutama cina ialah UMNO;
Yang merayu pada PAS utk sertai perikatan membentuk BN untuk menang pilihanraya ialah UMNO
Yang kemudiannya khianatinya pula sehingga PAS hilang Kelantan juga ialah UMNO;
Yang melepaskan kedaulatan Tanah Melayu Singapura dari Malaysia kepada kaum cina ialah UMNO;
Yang menipu pimpinan PAS untuk meninggalkan PAS dan menyertai UMNO atau BN seperti Dato Asri Muda, Nakhaie dll juga adalah UMNO
Yang memberi kontrak projek2 mega kpd pengusaha cina ialah UMNO
Yang memujuk bekas pimpinan UMNO dari Semangat 46 kembali kpd UMNO mengkhianati kerbersamaan dalam Angkatan Perpaduan Ummah (APU) dengan PAS ialah UMNO
Yang melenyapkan tulisan melayu (Jawi) ialah UMNO
Yang melonglaikan bahasa Melayu dengan memperkasakan bahasa penjajah inggeris ialah UMNO
Yang menukar bahasa pengantar matapelajaran Matematik dan Sains ke Bahasa Inggeris adalah UMNO
Yang menghapuskan kuasa raja2 melayu ialah UMNO
Yang mencadangkan dan melaksanakan judi loteri kebajikan ialah UMNO
Yang meluluskan DIsko2, Kelab malam dan pusat judi ialah UMNO’
Yang meluluskan lagi menganjurkan konsert maksiat bagi anak muda ialah UMNO
Yang membiarkan arak dijual secara terbuka ialah UMNO
Yang datang terkinja2 di disko, kelab malam dan konsert ialah anak Melayu Yang dipimpin anak2 pimpinan UMNO
Yang terhoyong-hayang di disko, kelab malam dan konsert mabukkan arak ialah anak Melayu bersama anak2 pimpinan UMNO
Yang biarkan budaya maksiat dan zina ialah UMNO
Yang biarkan merebaknya pembuangan bayi ialah UMNO
Yang membiarkan budak melayu merempit (KJ) ialah UMNO
Yang menjauhkan anak muda dari Islam sehingga merosakkan akhlaq ialah UMNO
Yang berselawat bagai saban hari dengan isteri bertudung litup berjambul dan bersanggul tinggi tapi dilain waktu terdedah sana sini bercium pipi dengan artis tempatan dan Bollywood berperangai Yahudi itulah isteri2 dari ramai pimpinan UMNO
Yang menganak-tirikan pengusaha melayu dan mengali-babakan projek ialah UMNO
Yang jual saham2 melayu dari RM52bil tinggal RM2bil, UMNO
Yang kerap menipu rakyat secara berulang2 tanpa insaf ialah UMNO
Yang berpura-pura baik dengan rakyat dan PAS spt mana Inggeris berpura2 baik dengan pihak istana ialah UMNO
Yang menabur janji bagai kencing merata2 kemudian memungkirinya ialah UMNO
Yang gagal mencapai KPI 30% equity bumiputera spt dijanjikan DEB ialah UMNO
Yang gagal capai KPI minimum pemilikan hartanah oleh Bumiputera spt dijanjikan DEB ialah UMNO
Yang gagal capai KPI pengangguran bumiputera berbanding kaum lain spt dijanjikan DEB ialah UMNO
Yang gagal capai KPI minimum pendapatan bumiputera berbanding kaum lain spt dijanjikan DEB ialah UMNO
Yang gagal memenuhi janji manifesto setiap pilihanraya ialah UMNO
Yang naikkan caj tol ialah UMNO
Yang naikkan harga minyak petrol ialah UMNO
Yang kenakan GST ialah UMNO
Yang tarik balik bantuan biasiswa dan pinjaman pelajaran ialah UMNO
Yang jual rizab air dengan harga murah kpd Singapura ialah UMNO
Yang melepaskan kedaulatan Tanah Melayu Singapura dari Malaysia kpd kaum cina ialah UMNO;
Yang menggadaikan 88% peratus dari 3juta hekta tanah rizab melayu ialah UMNO
Yang melepaskan tanah milik KTM di Bukit Cagar kpd Singapura ialah UMNO
Yang jual kedaulatan negara dengan terlepasnya Tanah Melayu Pulau Batu Putih kpd Singapura ialah UMNO
Yang serahkan tanah Yang luas kpd kaum cina di Genting ialah UMNO
Yang serahkan tanah Yang luas kpd kaum cina di Cameron ialah UMNO
Yang jual kedaulatan negara dengan menjual IPP kpd negara China ialah UMNO
Yang terkait dengan skandal BMF ialah UMNO
Yang terkait dengan Skandal perwaja ialah UMNO
Yang terkait dengan skandal scorpene ialah UMNO
Yang terkait dengan Skandal 1MDB ialah UMNO
Yang terkait dengan isu TH ialah UMNO
Yang terkait dengan isu EPF ialah UMNO
Yang terkait dengan isu FGV ialah UMNO
Yang terkait dengan isu RM2.6billion rasuah (derma) ialah UMNO
Yang tamak mengaut harta negara ialah pemimpin UMNO dan isteri
Yang rakus mencuri wang rakyat ialah pemimpin UMNO dan isteri
Yang membazirkan wang negara bermewah2 ialah pemimpin UMNO dan isteri
Yang suruh rakyat ikat perut bila kerajaan tiada lagi cukup duit ialah UMNO
Yang mencadangkan Bajet 2016 Yang menyusahkan rakyat ialah UMNO
Yang mencadangkan Malaysia terjajah sekali lagi oleh TPPA ialah UMNO
Yang berkawan dengan MIC, MCA, Gerakan, PBS dll kafir harbi BN yang bukan shj menolak hukum hudud, malah menghina Islam sbg tidak relevan, undang2 rimba, merugikan ekonomi negara dan sgt kejam dan tidak bertamadun sambil kemudiannya mencabar usul ini di mahkamah….ialah UMNO
Yang sekian lama kesemua presiden2nya menolak hukum Hudud ialah UMNO
Yang tiba2 berjanji nak sokong hudud cadangan PAS ialah UMNO
Yang berkali2 buat alasan mengelak usul hudud dibentangkan ialah UMNO
Yang secara jelas menolak cadangan hudud PAS ialah Najib presiden UMNO spt Yang dinyatakan secara terang ketika ditanya pemberita
Yang jawab merapu bila rakyat sedang susah ialah menteri2 UMNO

