Saya berkunjung ke Singapura sudah berkali-kali. Setiap kali ke sana saya rasa amat sedih melihatkan keadaan sebuah negara yang pernah mendaulatkan Islam sebagai agamanya dan Melayu sebagai pemerintahnya. Kini, keadaan amat berubah dengan Melayu hidup bagai terpinggir oleh deru arus pembangunanan yang hanya dikerumini oleh bangsa pendatang. Benarlah lirik lagu yang pernah diharamkan di Malaysia yang berbunyi,
"Nenek moyang kaya raya,
tergadai seluruh harta benda,
akibat sengketa sesamalah kita,
bumi dipijak milik orang"
Mungkinkah perkara ini akan berulang di Malaysia pula suatu hari nanti. Di Singapura sekarang ni, nak mencari makanan halal dah hampir sama macam berada di Colombo Sri Lanka. Maksudnya, tak susah sangat seperti ketika di Tokyo, Amsterdam, Paris, Hanoi dan lain-lain, tapi dah jadi macam kategori negara orang bukan Islam seperti Sri Lanka, Kemboja, Saigon di Vietnam dan lain-lain sedangkan dulunya tak macam tu langsung.
Bila balik ke Kuala Lumpur, ketika berkunjung ke The Curve, Pavillion, The Garden, terasa sangat bahawa satu hari nanti kita mungkin jadi macam tu juga. Bukan sahaja dari segi kemodenan prasarananya tetapi juga dari segi terpinggirnya nilai Melayu dan Islam yang asal.
Semalam saya, isteri dan anak-anak berkunjung ke Pavillion. Perut semakin lapar lalu kami berkunjung ke food courtnya yang juga dikenali sebagai Food Republic. Pemilik Food Republic ini berbangsa cina dari Singapura bernama Dr George Quek. Beliau memiliki rantaian food court dengan jenama "Food Republic" di Singapura dan Malaysia.
Pada penglihatan saya, saya adalah satu-satunya yang memakai kopiah di kepala. Saya juga sempat membuat statistik secara rawak melihatkan cara pemakaian perempuan Melayu di tempat itu. Sudah tentunya saya definisikan Melayu hanya melalui pandagan mata saya semata-mata (naked eye). Saya dapati hanya 1 dari 10 memakai tudung, 1:30 dari yang memakai tudung, memakai pakaian Islam sempurna, 4:5 memakai pakaian menjolok mata, Di samping itu, sempat juga saya perhatikan berapa orang yang menoleh kearah saya kehairanan mungkin kerana saya memakai kopiah - iaitu setiap 4 orang.
Makanan halal - cuma 1 dari 5 peniaga makanan memaparkan tanda halal. Pada pandangan saya, 3 dari 5 kelihatan tidak halal atau meragukan. Oleh itu, cuma 33% dari peniagaan yang kelihatan halal yang memaparkan tanda halal.
Minuman - Ketika memesan minuman di kaunter minuman, saya sengaja cuba menguji dengan memesan di dalam bahasa Melayu. Maklum balas yang saya terima ialah menyedihkan. Kalau air "sour sop" tidak difahami sebagai "durian belanda", tak mengapa, tetapi kalau sampai air tebu hanya tahu dikenali sebagai "sugar cane", ini kes berat.
Dengan statistik keyakinan makanan halal, kefasihan bahasa, pemilikan peniaagaan makanan, pemilikan tempat makan, budaya pemakaian pakaian dikalangan kaum perempuan, senario yang melihat pemakaian kopiah sebagai pelik, nampaknya tak mustahil Malaysia juga akan jadi seperti Singapura.
Sesungguhnya, saya amat risau dengan fenomena ini.
SeeHeart4Life OnLine Shoppe (Sila klik icon untuk mula shopping di sini)
4Life Research LLC - Digital NewsStand
Sunday, October 24, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)
IKLAN
ealier posting
FB Box
Blog of people that I know
-
-
-
Sedikit perkongsian saya yang Allah takdirkan pada 28 Mac 2012 ketika diberi kesempatan bersembang dgn seorang hamba Allah warga asing berbangsa Jerman ber...12 years ago
-
Blog of People I wish to know
-
-
PROGRAM KORBAN 2019/1440h - NOTA: Sila rujuk posting program korban tahun tahun lalu di fb/kelabhajimuda fb/drridzwan. JOM BERKORBAN SAMBIL MEMBANTU EKONOMI MASYARAKAT DHUAAFA ...5 years ago
-
Soalan Popular Simpanan Syariah : Ulasan Tahap Orang Awam - [image: kwsp] Beberapa hari pertama pelancarannya, ia disambut hangat dan sangat baik oleh awam, tiba-tiba di awal minggu kedua, sudah mula berlegar pelb...8 years ago
-
Sekilas 52 - Mengapa Mahhaj Wahabi Di Tentang (3) - Mengenai Peminta Dan Pendokong Wahabi - Bagi siri yang ketiga ini ingin saya kongsikan, kenapa Manhaj Wahabi ini ditolak oleh tuan-tuan guru kita terdahulu. Saya mulakan dengan saya ulangi bebe...8 years ago
-
-
Berita Gembira..!! - السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Untuk perkongsian dan usrah yang lebih berkesan kami telah mewujudkan web site khas untuk anda. segala bahan usrah yang t...14 years ago
-
Other blogs
-
How Do I Know What Iphone I Have A1778 - IMEI lookup You can also find the capacity of your iPhone with an IMEI lookup which is a good option if you cant power on your iPhone and the capacity is...2 years ago
-
Hello world! - Welcome to WordPress. This is your first post. Edit or delete it, then start writing!5 years ago
-
-
(video CCTV) TAMPAR IMAM KETIKA SOLAT JUMAAT... Wahabi marah? - Lihat Video CCTV di Bawah (real); https://www.facebook.com/AbuSyafiq1/videos/897710180319429/9 years ago
-
Mata air salsabil - Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMED AL-BAKRI Pemandangan alam akhirat pastinya jauh lebih hebat daripada apa juga keindahan yang ada di atas muka bumi ini. - Gambar ...12 years ago
-
Kedua - Tanda Aras Suksess Anda - Anda telah berjaya apabila anda tahu bahawa kejayaan dan kemenangan tidak mencipta diri anda dan bahawa kegagalan dan kekalahan tidak memusnahkan diri anda.14 years ago
-