Hati2 dalam membiarkan anak2 menonton program2 TV barat walaupun program2 itu adalah kartun dan bercorak kanak2 atau remaja. Ada diantara program kartun Inggeris yg menggunakan bahasa2 yg tidak sesuai utk kanak2. Bagi remaja program2 spt kehidupan disekolah antaranya yg paling popular ialah "High School Musical".
Secara umumnya, tiada apa yg perlu dirisaukan kerana msgnya ialah ttg bersikap jujur, bercakap benar, kasih sayang dsgbnya. Yg dirisaukan bukan hanya message cerita tetapi juga propaganda mereka dalam cara menjalani kehidupan, cara bertutur, cara berpakaian, cara menyusun perasaan, cara menggayakan diri malah setiap aspek kehidupan bagi setiap peringkat umur sehingga cara menjalin cinta, cara merenung mata dsbgnya sehingga mengundang maksiat.
Kajian menunjukkan pengulangan babak2 ini mampu mempengaruhi penonton menjadi sebahagian dari babak sehingga menzahirkan dlm kehidupan harian. Motif mereka ialah bukan sahaja mengubah dan mencorak cara berfikiran dan menjalani kehidupan anak2 anda malah untuk menjadikan watak dan pemain watak ini sebagai idola mereka di dalam dan diluar set pengambaran sehingga sunnah mereka menjadi ikutan dalam segala segi.
Mungkin shj ada diantara ibubapa yg mengatakan mengapa tidak jika watak2 dan artis2 itu memberikan contoh yg baik. Memang ada perkara2 yg baik didalamnya spt yg dikatakan tadi sikap jujur, amanah, berkasih sayang, persahabatan, bercakap benar dsbgnya dan ada juga sebahagian artis2 utama yg digambarakan sbg berkeperibadian baik di dalam dan diluar set pengambaran yg boleh dijadikan contoh buat anak2. Tetapi sebahagian besar artis2 ini terutama artis2 perempuan yg dulunya kita katakan 'comel', kini telah melalui corak dan budaya kehidupan yg rosak yg biasanya dimulakan dgn pertukaran fesyen menjolok mata sehingga ramai yg sanggup sampai ketahap bogel.
Olsen Twin |
Lindsay Lohan |
Hillary Duff |
Britney Spears |
Miley Cyrus |
Selena Gomes |
Ada yg mempertahankan mereka, sbg mangsa kerana tekanan hidup di Hollywood tetapi mahu tidak mahu kerosakan akhlaq mereka walau apa pun puncanya boleh memberi implikasi buruk kepada generasi akan datang kita.
Jika sehingga sudah sampai ke tahap mengidolakan mereka ini, dikhuatiri, anak2 kita menjadi seperti ribuan anak2 org lain di Malaysia, menjadikan kehidupan artis2 pujaan mereka ini sbg sunnah hidup mereka sehingga membelakangkan ibubapa, agama, Allah dan rasulnya. Itulah hajat sebenar kuncu2 dajjal, yg sedang mempersiapkan umat manusia dgn cara hidup yg mengembirakan kedatangan dajjal.
Saya berpesan kpd diri saya sendiri dan kpd kesemua ibubapa agar berhati2 dgn fenomena ini agar 'bekalan' kita (ibubapa) utk ber"hijrah" ini, tidak mempersiakan kehidupan mereka, menjadikan 'bekalan' itu menjadi 'basi' begitu shj.
No comments:
Post a Comment