SeeHeart4Life OnLine Shoppe (Sila klik icon untuk mula shopping di sini)

4Life Research LLC - Digital NewsStand

Saturday, September 7, 2013

Umat Islam adalah terrorist?

Di dalam interpretasi barat perkataan "terrorist" merujuk kepada pengganas dan "terrorism" digambarkan keadaan dunia sebagai keganasan. Kata dasar "Pengganas" berasal dari kata "ganas" iaitu violent. Kata dasar "terrorist" berasal dari kata "terror". Terror, berasal dari bahasa Peranchis iaitu "terreur", dari bahasa Latin 'terror' bermaksud "great fear" atau "sangat takut" atau lebih tepat lagi "gerun". "Terror" merupakan kata nama (noun) latin yang terhasil dari kata kerja latin (verb) "terrere" bererti "to frighten" (untuk menakutkan/menggerunkan). Orang yang menggerunkan mereka akan digelar terrorist.

'Terror' dalam masyarakat Melayu
Bagi masyarakat Melayu, kita sering gunakan perkataan 'terror' di dalam bahasa campuran kita sebagai 'hebat'. Ini kerana, penjajah Inggeris selalu merujuk kepada personaliti HEBAT melayu yang disanjungi oleh masyarakat tempatan sebagai seorang 'terror' (mengerunkan). KeHEBATan personaiti-personaliti ini disinonimkan dengan gelaran "TERROR". Ia kemudiannya menjadi kebiasaan kepada masyarakat Melayu di dalam bahasa selanga-nya menggunakan kalimah 'terror' merujuk kepada sesuatu yang hebat, seperti "Mokhtar Dahri terror betul main bolasepak". Hakikatnya Mohktar Dahri selain dari hebat bermain bolasepak, Allahyarham merupakan pemain yang paling digeruni pada zamannya oleh mana-mana pihak lawan. Adakah layak kita melabelkan Mokhtar Dahri sebagai 'terrorist'?

Kehebatan Islam
Perluasan wilayah Islam Andalusia
Perkataan 'terrorist' ini lahir pada awal penyebaran Islam di Andalusia (Sepanyol) oleh Thoriq bin Ziyad dan di Contantinople oleh Muhammad Abdul Fateh, berterusan ketika Salahuddin Al-Ayubi dengan bala tenteranya mengepung Jerusalem sehingga mendatangkan kegerunanan tentera-tentara salib dari pelbagai negara Eropah. Berterusan lagi apabila penyebaran Islam sehingga ke Balkan dan timur Eropah, berterusan lagi
apabila kehebatan ketamadunan Islam melalui penguasaan ekonomi, keilmuan yang tiada tolok bandingnya dan akhlaq masyarakat yang amat dikagumi samada orang-orang awam mahu pun panglima perangnya seperti Salahuddin Al-Ayubi dan Muhammad Abdul Fateh. Kegerunan (terror) musuh Islam terutamanya Eropah akan kehebatan umat Islam dlm pelbagai segi bukan shj kekuatan tentera, malah kekuatan ekonomi, politik, penguasaan ilmu dan yg paling penting, kekuatan iman menyebabkan mereka menggelar umat Islam sebagai "masyarakat yang digeruni" (terrorist) iaitu org2 yg mereka geruni kerana kehebatan mereka, bukan kerana keganasan mereka. Kesemua kehebatan tersebut didasarkan oleh keyakinan dan perlaksanaan Islam secara syumul serta perlaksanaan yang sekata diseluruh dunia Islam dibawah panji yang satu iaitu Khilafah Islamiah.
Salahuddin Al-Ayubi's akhlaq

Kehebatan ini pudar dan menghilang apabila roh Islamiyah telah dipisahkan dari urusan dunia dengan penyerapan sekularisasi atas nama komunisme, nasionalisme (keBANGSAan) dan pelbagai 'isme-isme' lagi sehingga umat Islam dipecah-pecahkan atas nama bangsa dan wilayah apabila runtuhnya sistem khilafah akibat kerakusan perebutan kuasa di negara-negara naungannya.