Adakah semuanya buruk dan tidak ada yang baik? Ada. Cuma yang buruk jauh lebih banyak.

KJ Nampak lebih objektif dan berhujah dengan fakta. Mukhriz nampak lebih bersih. Kedua-duanya seperti memahami dan menghormati aspirasi rakyat sambil sudi bersama-sama turun ke bawah bertemu orang-rang kampung dan anak muda. Mereka tidak sehaluan tetapi kelihatan mempunyai prinsip yang sama. Tetapi bini masing2 masih terdedah sana sini, bergaul bukan-bukan. Mukhriz juga membawa bebanan persengketaan Mahathir bapanya dengan DSN. KJ pula membawa bebanan kekalahan teruk ayahanda mertuanya Abdullah Badawi.

Muhyiddin dan Shafie Apdal juga nampak bersih dan lebih alim tapi kekotoran salah laku tetap lebih banyak. Itu semua apa yang nampak di mata, tetapi dihati Allah sahaja yang tahu.


Pilihan B: PH

DAP, PKR dan AMANAH diketuai oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim (DSAI)

Masih sangat baru dan sangat rapuh setelah mudah dipecahkan dan dimainkan oleh tipudaya UMNO dalam gabungan lama pakatan rakyat.

Tak jelas siapa mengetuai pakatan ini sebab yang ada kerusi parlimen lebih banyak ialah DAP, kemudian PKR dan Amanah.

Pemimpin utama PH iaitu Anwar Ibrahim masih dipenjara dan nasib masih tak menentu.

PKR – Azizah dikatakan tidak berkarisma tidak seperti suaminya, tiada tokoh kepemimpinan, tidak pandai berpidato. Tapi cara hidup bersih, akhlaq pakaian yang sopan, lembut dalam bicara, kejujuran yang terserlah.

