Beberapa tahun yg lepas - ada pihak yg cuba MEMERTABATKAN BAHASA MELAYU yg sebelumnya merupakan bahasa tunjang negara dan rantau ini yg sebelum ini banyak diperkasakan dgn bahasa Arab pinjaman oleh Hamzah Fansuri Ulama agung agar bahasa Melayu menjadi dinamik dgn didokong oleh ilmu2 sains Islam - tetapi pihak ini juga menekankan PEMERKASAAN BAHASA INGGERIS konon demi atas nama kemajuan ... tak lama lagi bahasa Melayu ini yg hanya akan jadi simbol kebanggaan dipejabat2 kerajaan tetapi akan dilihat semakin tidak relevan dalam aplikasi harian sosial, pendidikan dan ekonomi negara.
Beberapa tahun akan datang - Bangsa Melayu yang menjadi tonggak bangsa negara yg dahulunya diperkasakan oleh keutuhan keimanan Islam... tetapi akan terus layu dek kerana mereka semakin menjauhkan diri dari ajaran Islam apabila masyarakat Melayu dan para pemimpin sekeluarganya terus dihidang dgn budaya korup, tamak, materialistik, dengki, hiburan melampau dan hendonisme menjadikan identiti bangsa ini menjadi semakin tidak relevan dalam kehidupan bernegara.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjBaSyFhYwW8-vq2u9vl7vfzIjUjnjh2zXvLF9OX5HUP-IOkVw61KpLvsK30NmwYm4JA5ql8P8CuqIH_L8J9dr402K4hJOnp7oU1QrlhT3ddkmSHd04w4v3AkA5QnPkNnV6OuU3zFyL6A/s1600/PI.+Huruf+Jawi.png)
Angkara siapakah segala keruntuhan tulisan, bahasa dan bangsa ini berlaku sejak sekian lama? Soalnya apakah kita selaku manusia berbangsa Melayu, berbahasa Melayu, bertulisan Melayu (Jawi) patut lakukan? Patutkah kita menyalahkan bangsa lain dan penganut agama lain atau patutkah kita mempertanggngjawabkan pihak yang meruntuhkan segala-galanya mengenai Melayu sebaliknya kembali kepada ISLAM untuk kembali MEMPERKASAKAN MELAYU?