Terutamanya Hijaz (kini sebahagian besarnya Arab Saudi yang bersekongkol dengan Inggeris yang berjuang meletakkan bangsa Arab sebagai bangsa yang mewarisi dua tanah suci / haramain - Makkah dan Madinah); 

Pembelotan Jeneral Mustafa Kemal (Yang kemudiannya mendakwa sebagai Bapa Turki - Ata-Turk http://antikemalist.blogspot.com/) yang merupakan pemimpin tentera Uthmaniah yang dilantik Khalifah tetapi telah membiarkan pencerobohan tentera dari negara-negara barat menusuk jauh sehingga lebih dari separuh negara Turki mengakibatkan ramai rakyat tidak berdosa terbunuh dan tersiksa sehingga memaksa Khalifah menandatangani perjanjian damai bagi mengelakkan lebih banyak pertumpahan darah. Setelah perjanjian damai ditandatangani, Mustafa Kemal memimpin tenteranya menguasai semula keseluruhan negara Turki kononnya dengan serba kekurangan secara perwiranya berjaya mengalahkan Tentera di Greek di barat, Tentera Peranchis di selatan dan Tentera Inggeris di timur. Hakikatnya ini semua persekongkolan jahat yanatara Mustafa dengan tentera penceroboh bagi memperlihatkan pimpinan Islam yang "dipengaruhi" bangsa Arab sebagai pengecut kerana menanda tangani perjanjian damai dan bangsa Turki adalah berani hebat dan berintergrati dalam mempertahankan kedaulatan Turki.

Setelah sekian lama dunia Islam terjajah iaitu sebenarnya satu tempoh "pendidikan" oleh barat keatas masyarakat Islam dalam "mendidik" ideologi-ideologi sesat mereka bagi menjauhkan umat Islam dari ajaran Islam yang sebenar, mencucuk virus penyakit wahan (cintakan dunia) dan nasionalisme (taksubkan bangsa) secara begitu licik sehinggalah mereka yakin masayarakat bahawa penyakit-penyakit ini benar-benar sebati dan sudah bersedia untuk "dimerdekakan" secara zahir. Sejak itu umat Islam umpama tidur dibuai semangat keBANGSAan dan curahan ekonomi yang sistemnya direka barat memang utk memenangkan musuh Islam. Musuh Islam tidak lagi memandang umat Islam ini hebat walau pun ramai dalam jumlahnya dan tiada lagi kegerunan dimata mereka.

10 hingga15 tahun mutakhir ini, mereka mahu mengekalkan kehebatan Islam itu tenggelam dengan meng-assosiasi-kan sebahagian besar kelompok Islam sebagai pengganas atas nama terrorism (sebahagian besar darinya ditaja samada secara langsung atau secara provokasi oleh barat sendiri sehinggan memfitnah Islam sebagai agama keganasan) bagi mensinonimkan secara kukuh kedua-dua kalimah. Ini dilakukan supaya anak didik mereka (puak nasionalist/kebangsaan) yang secara tidak sedar ditunggangi mereka atas dasar memerangi keganasan berpihak kepada mereka dan meng-isolasi-kan kehebatan Islam disatu sudut yang sempit.

Semua ini merupakan perancangan-perancangan jahat sejak dari kembalinya Knight of Templer ke Eropah dari kekalahan di Jerusalem, pembentukkan Freemason, terzahirnya gerakan Zionist, penghapusan dinar dlm pembentukkan sistem kapitalis, pengasingan urusan agama dgn dunia dgn lahirnya isme isme idiology baru menggantikan kebergantungan kpd Si Pencipta Allah Swt, pemecahan negara2 umat Islam, pembentukkan United Nation yg dikuasai oleh Veto majlis keselamatan,perompakkan negara palestine kpd Yahudi, penindasan berterusan yg sebenarnya tiada niat utk mengakhirkannya langsung ke atas penduduk asal palestine, penanaman penyakit wahan (mencintai dunia) kedlm sanubari umat islam melalui pengaruh yg dimainkan kader2 mereka para sekularist, para nasionalist yg bersedia utk ditunggangi. Semuanya atas usaha menghalang kembalinya kehebatan Islam.
Knight of Templer seal - It all started with the Knights corruption during crusades

Dajjal/Anti-Christ plan

"..wamakaru wamakarallah wallahu khairul makirin.." ~ Ali Imran, 54. Mereka merancang dan Allah juga merancang tetapi sesungguhnya Allah sebaik-baik Perancang (yg pasti akan berjaya).

