Yang mana satukah pilihan
anda?
A: BN
B: PH
C: PAS
Pilihan A: BN
UMNO parti paling
tunjang merupakan parti berideologi Nasionalis Sekular Melayu. Mereka dianggap asobiyah kerana sanggup buat apa
sahaja mempertahankan Melayu walaupun seseorang individu Melayu itu bersalah. UMNO juga mengekalkan konsep ideologi sekular penjajah Inggeris kerana seperti yang dikatakan oleh Perdana Menteri Malaysia Pertama dari UMNO, Tunku Abd Rahman semasa mengusulkan kerajaan menganjurkan judi loteri kebajikan bahawa rakyat Malaysia mesti menerima kenyataan Malaysia adalah sebuah negara
sekular.
Ramai dari pendokong UMNO bersifat chauvenist dari zaman ke zaman.
Ramai dari pendokong UMNO bersifat chauvenist dari zaman ke zaman.
MCA, MIC, PBS adalah
jugak parti2 chauvenis kaum masing2.
Pimpinan2 terdahulu UMNO yg terdiri dari golongan bangsawan dan istana dianggap wira kemerdekaan kerana merundingkan kemerdekaan dengan Penjajah Inggeris walau pun golongan agamawan sudah terlebih lama berjuang menuntut dan memberi kesedaran kemerdekaan kepada rakyat.
UMNO mengetuai perundingan dengan penjajah British bersama2 dengan MCA dan MIC utk mewarisi bukan shj pemerintahan malah ideologi sekular dan memastikan semua kepentingan British terjaga sampai bila2.
UMNO juga mewarisi konsep 'pecah dan perintah' bagi memastikannya terus berkuasa.
Berikut adalah hakikat dan fakta tentang UMNO.
Yang mengkhianati ulama
semasa era menuntut kemerdekaan ialah UMNO;
Yang jadi talibarut
penjajah Inggeris ialah orang-orang bangsawan UMNO;
Yang menerima kaum cina
dan India menjadi warganegara kerana menurut kemahuam tuannya iaitu inggeris ialah
UMNO;
Yang menerima
Perlembagaan Sekular dari Suruhanjaya Reid ialah UMNO;
Yang melaga-lagakan
melayu dengan kaum-kaum lain terutama cina ialah UMNO;
Yang merayu pada PAS utk
sertai perikatan membentuk BN untuk menang pilihanraya ialah UMNO
Yang kemudiannya
khianatinya pula sehingga PAS hilang Kelantan juga ialah UMNO;
Yang melepaskan kedaulatan
Tanah Melayu Singapura dari Malaysia kepada kaum cina ialah UMNO;
Yang menipu pimpinan PAS
untuk meninggalkan PAS dan menyertai UMNO atau BN seperti Dato Asri Muda,
Nakhaie dll juga adalah UMNO
Yang memberi kontrak
projek2 mega kpd pengusaha cina ialah UMNO
Yang memujuk bekas
pimpinan UMNO dari Semangat 46 kembali kpd UMNO mengkhianati kerbersamaan dalam
Angkatan Perpaduan Ummah (APU) dengan PAS ialah UMNO
Yang melenyapkan tulisan
melayu (Jawi) ialah UMNO
Yang melonglaikan bahasa
Melayu dengan memperkasakan bahasa penjajah inggeris ialah UMNO
Yang menukar bahasa
pengantar matapelajaran Matematik dan Sains ke Bahasa Inggeris adalah UMNO
Yang menghapuskan kuasa
raja2 melayu ialah UMNO
Yang mencadangkan dan
melaksanakan judi loteri kebajikan ialah UMNO
Yang meluluskan DIsko2,
Kelab malam dan pusat judi ialah UMNO’
Yang meluluskan lagi
menganjurkan konsert maksiat bagi anak muda ialah UMNO
Yang membiarkan arak
dijual secara terbuka ialah UMNO
