SeeHeart4Life OnLine Shoppe (Sila klik icon untuk mula shopping di sini)

4Life Research LLC - Digital NewsStand

Saturday, March 16, 2013

Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu...

"Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu dan Aku telah redhakan ISLAM itu menjadi agama untuk kamu (cara hidup untuk menempuh dunia ini) " ~ 
Surah Al-Maidah ayat 3

Maka ingatlah jika makhluk mencari sesuatu yang lain dari apa yang telah dicukupkan Al-Khaliq kepadanya...maka nantikanlah pembalasan Allah. Menyangkakan bahawa kebahagiaan dunia berpunca dari wang, kekayaan dan kekuasaan. Menyangka kekuasaan pemimpin sebagai pemberi rezeki.

Sehingga takut melaksanakan kemakrufan dan menegakkan kebenaran kerana takut pada boss, pada pemimpin, kehilangan harta, wang dan kekuasaan

Buah hati kita SAW dalam hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan Ahmad menyatakan bahawa baginda telah mengumpamakan umat Islam seperti buih dilautan yang berbillion jumlahnya tetapi kosong di dasarnya tanpa sokongan asas yang kukuh. Ramai yang Islam pada namanya tetapi tidak benar-benar memahami kehendak Allah, longgar iman dan akhlaqnya.

Ramai yang mengkesampingkan agama atas dasar kuasa, kekayaan, kesibukan dunia, kemajmukkan bangsa, globalisasi dan sebagainya sedang kesyumulan Islam itu sejagat (universal) melangkaui sempadan masa, tempat dan keadaan. Cuma yang diperlukan ialah ilmu, ikhtiar, kebijaksanaan, doa dan tawakkal yang kesemuanya bersandarkan iman.

Baginda SAW menambah dengan menyamakan umat Islam pada akhir zaman seperti makanan lazat yang terhidang. Sesungguhnya kesemua makanan itu tidak melawan apabila sedang dijamu. Begitulah halnya dengan umat Islam diseluruh dunia yang terhidang dengan banyaknya untuk diratah oleh musuh Islam

Umat Islam di Palestine, Kashmir, Chechen dah  lama dijamu dan diratah semahunya

Ramai umat Islam sangka negara mereka akan kekal aman
Umat Islam di negara-negara yang belum diratah dilekakan dengan keamanan palsu sehingga alpa bila membiarkan para munafiqin menambah lekaan mereka dengan kesenangan palsu. Bukanlah Islam menggalakkan peperangan dan kekacauan tetapi tidak bermakna sehingga meletakkan keamanan melebihi ketaatan kepada Allah.

Sedangkan mereka tidak menyedari musuh sedang bersiap untuk meratah
Dalam pada umat Islam ini dibuai kemewahan dan keamanan yang direncah dengan resepi Chef Sekular dengan masakan NASIONALISME, KOMUNISME, LIBERALISME, SOSIALISME, KAPITALISME yang manis bak gula, lazat bak ayam panggang yang membawa penyakit Diabetes dan jantung, umat Islam sebenarnya sedang dinanti untuk diratah.


Dan pabila sampai tika itu, umat Islam tidak menyedari bahawa virus Al-Wahan telah memakan zat-zat iman dan akhlaq.

tiada belas kasihan bila dah mula meratah
Dan apabila sudah sampai masa, musuh-musuh Islam akan terus meratah umat Islam dengak belahaknya tanpa ada belas dan tanpa umat Islam dapat melawan walau sedikit pun atas kerana tiada lagi kekuatan Iman dan Akhlaq


Musuh akan meratah licin sehingga iman dan akhlaq tidak lagi terkesan



Kesemuanya ini berlaku adalah kerana umat Islam sendiri tidak lagi yakin akan KESEMPURNAAN Islam dan memperlekehkan hukum Allah yang telah Al-Khaliq cukupkan untuk makhluqnya...maka tunggulah akibatnya

IKLAN

ealier posting

FB Box

Blog of people that I know

  • Konflik Korea Selatan dengan Korea Utara menjadi sebuah momok yang tidak berkesudahan hingga saat ini. Memiliki mata-mata di negara lawan merupakan hal y...
    2 years ago
  • *The Love of Eagle Mom, Makes the Eaglet Fly* The love of eagle mom, makes the eaglet fly Not cowardness of love, will only causes them die. Feeding the nes...
    6 years ago
  • Anak aku Atikah sebelum ini berniaga kain cotton Gred A secara online melalui syarikatnya yang diberi nama Sweet Little Cotton Enterprise atau singkatannya...
    9 years ago

Blog of People I wish to know

Other blogs

Harun Yahya TV

Jadual Ceramah