Masih tidak menentu antara kuasa Azizah sebagai Presiden dengan pengaruh Azmin sebagai timbalannya yang juga Menteri Besar Selangor. Tidak jelas apa yang diperjuangkan PKR dari sudut ideologi. Yang pastinya mereka mahukan keadilan menentang kezaliman.

Pemilihan cabang dan ranting sering kecoh sbb kebebasan bersuara yang tidak disekat

Sivarasah, Manivannan dan Tian Chua terzahir kemuhibahannya dengan sangat tidak perkauman, memandang semua kaum sama dan faham kepentingan menjaga hak org melayu.

Sivarasah, Tian Chua, Nurul Izzah dan Rafizi sangat bijak mengolah ayat, berhujah fakta dalam membicarakan ekonomi negara. Aset penting pimpinan masa depan.


DAP – Parti pelbagai kaum tapi dominannya kaum cina. Majoriti pimpinan adalah cina dan pimpinan utama juga dikuasai oleh kaum cina. Ideologi hampir sama dengan PAP Singapura. Logonya juga mempunyai warna yang sama. Dilihat mempunyai agenda yang sama seperti PAP. Mahukan meritokrasi dan kebebasan bersuara. Cenderung mahukan layanan sama rata antara kaum. Pada PRU tahun 1969 dengan jelas mempersoalkan hak keistimewaan orang Melayu.

Si-Kafir jahil ini tetap juga menolak hudud sejak dari dulu kala. Sudah nyatakan akan menolak usul hudud jika dibentangkan. Masih tetap menolak hudud sehingga kini. Dulu menolak lebih keras seperti kata mendiang Karpal “Over my dead body”, kini menolak juga tetapi lebih berlembut seperti yang ditunjukkan mendiang Karpal setelah menrayakan harijadinya bersama Al-Marhu TGNA. Bezanya DAP dengan MCA, MIC, Gerakan dan PBS ialah mereka faham mengapa umat Islam mesti juga hendak melaksanakannya lalu mahu menhormatinya kerana ia berkaitan dengan aqidah, natijah dari dakwah pengisian ilmu dari Al-Marhum TGNA. Tapi mereka tetap masih menolaknya walaupun sebahagian pemimpin dah mula faham, tapi masih ramai rakyat kaum cina masih meraguinya kerana masih jahil. Justeru, DAP masih perlu lebih mengutamakan mempertahankan sokongan undi kaum bukan Islam lau mereka tetap menolak hudud atas faktor ini tetapi tidaklah sampai ketahap menghina Islam seperti yang dilakukan oleh ucapan bekas presiden MCA, Choi Soi Lek, pimpinan Gerakan dan Pemuda MIC.

Kemampuan Lim Guan Eng (LGE), Setiausaha Agung DAP merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang memetik beberapa petiak Al-Quran dan sejarah Islam agak memegunkan tetapi ada juga yang berpendapat mereka mempergunakannya untuk kepentingan politik. Penulis secara berpandangan, mungkin betul mungkin tidak andaian ini. Kalau pun betul, sekurang-kurangnya dia cuba memahami Islam dahulu sebelum dia menolak sesuatu kerana sesungguhnya dia masih lagi kafir sedangkan hidayah milik mutlak Allah SWT. Malah kemampuannya memetik sekerat dua ayat suci Al-Quran dan sejarah Islam walau pun jika benaar ada tujuan jahat tidak seharusnya digeruni oleh pejuang Islam yang pastinya punyai ratus ribu hadith didada dan menghafal 30 juzuk di kepala yang mampu shj mematahkan hujah LGE.

Tony Pua adalah asset penting DAP kerana kebijakannya mengolah isu ekonomi negara dan membongkar salah laku pemimpin UMNO terutama soal 1MDB, RM2.6billion dan lain-lain.


AMANAH – parti baru yang dasarnya Islam, setelah pemimpin mereka kalah dalam pertandingan muktamar PAS ke-61. Dilihat bagai merajuk dan dianggap pengkhianat oleh PAS. Kalau di ikutkan trend parti serpihan biasanya ia tidak kekal lama seeprtimana Berjasa, Hamim, Semangat 46 dan IPF. Ahli dan cawangannya masih sedikit tetapi tumbuh lebih pantas dan pesat jika dibandingkan dengan PKR semasa penubuhannya.