Yang datang terkinja2 di
disko, kelab malam dan konsert ialah anak Melayu Yang dipimpin anak2 pimpinan
UMNO
Yang terhoyong-hayang di
disko, kelab malam dan konsert mabukkan arak ialah anak Melayu bersama anak2
pimpinan UMNO
Yang biarkan budaya
maksiat dan zina ialah UMNO
Yang biarkan merebaknya
pembuangan bayi ialah UMNO
Yang membiarkan budak
melayu merempit (KJ) ialah UMNO
Yang menjauhkan anak
muda dari Islam sehingga merosakkan akhlaq ialah UMNO
Yang berselawat bagai saban
hari dengan isteri bertudung litup berjambul dan bersanggul tinggi tapi dilain
waktu terdedah sana sini bercium pipi dengan artis tempatan dan Bollywood berperangai
Yahudi itulah isteri2 dari ramai pimpinan UMNO
Yang menganak-tirikan
pengusaha melayu dan mengali-babakan projek ialah UMNO
Yang jual saham2 melayu
dari RM52bil tinggal RM2bil, UMNO
Yang kerap menipu rakyat
secara berulang2 tanpa insaf ialah UMNO
Yang berpura-pura baik dengan
rakyat dan PAS spt mana Inggeris berpura2 baik dengan pihak istana ialah UMNO
Yang menabur janji bagai
kencing merata2 kemudian memungkirinya ialah UMNO
Yang gagal mencapai KPI
30% equity bumiputera spt dijanjikan DEB ialah UMNO
Yang gagal capai KPI
minimum pemilikan hartanah oleh Bumiputera spt dijanjikan DEB ialah UMNO
Yang gagal capai KPI
pengangguran bumiputera berbanding kaum lain spt dijanjikan DEB ialah UMNO
Yang gagal capai KPI
minimum pendapatan bumiputera berbanding kaum lain spt dijanjikan DEB ialah
UMNO
Yang gagal memenuhi
janji manifesto setiap pilihanraya ialah UMNO
Yang naikkan caj tol
ialah UMNO
Yang naikkan harga
minyak petrol ialah UMNO
Yang kenakan GST ialah
UMNO
Yang tarik balik bantuan
biasiswa dan pinjaman pelajaran ialah UMNO
Yang jual rizab air dengan
harga murah kpd Singapura ialah UMNO
Yang melepaskan
kedaulatan Tanah Melayu Singapura dari Malaysia kpd kaum cina ialah UMNO;
Yang menggadaikan 88% peratus
dari 3juta hekta tanah rizab melayu ialah UMNO
Yang melepaskan tanah
milik KTM di Bukit Cagar kpd Singapura ialah UMNO
Yang jual kedaulatan
negara dengan terlepasnya Tanah Melayu Pulau Batu Putih kpd Singapura ialah
UMNO
Yang serahkan tanah Yang
luas kpd kaum cina di Genting ialah UMNO
Yang serahkan tanah Yang
luas kpd kaum cina di Cameron ialah UMNO
Yang jual kedaulatan
negara dengan menjual IPP kpd negara China ialah UMNO
Yang terkait dengan
skandal BMF ialah UMNO
Yang terkait dengan
Skandal perwaja ialah UMNO
Yang terkait dengan
skandal scorpene ialah UMNO
Yang terkait dengan
Skandal 1MDB ialah UMNO
Yang terkait dengan isu
TH ialah UMNO
Yang terkait dengan isu
EPF ialah UMNO
Yang terkait dengan isu
FGV ialah UMNO
Yang terkait dengan isu
RM2.6billion rasuah (derma) ialah UMNO
Yang tamak mengaut harta
negara ialah pemimpin UMNO dan isteri
Yang rakus mencuri wang
rakyat ialah pemimpin UMNO dan isteri
Yang membazirkan wang
negara bermewah2 ialah pemimpin UMNO dan isteri
Yang suruh rakyat ikat
perut bila kerajaan tiada lagi cukup duit ialah UMNO
