SeeHeart4Life OnLine Shoppe (Sila klik icon untuk mula shopping di sini)

4Life Research LLC - Digital NewsStand

Wednesday, February 26, 2014

Tulisan Jawi, Bahasa Melayu, budaya Melayu runtuh...angkara siapa?

 Satu masa dahulu - ada pihak yg cuba MEMARTABATKAN TULISAN JAWI yg menjadi tulisan bg bahasa melayu yg sebelumnya ini diperkasakan dgn tulisan Al-Quran (tulisan Arab) sehingga menjadi tulisan yang dihormati - tetapi pihak yg sama juga menekankan PEMERKASAAN TULISAN RUMI konon demi atas nama kemajuan ... akhirnya tulisan jawi yg didabik sbg simbol kebanggaan dilihat menjadi tidak relevan dalam aplikasi harian dan berkubur.

Beberapa tahun yg lepas - ada pihak yg cuba MEMERTABATKAN BAHASA MELAYU yg sebelumnya merupakan bahasa tunjang negara dan rantau ini yg sebelum ini banyak diperkasakan dgn bahasa Arab pinjaman oleh Hamzah Fansuri Ulama agung agar bahasa Melayu menjadi dinamik dgn didokong oleh ilmu2 sains Islam - tetapi pihak ini juga menekankan PEMERKASAAN BAHASA INGGERIS konon demi atas nama kemajuan ... tak lama lagi bahasa Melayu ini yg hanya akan jadi simbol kebanggaan dipejabat2 kerajaan tetapi akan dilihat semakin tidak relevan dalam aplikasi harian sosial, pendidikan dan ekonomi negara.

Beberapa tahun akan datang - Bangsa Melayu yang menjadi tonggak bangsa negara yg  dahulunya diperkasakan oleh keutuhan keimanan Islam... tetapi akan terus layu dek kerana mereka semakin menjauhkan diri dari ajaran Islam apabila masyarakat Melayu dan para pemimpin sekeluarganya terus dihidang dgn budaya korup, tamak, materialistik, dengki, hiburan melampau dan hendonisme menjadikan identiti bangsa ini menjadi semakin tidak relevan dalam kehidupan bernegara.

Yang menjadikan Bangsa Melayu, Bahasa Melayu dan Tulisan Melayu (Jawi) gagah suatu ketika dahulu adalah disebabkan ia diperkasakan dengan Syariat Islamiah yang mendokongnya. Tetapi tanpa Islam yang mendasarinya, Bangsa Melayu, Bahasa Melayu dan Tulisan Melayu (Jawi) akan terus menjadi semakin tidak relevan dan tidak bermaya.

Angkara siapakah segala keruntuhan tulisan, bahasa dan bangsa ini berlaku sejak sekian lama? Soalnya apakah kita selaku manusia berbangsa Melayu, berbahasa Melayu, bertulisan Melayu (Jawi) patut lakukan? Patutkah kita menyalahkan bangsa lain dan penganut agama lain atau patutkah kita mempertanggngjawabkan pihak yang meruntuhkan segala-galanya mengenai Melayu sebaliknya kembali kepada ISLAM untuk kembali MEMPERKASAKAN MELAYU?

1 comment:

  1. Harrah's Atlantic City - MapYRO
    Find harrah's resort and casino info, photos, address, phone number, 영천 출장안마 map, Harrah's Resort Atlantic City 양주 출장안마 · 김천 출장샵 1 Borgata 부산광역 출장안마 Way, Atlantic City, NJ 08401. 전라남도 출장샵 Map

    ReplyDelete

IKLAN

ealier posting

FB Box

Blog of people that I know

  • Konflik Korea Selatan dengan Korea Utara menjadi sebuah momok yang tidak berkesudahan hingga saat ini. Memiliki mata-mata di negara lawan merupakan hal y...
    2 years ago
  • *The Love of Eagle Mom, Makes the Eaglet Fly* The love of eagle mom, makes the eaglet fly Not cowardness of love, will only causes them die. Feeding the nes...
    7 years ago
  • Anak aku Atikah sebelum ini berniaga kain cotton Gred A secara online melalui syarikatnya yang diberi nama Sweet Little Cotton Enterprise atau singkatannya...
    9 years ago

Blog of People I wish to know

Other blogs

Harun Yahya TV

Jadual Ceramah