Pimpinannya bagaimana pun sgt lantang bersuara, di luar mahupun dalam parlimen. Hujah mereka berlenggok bahasa, fasih berpidato dengan bukti dan hujah yang nyata. Majoritinya berlatarbelakangkan profesional tetapi berpaksikan syariat Islam.

Ada beberapa ulama dan asatizah yang diletakkan dijawatan istimewa tapi tidak seramai pimpinan dan akar umbi PAS yang dilihat lebih perkasa. Ulama-ulama mereka mempunyai hubungan langsung dengan ulama-ulama dunia kerana sudah lama berkecimpung dengan usaha dakwah diperingkat antarabangsa. Ulama-ulama mereka lebih awal beraktivis di dalam kesatuan ulama sedunia. Ulama mereka bercirikan ulama tetapi berpendekatan profesional.

Parti ini di dokong oleh NGO-NGO Islam yang besar yang dikait rapat dan kukuh dengan jaringan ikhwanul muslimin dan para golongan professional yang berlatarbelakangkan Islam. Ramai yang cenderung kpd Ikhwanul muslimin dan model Erdogan. Perpaksikan Islam. Pimpinan AMANAH sangat mengkagumi ulama2 ulung seperti Dr Yusuf Qardhawi, Al-Marhum TGNA dan Al-Marhum UDFN

Rasanya AMANAH tidak cukup kekuatan di kampung2, di desa2, di Negeri Terengganu, Pahang dan Perlis.. Tetapi gagah di Johor, Melaka dan Negeri Sembilan. Di Kelantan dan Kedah tidak kurang hebatnya. Di Selangor dan Perak kekuatan agak sekata dengan PAS.



AMANAH jelas dan konsisten dalam sentiasa memusuhi UMNO dan BN tanpa kompromi. Mereka mahukan hudud tetapi mengutamakan penguasaan pemerintahan di Putrajaya lebih dahulu bagi menjatuhkan penzalim mengikut kaedah fiqh Al-awlawiyat dan fiqhul waqi'.



Presidennya sedikit kekampungan tetapi dapat diterima oleh semua kaum. Pimpinan mereka nampak sama perkasa, jauh lebih bijaksana dari parti yang lama. Ada yang mempersoalkan samada mereka menyokong hudud ataupun tidak, walau pun pimpinannya sudah lama nyatakan akan tetap menyokongnya. Mereka menyokongnya malah bersuara diparlimen dalam menyokongnya tetapi sangat tidak bersetuju untuk perlaksanaannya dibuat melalui kerjasama atau menerima janji UMNO yg sudah banyak menipudaya.

Hj Salahuddin Ayub sangat berwibawa kerana watak berhati2 dan akhlaq yg mulia. Dihormati seluruh saf kepimpinan malah disenangi juga pihak PAS. Khalid Samad, Dr Dzulkifly, Hanipah Maidin, Hj Hasanudin Yunos, Dr. Mujahid Yusuf Rawa kesemua nampak sama hebat belaka. Dr Mujahid dan Sdr Faiz Fadhil seorang peguam masing2 merupakan anakanda kepada bekas2 Presiden PAS sebelum TGHA iaitu Ustaz Yusuf Rawa dan UDFN. Dikatakan salah seorang dari anak kpd Al-Marhum TGNA dan anak bekas Naib Presiden PAS Daeng Sanusi juga condong kpd AMANAH.


Pilihan C: PAS

Parti berteraskan Islam yang sgt lama lagi berpengalaman. PAS ditubuhkan oleh golongan agamawan pd 1951 setelah pengharaman Hizbul Muslimin oleh penjajah British. Penubuhan PAS menarik ramai golongan agamawan UMNO untuk turut serta kerana ketika itu mereka kecewa dengan UMNO yang menganjurkan loteri kebajikan yang bersifat judi.

PAS memerintah Kelantan dan Terengganu setelah memenangi kedua2 negeri ini dalam PRU sulung mereka pada tahun 1969 tetapi Terengganu di rampas apabila MAGERAN di istihar oleh kerajaan Perikatan (now known as BN) akibat perisitiwa 13 Mei 1969. Kelantan kekal bersama PAS sehingga 1977.