Yang mencadangkan Bajet
2016 Yang menyusahkan rakyat ialah UMNO
Yang mencadangkan
Malaysia terjajah sekali lagi oleh TPPA ialah UMNO
Yang berkawan dengan
MIC, MCA, Gerakan, PBS dll kafir harbi BN yang bukan shj menolak hukum hudud,
malah menghina Islam sbg tidak relevan, undang2 rimba, merugikan ekonomi negara
dan sgt kejam dan tidak bertamadun sambil kemudiannya mencabar usul ini di
mahkamah….ialah UMNO
Yang sekian lama kesemua
presiden2nya menolak hukum Hudud ialah UMNO
Yang tiba2 berjanji nak
sokong hudud cadangan PAS ialah UMNO
Yang berkali2 buat
alasan mengelak usul hudud dibentangkan ialah UMNO
Yang secara jelas
menolak cadangan hudud PAS ialah Najib presiden UMNO spt Yang dinyatakan secara
terang ketika ditanya pemberita
Yang jawab merapu bila
rakyat sedang susah ialah menteri2 UMNO
Adakah semuanya buruk dan tidak ada yang baik? Ada. Cuma yang buruk jauh lebih banyak.
KJ Nampak lebih objektif
dan berhujah dengan fakta. Mukhriz nampak lebih bersih. Kedua-duanya seperti
memahami dan menghormati aspirasi rakyat sambil sudi bersama-sama turun ke bawah bertemu orang-rang
kampung dan anak muda. Mereka tidak sehaluan tetapi kelihatan mempunyai prinsip yang sama. Tetapi bini masing2 masih terdedah sana sini, bergaul
bukan-bukan. Mukhriz juga membawa bebanan persengketaan Mahathir bapanya dengan DSN. KJ pula membawa bebanan kekalahan teruk ayahanda mertuanya Abdullah Badawi.
Muhyiddin dan Shafie Apdal juga nampak bersih dan lebih alim tapi kekotoran salah laku tetap lebih banyak. Itu semua apa yang nampak di mata, tetapi dihati Allah sahaja yang tahu.
Muhyiddin dan Shafie Apdal juga nampak bersih dan lebih alim tapi kekotoran salah laku tetap lebih banyak. Itu semua apa yang nampak di mata, tetapi dihati Allah sahaja yang tahu.
Pilihan B: PH
DAP, PKR dan AMANAH
diketuai oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim (DSAI)
Masih sangat baru dan
sangat rapuh setelah mudah dipecahkan dan dimainkan oleh tipudaya UMNO dalam gabungan
lama pakatan rakyat.
Tak jelas siapa mengetuai
pakatan ini sebab yang ada kerusi parlimen lebih banyak ialah DAP, kemudian PKR
dan Amanah.
Pemimpin utama PH iaitu
Anwar Ibrahim masih dipenjara dan nasib masih tak menentu.
PKR – Azizah dikatakan
tidak berkarisma tidak seperti suaminya, tiada tokoh kepemimpinan, tidak pandai
berpidato. Tapi cara hidup bersih, akhlaq pakaian yang sopan, lembut dalam
bicara, kejujuran yang terserlah.
Masih tidak menentu
antara kuasa Azizah sebagai Presiden dengan pengaruh Azmin sebagai timbalannya
yang juga Menteri Besar Selangor. Tidak jelas apa yang diperjuangkan PKR dari
sudut ideologi. Yang pastinya mereka mahukan keadilan menentang kezaliman.
Pemilihan cabang dan
ranting sering kecoh sbb kebebasan bersuara yang tidak disekat
Sivarasah, Manivannan
dan Tian Chua terzahir kemuhibahannya dengan sangat tidak perkauman, memandang
semua kaum sama dan faham kepentingan menjaga hak org melayu.