Adakah umat Islam mahu kembali hebat? Maka kembalilah kepada keyakinan Islam sepenuhnya (Syumul) yang menjadi dasar kehebatan perlaksanaan daulahnya.

Kebangkitan Ikhwanul muslimin dilihat oleh musuh Islam terutamanya barat dan Yahudi sebagai satu-satunya potensi mengembalikan kehebatan tersebut. Ianya bukan hanya ancaman buat Hosni Mubarak mahu pun General Sisi dan sekutu sekularistnya... malah ia satu ancaman paling besar buat barat dan puak Yahudi yg membelakanginya dan semua tunggangan-tunggagan mereka iaitu sekularist/nasionalist diseluruh negara seluruh dunia. Mereka sebenarnya sedang dalam KETAKUTAN (Terror) yg amat sgt akan kembalinya umat yg mendatangkan ketakutan kpd mereka yg mereka gelar "terrorist" bukan kerana ganasnya umat ini tetapi kerana kehebatan keyakinan dan akhlaq umat ini walau pun tanpa sebarang senjata ditangan. Inilah sbb utama mereka tidak akan berundur dari kekejaman mereka sehingga tiada lagi nilai kemanusiaan. Mereka cuba mengapikan puak ekstreme Islamist dgn memprovoke melakukan keganasan spt 911, Bali dsbgnya demi utk memfitnah Islam dgn meng-asosiasi-kan "terrorism" dengan keganasan sehingga umat Islam semakin keliru.

Akan terdapat 73 golongan diakhir zaman, tetapi hanya satu yang Allah redhai, golongan manakah akan kita termasuk? Golongan yg memisahkan dunia dari agama? Golongan yg memperjuangkan bangsa melebihi keyakinan kpd Allah? Golongan yg menyamaratakn agama? Golongan yang suka menimbulkan kerosakkan didunia dgn memulakan perang dan kehancuran? Golongan yg berpura2 berjuang atas nama Islam tetapi sebenarnya menyesatkn ramai dan memfitnah nama baik Islam dengan melakukan keganasan, menfitnah keluarga Rasulullah saw dan sahabat-sahabatnya? Atau golongan yg berada diatas jalan yg disediakan Allah dan kekasihNya rasulillah SAW dengan bekalan Al Quran dan Sunnah serta diwariskan kepadanya para ulama, salafussalih, tabiin, tabi tabiin yang mengasihi kesemua para sahabah dan ahli keluarga. rRasulillah saw.

"...Ya Allah, letakkan aku di atas jalan yang lurus, jalan yang bukan sahaja Kau beri ni'mat tetapi juga jalan yang Kau redhai; bukan jalan orang-orang yang Kau murkai (mereka yang tahu tetapi engkar utk amal) dan bukan orang-orang yang sesat (org yg sangka berada jln yg benar tetapi jahil akan ilmu agama sehingga tersasar dr kebenaran). Sesungguhnya hanya kpd Engkau (Allah SWT) kami mengabdikn diri (bukan mghambakan diri kpd manusia lain, kpd harta, wang ringgit, keseronokkan dan tipudaya dunia); dan sesungguhnya hanya kpd Engkau (Allah SWT) kami memohon pertolongan (terutamanya utk mempertahankan Islam bantuan bukan dari hartawan, ahli politik, kekuatan barat dsbgnya tetapi dr Allah semata2)...aamin

No comments:

Post a Comment

IKLAN

ealier posting

FB Box

Blog of people that I know

  • Konflik Korea Selatan dengan Korea Utara menjadi sebuah momok yang tidak berkesudahan hingga saat ini. Memiliki mata-mata di negara lawan merupakan hal y...
    2 years ago
  • *The Love of Eagle Mom, Makes the Eaglet Fly* The love of eagle mom, makes the eaglet fly Not cowardness of love, will only causes them die. Feeding the nes...
    7 years ago
  • Anak aku Atikah sebelum ini berniaga kain cotton Gred A secara online melalui syarikatnya yang diberi nama Sweet Little Cotton Enterprise atau singkatannya...
    9 years ago

Blog of People I wish to know

Other blogs

Harun Yahya TV

Jadual Ceramah