PAS pernah menyertai Perikatan yang diketuai UMNO untuk membentuk BN bagi menghadapai PRU dalam tahun 1974 atas nama perpaduan Melayu. Bagaimana pun UMNO yang mahu kekal sbg parti tunggal Melayu telah melaga2kan kepimpinan PAS sehingga mengakibatkan pergolakkan kepemimpinan PAS diketuai oleh MB PAS Kelantan yang disokong UMNO dan YDP PAS yang juga menteri Kabinet persekutuan. MB PAS Kelantan di jatuhkan melalui undi tidak percaya ADUN-ADUN PAS mengakibatkan pertembungan penyokong kedua2 belah pihak. UMNO mengambil kesempatan mengusulkan Akta Darurat (1977) yang ditolak oleh PAS di parlimen. Tindakan ini menyebabkan PAS disingkir dari BN. Keadaan huru hara diperhebatkan oleh pihak yang tidak dikenali di Kelantan seolah perbalahan masih berterusan. Ini dijadikan alasan oleh Kerajaan Persekutuan menggunakan AKta Darurat meletakkan Kelantan dibawah MAGERAN menjadikan PAS hilang kuasa di Kelantan. Pilihanraya negeri Kelantan diadakan semula pd 1978 menyaksikan PAS kalah teruk akibat bekas MB Kelantan menubuhkan parti BERJASA mengakibatkan pecah undi dan UMNO kembali menguasai Kelantan. Kejadian huru-hara itu akhirnya diakui oleh Ibrahim Ali semasa ceramah Semangat 46 apabila beliau menyertai Tengku Razaleigh bahawa ia dilakukan oleh beliau sendiri ketika masih berada dalam UMNO.

Tempoh 1978 – 1982 adalah tempoh mencabar bagi PAS kerana ketidakstabilan kepemimpinan dan kehilangan banyak kerusi dan kerajaan. Sementara itu dlm tahun 1986, UMNO sdg menghadapi krisis kepimpinan mengakibatkan UMNO diharamkan lalu tertubuhnya Semangat 46 pd tahun 1988 untuk menyaingi UMNO (baru). Pada tahu 1989, Ustaz Fadzil Noor dipilih sebagai Presiden PAS yang baru. Kerjasama dibuat antara PAS dan bekas pemimpin2 UMNO dalam Semangat 46 lalu membentuk Angkatan Perpaduan Ummah (APU) membolehkan PAS merampas kembali Kelantan dengan menjoriti yang besar. Sejak itu Kelantan kekal bersama PAS.

Kegemilangan PAS melonjak bila Mursyidul Amnya dipimpin oleh ulama ulung Al-Marhum TGNA yang dapat mempertahankan Kelantan sekian lama. Beliau sbg Mursyidul-Am bersama dengan Presiden Al-Marhum UDFN mampu mengharungi cabaran dan tipudaya UMNO dengan gagah dan bijaksana. TGNA dipandang mulia bukan shj oleh ahli PAS malah ahli dan pimpinan PKR, DAP, UMNO dan kesemuanya.

PAS pernah berada dlm gabungan tidak langsung (indirect) dengan DAP iaitu antara APU dan GR (Gagasan Rakyat) yang membolehkan pertandingan 3 penjuru dielakkan atau diminimakan. Ini kerana DAP menolak perjuangan PAS mahukan hukum hudud dilaksanakan.

Akhirnya PAS berjaya disatukan dalam satu pakatan bersama-sama dengan DAP dan penyokong2 Dato; Seri Anwar Ibrahim (DSAI) oleh Ustaz Fadzil Noor ekoran penubuhan Majlis Gerakan Keadilan Rakyat (GERAK) bagi mempertahankan Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang difitnah dan digulingkan dari jawatan TPM. Walaupun mempunyai kedua-dua PAS dan DAP berideologi yang berbeza terutama dalam soal hudud, UDFN berjaya meyakinkan kesemuanya agar mengikut konsep 'bersetuju untuk tidak bersetuju' dalam beberapa perkara tetapi bersama-sama dalam perkara2 keadilan dan kebajikan bersama dan rakyat.