Sivarasah, Tian Chua, Nurul
Izzah dan Rafizi sangat bijak mengolah ayat, berhujah fakta dalam membicarakan ekonomi
negara. Aset penting pimpinan masa depan.
DAP – Parti pelbagai
kaum tapi dominannya kaum cina. Majoriti pimpinan adalah cina dan pimpinan
utama juga dikuasai oleh kaum cina. Ideologi hampir sama dengan PAP Singapura.
Logonya juga mempunyai warna yang sama. Dilihat mempunyai agenda yang sama
seperti PAP. Mahukan meritokrasi dan kebebasan bersuara. Cenderung mahukan
layanan sama rata antara kaum. Pada PRU tahun 1969 dengan jelas mempersoalkan
hak keistimewaan orang Melayu.
Si-Kafir jahil ini tetap
juga menolak hudud sejak dari dulu kala. Sudah nyatakan akan menolak usul hudud
jika dibentangkan. Masih tetap menolak hudud sehingga kini. Dulu menolak lebih
keras seperti kata mendiang Karpal “Over my dead body”, kini menolak juga
tetapi lebih berlembut seperti yang ditunjukkan mendiang Karpal setelah
menrayakan harijadinya bersama Al-Marhu TGNA. Bezanya DAP dengan MCA, MIC,
Gerakan dan PBS ialah mereka faham mengapa umat Islam mesti juga hendak
melaksanakannya lalu mahu menhormatinya kerana ia berkaitan dengan aqidah, natijah
dari dakwah pengisian ilmu dari Al-Marhum TGNA. Tapi mereka tetap masih
menolaknya walaupun sebahagian pemimpin dah mula faham, tapi masih ramai rakyat
kaum cina masih meraguinya kerana masih jahil. Justeru, DAP masih perlu lebih mengutamakan mempertahankan sokongan undi kaum bukan Islam lau mereka tetap menolak hudud atas faktor ini tetapi tidaklah sampai ketahap menghina Islam seperti yang dilakukan oleh ucapan bekas presiden MCA, Choi Soi Lek, pimpinan Gerakan dan Pemuda MIC.
Kemampuan Lim Guan Eng (LGE), Setiausaha Agung DAP merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang memetik beberapa petiak Al-Quran dan sejarah Islam agak memegunkan tetapi ada juga yang berpendapat mereka mempergunakannya untuk kepentingan politik. Penulis secara berpandangan, mungkin betul mungkin tidak andaian ini. Kalau pun betul, sekurang-kurangnya dia cuba memahami Islam dahulu sebelum dia menolak sesuatu kerana sesungguhnya dia masih lagi kafir sedangkan hidayah milik mutlak Allah SWT. Malah kemampuannya memetik sekerat dua ayat suci Al-Quran dan sejarah Islam walau pun jika benaar ada tujuan jahat tidak seharusnya digeruni oleh pejuang Islam yang pastinya punyai ratus ribu hadith didada dan menghafal 30 juzuk di kepala yang mampu shj mematahkan hujah LGE.
Tony Pua adalah asset penting DAP kerana kebijakannya mengolah isu ekonomi negara dan membongkar salah laku pemimpin UMNO terutama soal 1MDB, RM2.6billion dan lain-lain.
Tony Pua adalah asset penting DAP kerana kebijakannya mengolah isu ekonomi negara dan membongkar salah laku pemimpin UMNO terutama soal 1MDB, RM2.6billion dan lain-lain.
AMANAH – parti baru yang
dasarnya Islam, setelah pemimpin mereka kalah dalam pertandingan muktamar PAS ke-61.
Dilihat bagai merajuk dan dianggap pengkhianat oleh PAS. Kalau di ikutkan trend parti
serpihan biasanya ia tidak kekal lama seeprtimana Berjasa, Hamim, Semangat 46 dan IPF. Ahli dan cawangannya masih sedikit tetapi
tumbuh lebih pantas dan pesat jika dibandingkan dengan PKR semasa penubuhannya.