PAS, DAP dan PKR akhirnya bersama sebagai Pakatan Rakyat (PR) dibawah kepemimpinan DSAI akhirnya menang byk kerusi dalam 3 PRU sehingga menafikan undi 2/3 BN dan merampas beberapa buah negeri. Kedudukan kesatuan pembangkang ini bukan sahaja menafikan undi 2/3 malah buat pertama kali dalam sejarah menafikan undi popular BN sejak merdeka.

Menyedari kedudukan UMNO semakin tergugat, langkah 1969 dan 1977 diulang semula oleh UMNO.

Langkah 1969:
1) mewujudkan pecah dan perintah dengan mewujudkan sentiment perkauman dengan menakut2kan umat Melayu tentang ancaman masyarakat bukan Melayu terutamnya kaum cina.
2) Mesra politik antara UMNO dan PAS

Langkah 1977:
mereka-reka pemecahan dalam PAS

Langkah ‘1969 (1)’
Melalui tertubuhnya PERKASA sekali lagi dimainkan oleh Ibrahim Ali ditambah dengan provokasi2 yang dibuat oleh PERKIDA melalui pertubuhan2 ayahanda dan Persatuan2 silat, semangat chauvinist Melayu mula mengambil tempat dalam membenci org2 bukan Islam terutamanya kaum cina. Maka dicanangkanlah isu2 kalimah Allah, murtad, Simbol Palang Kristian, Low Yat, Plaza Kotaraya dsbgnya mengharapkan provokasi ini mendapat respond serupa dari kaum cina justeru memenangi hati umat Melayu.

Langkah ‘1969 (2)’
Konsep mesra PAS oleh UMNO bermula bila ada org dari dalam PAS sendiri yang membisik2kan usul Kerajaan Perpaduan (UG) kepada Presiden PAS TGHA setelah diyakinkan bhw kerusi DAP yang lebih byk dalam PR boleh mengancam kedudukan org Melayu dan Islam dengan membandingkan kejadian di Perak bila DAP mempunyai kerusi terbanyak yang membolehkan mereka memerintah. DAP dicanang sebagai musuh yang mem-puppet-kan MB dari PAS. Malah usul kerajaan campuran BN-PAS di Perak telah dari awal dicadangkan. PM ketika itu Abdullah Badawi menerima baik inisiatif UG itu. Bagaimana pun cadangan itu dihidu oleh kumpulan yang anti-UMNO lalu menentangnya. Antara yang menentang ialah Al-Marhum TGNA dan TG Ustaz Ahmad Awang..

Langkah ‘1977’
Perpecahan yang direka ada dua. 1) Perpecahan PR; 2) Perpecahan PAS.

1) Perpecahan PR
Sambil itu, menyedari isu paling sensitif antara PAS dan DAP ialah hudud, UMNO telah mencari peluang membina permusuhan antara keduanya dengan isu ini. Mereka sedar PAS akan tetap mempertahankan hudud sementara keadaan DAP yang semakin cuba memahami hudud apabila Al-Marhum TGNA berjaya mengendurkan pendirian mendiang Karpal Singh telah menggerunkan UMNO. Sebelum kebersamaan PAS-DAP semakin kuat, UMNO Kelantan di DUN Kelantan telah bertindak mencabar dengan ketegasan dan airmata terhadap PAS agar mengusulkan hudud di DUN Kelantan dan seterusnya di Parlimen dan berjanji akan menyokong kedua2nya. Disamping itu, UMNO melalui rakan komponennya iaitu MCA, Gerakan, MIC dan PBS berpakat agar rakan2 mrk ini mendesak DAP menentang usul yang bakal dicadangkan oleh PAS. Provokasi mrk yang cuba menjadi juara masyarakat bukan Islam dengan menyerang dan menghina hukum hudud menyebabkan masyarakat cina mula sangsi dengan DAP.

Walau pun masih mahukan kemenangan ke Putajaya, pimpinan tertinggi PAS kini lebih mengutamakan perlaksanaan hukum hudud berbanding dengan kuasa memerintah. Maka mereka menerima janji UMNO utk membantu menjayakannya dalam tahun 2015, lalu mengusulkanya di DUN Kelantan tanpa berbincang dengan rakan2 di dalam pakatan rakyat termasuk DAP. Maka bermulalah pergolakan di dalam PR.