Pimpinannya bagaimana
pun sgt lantang bersuara, di luar mahupun dalam parlimen. Hujah mereka
berlenggok bahasa, fasih berpidato dengan bukti dan hujah yang nyata. Majoritinya berlatarbelakangkan profesional tetapi berpaksikan syariat Islam.
Ada beberapa ulama dan
asatizah yang diletakkan dijawatan istimewa tapi tidak seramai pimpinan dan
akar umbi PAS yang dilihat lebih perkasa. Ulama-ulama mereka mempunyai hubungan langsung dengan ulama-ulama dunia kerana sudah lama berkecimpung dengan usaha dakwah diperingkat antarabangsa. Ulama-ulama mereka lebih awal beraktivis di dalam kesatuan ulama sedunia. Ulama mereka bercirikan ulama tetapi berpendekatan profesional.
Parti ini di dokong oleh NGO-NGO Islam yang besar yang dikait rapat dan kukuh dengan jaringan ikhwanul muslimin dan para golongan professional yang berlatarbelakangkan Islam. Ramai yang cenderung kpd Ikhwanul muslimin dan model Erdogan. Perpaksikan Islam. Pimpinan AMANAH sangat mengkagumi ulama2 ulung seperti Dr Yusuf Qardhawi, Al-Marhum TGNA dan Al-Marhum UDFN
Rasanya AMANAH tidak cukup kekuatan di kampung2, di desa2, di Negeri Terengganu, Pahang dan Perlis.. Tetapi gagah di Johor, Melaka dan Negeri Sembilan. Di Kelantan dan Kedah tidak kurang hebatnya. Di Selangor dan Perak kekuatan agak sekata dengan PAS.
Presidennya sedikit kekampungan tetapi dapat diterima oleh semua kaum. Pimpinan mereka nampak sama perkasa, jauh lebih bijaksana dari parti yang lama. Ada yang mempersoalkan samada mereka menyokong hudud ataupun tidak, walau pun pimpinannya sudah lama nyatakan akan tetap menyokongnya. Mereka menyokongnya malah bersuara diparlimen dalam menyokongnya tetapi sangat tidak bersetuju untuk perlaksanaannya dibuat melalui kerjasama atau menerima janji UMNO yg sudah banyak menipudaya.
Hj Salahuddin Ayub sangat berwibawa kerana watak berhati2 dan akhlaq yg mulia. Dihormati seluruh saf kepimpinan malah disenangi juga pihak PAS. Khalid Samad, Dr Dzulkifly, Hanipah Maidin, Hj Hasanudin Yunos, Dr. Mujahid Yusuf Rawa kesemua nampak sama hebat belaka. Dr Mujahid dan Sdr Faiz Fadhil seorang peguam masing2 merupakan anakanda kepada bekas2 Presiden PAS sebelum TGHA iaitu Ustaz Yusuf Rawa dan UDFN. Dikatakan salah seorang dari anak kpd Al-Marhum TGNA dan anak bekas Naib Presiden PAS Daeng Sanusi juga condong kpd AMANAH.
Pilihan C: PAS
Parti berteraskan Islam
yang sgt lama lagi berpengalaman. PAS ditubuhkan oleh golongan agamawan pd 1951 setelah pengharaman
Hizbul Muslimin oleh penjajah British. Penubuhan PAS menarik
ramai golongan agamawan UMNO untuk turut serta kerana ketika itu mereka kecewa
dengan UMNO yang menganjurkan loteri kebajikan yang bersifat judi.
PAS memerintah Kelantan
dan Terengganu setelah memenangi kedua2 negeri ini dalam PRU sulung mereka pada
tahun 1969 tetapi Terengganu di rampas apabila MAGERAN di istihar oleh kerajaan
Perikatan (now known as BN) akibat perisitiwa 13 Mei 1969. Kelantan kekal
bersama PAS sehingga 1977.