Walau pun pimpinan DAP mula cuba memahami konsep hudud melalui pentarbiyahan Al-Marhum TGNA, pengundi dan penyokong2 DAP masih jahil tentangnya dan masih terpengaruhi dengan dakyah UMNO, MCA, Gerakan dan MIC menakut2kan tentang hudud. DAP yang mahukan pencerahan dari PAS bagi memberi penerangan kpd penyokong2nya melalui Majlis Presiden Pakatan Rakyat sering tidak diendahkan oleh Presiden PAS TGHA.

2) Perpecahan PAS

Maka lahirlah pimpinan PAS yang pro-PR yang anti-UMNO yang tidak mahu masuk ke dalam perangkap UMNO dan sementara satu kumpulan lagi pimpinan PAS yang pro-Presiden yang mesra UMNO, anti-DAP dan mahukan hudud disegerakan. Perpecahan yang dinantikan ini adalah seperti berulangnya peritiwa antara MB PAS Kelantan yang didokong UMNO dan yang DiPertua PAS Al-Marhum Dato’ Asri.

Sementara itu Muktamar permilihan PAS ke-61 sdg berlangsung menyaksikan persaingan anatara pro-PR dan Pro-Presiden. Di dalam muktamar itu PAS akhirnya berlaku perpecahan dahsyat antara dua kumpulan ini mengakibatkan berlaku dua natijah – 1) kumpulan anti-UMNO tewas; 2) PAS tidak lagi bersama Pakatan Rakyat.

Kumpulan Pro-Presiden bertindak agresif di dalam Muktamar bermula dengan perasmian sayap pemuda. Kumpulan pro-PR dianggap sbg anti-hudud dan pro-hudud dan pelbagai label diberikan kpd mereka oleh pro-Presiden sehingga mendesak mereka disingkirkan. Tekanan yang melampau dan penhinaan yang tidak dibendung oleh pimpinan baru yang dibuat telah mengakibatkan kumpulan Pro-PR menubuhkan sebuah NGO bernama Gerakan Harapan Baru yang akhirnya tertubuhnya Parti AMANAH Negara (AMANAH). Perisitwa ini hampir sama dengan tertubuhnya BERJASA pada tahun 1977. Bezanya parti serpihan BERJASA mesra-UMNO dan pimpinan yang tinggal adalah anti-UMNO; sedangkan kini AMANAH adalah anti-UMNO dan pimpinan yang tinggal adalah mesra-UMNO.

Dalam tempoh sebelum pembentangan usul Akta 355 ke Dewan Rakyat, PAS telah mengistiharkan ‘Gencatan Senjata’ dengan UMNO yang bukan sahaja mereka tidak menyerang antara satu sama lain malah lebih mesra. PAS beberapa kali cuba mengusulkannya di parlimen mengharapkan janji UMNO untuk memberi laluan dan turut menyokong. Bagaimanapun PAS gagal untuk membentangkannya dalam ketiga2 sesi dewan rakyat 2015 atas alasan2 yang teknikal yang diberikan oleh Speaker dari UMNO dan kes yang dicabar dimahkamah oleh penyokong2 BN.

Dalam pada itu UMNO yang sedang turut bergolak dek kerana pemecatan Tmbalan Presiden UMNO Tan Seri Muhyiddin Yassin (TSMY) dari jawatan Timbalan Perdana Menteri susulan dari terlalu banyaknya salah guna kuasa, salah laku, pemborosan dan keadaan ekonomi terburuk negara oleh Dato' Seri Najib (DSN).

PAS memilih pendekatan menasihati BN secara baik dalam perkara2 yang UMNO buat yang mungkin menyusahkan rakyat agar kembali bergerak dalam garisan syariat.

Pimpinan mereka didokong kuat oleh para asatizah muda, ulama dan ilmuan yang berlatar belakang Islam. Mereka juga disokong oleh sebahagian kecil professional walaupun tidak lagi seramai dahulu. Presiden PAS TGHA merupakan Naib Presiden III Kesatuan Ulama Dunia yang dipimpin oleh Dr Yusuf Qardhawi setelah jawatan itu ditolak oleh seorang ulama dari Indonesia. Kesatuan Ulama Dunia sebelum ini banyak kali menjemput DSAI memberi ucapan sebagai jemputan khas memberi panduan kepada kesatuan tersebut, sementara TGHA selalu menjadi sekadar delegasi sahaja. Nik Muhammad Abduh anak kpd Al-marhum TGNA merupakan ketua Pemuda PAS.

Percaturan PAS dikatakan sgt selari dengan pemikiran penasihat2 strategik mereka golongan muda yang tidak meraai keperitan berhadapan dengan UMNO selama ini iaitu Dr Zuhdi dan Sdr Zaharudin Mohammad.

PAS dikatakan menyandarkan kekuatan kepada umat Melayu yang marahkan UMNO disamping membenci DAP. Malah pemungkiran janji UMNO dianggap kelebihan kepada PAS memenangi udi Melayu. Bagaimana pun sikap pemimpin PAS di dalam dan luar dewan rakyat tidak selari dengan aspirasi rakyat.

Kemarahan rakyat sudah memuncak terhadap DSN atas segala salah laku, ketirisan, kemusnahan ekonomi dan kesengsaraan rakyat tetapi PAS dan Presidennya dilihat berlembut dengannya. SUA PAS dilihat sangat mesra dgn MB UMNO Perak dan PERKASA. Presiden PAS dilihat mesra dengan DSN.

Bajet 2016 diakui oleh Presiden PAS sebagai menyusahkan rakyat tetapi kesemua wakil rakyatnya tidak pula menolak Bajet ini seolah ingin menjaga Gencatan Senjata dengan UMNO yang masih tidak menunaikan janji.

PAS pernah terperangkap dengan tipudaya UMNO dengan kaedah yang sama. Tetapi PAS memilih jalan yang serupa yang mengakibatkan ditipu berulang kali seolah rela ditipu dalam keadaan sedar.

Wakil2nya di Dewan Rakyat dilihat tidak dapat menandingi kewibawaan wakil2 pembangkang yang lain dalam mempersoal kredibiliti kerajaan BN, malah ahli2 parlimen PAS sering dipermainkan oleh wakil2 UMNO seperti apa yang berlaku terhadap Ustaz Ahmad Idris bila disoal balas kerana ucapan mereka hanya bersandarkan teks yang tersedia. Mereka juga dilihat tidak pakar dan sangat tidak arif dalam soal-soal ilmu perekonomian bila sering membicarakan soal yang tidak relevan dengan tajuk perbincanga di parlimen, contohnya ahli parlimennya dari Temerloh Ustaz Nasrudin yg menanyakan tentang isu Pekerja Pendatang Tanpa Izin sedangkan tajuk yang dibincangkan ialah  FDI (Perlaburan Asing Langsung).

Pemimpin PAS nampak jujur dan berpakaian sopan dan petah bercakap soal hukum-hukum agama tetapi bila masuk perincian perincian soal dasar ekonomi, dasar kewangan, dasar sains, dasar kesihatan dan dasar luar negara, wakil2 PAS kelihatan jelas ketandusan pemimpin, tidak seperti Rafizi, Sivarasah dan Nurul Izzah dari PKR; Khalid Samad, Hanipa Maidin dari AMANAH; KJ dan Mukhriz dari UMNO; Tony Pua dari DAP dan Dr. Michael Jeyakumar Devaraj dari PSM.


Setelah dibentangkan ini, siapakah  yang harus membawa amanah ralyat menaikkan maruah negara yang sudah sekian lamanya dirobek.

IKLAN

ealier posting

FB Box

Blog of people that I know

  • Konflik Korea Selatan dengan Korea Utara menjadi sebuah momok yang tidak berkesudahan hingga saat ini. Memiliki mata-mata di negara lawan merupakan hal y...
    2 years ago
  • *The Love of Eagle Mom, Makes the Eaglet Fly* The love of eagle mom, makes the eaglet fly Not cowardness of love, will only causes them die. Feeding the nes...
    6 years ago
  • Anak aku Atikah sebelum ini berniaga kain cotton Gred A secara online melalui syarikatnya yang diberi nama Sweet Little Cotton Enterprise atau singkatannya...
    9 years ago

Blog of People I wish to know

Other blogs

Harun Yahya TV

Jadual Ceramah