PAS pernah menyertai
Perikatan yang diketuai UMNO untuk membentuk BN bagi menghadapai PRU dalam tahun
1974 atas nama perpaduan Melayu. Bagaimana pun UMNO yang mahu kekal sbg parti
tunggal Melayu telah melaga2kan kepimpinan PAS sehingga mengakibatkan
pergolakkan kepemimpinan PAS diketuai oleh MB PAS Kelantan yang disokong UMNO
dan YDP PAS yang juga menteri Kabinet persekutuan. MB PAS Kelantan di jatuhkan melalui undi
tidak percaya ADUN-ADUN PAS mengakibatkan pertembungan penyokong kedua2 belah pihak.
UMNO mengambil kesempatan mengusulkan Akta Darurat (1977) yang ditolak oleh PAS
di parlimen. Tindakan ini menyebabkan PAS disingkir dari BN. Keadaan huru hara
diperhebatkan oleh pihak yang tidak dikenali di Kelantan seolah perbalahan
masih berterusan. Ini dijadikan alasan oleh Kerajaan Persekutuan menggunakan
AKta Darurat meletakkan Kelantan dibawah MAGERAN menjadikan PAS hilang kuasa di
Kelantan. Pilihanraya negeri Kelantan diadakan semula pd 1978 menyaksikan PAS
kalah teruk akibat bekas MB Kelantan menubuhkan parti BERJASA mengakibatkan pecah
undi dan UMNO kembali menguasai Kelantan. Kejadian huru-hara itu akhirnya
diakui oleh Ibrahim Ali semasa ceramah Semangat 46 apabila beliau menyertai
Tengku Razaleigh bahawa ia dilakukan oleh beliau sendiri ketika masih berada dalam UMNO.
Tempoh 1978 – 1982
adalah tempoh mencabar bagi PAS kerana ketidakstabilan kepemimpinan dan
kehilangan banyak kerusi dan kerajaan. Sementara itu dlm tahun 1986, UMNO sdg
menghadapi krisis kepimpinan mengakibatkan UMNO diharamkan lalu tertubuhnya
Semangat 46 pd tahun 1988 untuk menyaingi UMNO (baru). Pada tahu 1989, Ustaz Fadzil Noor dipilih sebagai Presiden PAS yang baru. Kerjasama dibuat antara
PAS dan bekas pemimpin2 UMNO dalam Semangat 46 lalu membentuk Angkatan Perpaduan Ummah (APU) membolehkan
PAS merampas kembali Kelantan dengan menjoriti yang besar. Sejak itu Kelantan
kekal bersama PAS.
Kegemilangan PAS melonjak
bila Mursyidul Amnya dipimpin oleh ulama ulung Al-Marhum TGNA yang dapat
mempertahankan Kelantan sekian lama. Beliau sbg Mursyidul-Am bersama dengan
Presiden Al-Marhum UDFN mampu mengharungi cabaran dan tipudaya UMNO dengan
gagah dan bijaksana. TGNA dipandang mulia bukan shj oleh ahli PAS malah ahli dan pimpinan
PKR, DAP, UMNO dan kesemuanya.
PAS pernah berada dlm
gabungan tidak langsung (indirect) dengan DAP iaitu antara APU dan GR (Gagasan Rakyat) yang
membolehkan pertandingan 3 penjuru dielakkan atau diminimakan. Ini kerana DAP menolak perjuangan
PAS mahukan hukum hudud dilaksanakan.
Akhirnya PAS berjaya
disatukan dalam satu pakatan bersama-sama dengan DAP dan penyokong2 Dato; Seri
Anwar Ibrahim (DSAI) oleh Ustaz Fadzil Noor ekoran penubuhan Majlis Gerakan
Keadilan Rakyat (GERAK) bagi mempertahankan Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang
difitnah dan digulingkan dari jawatan TPM. Walaupun mempunyai kedua-dua PAS dan DAP berideologi yang
berbeza terutama dalam soal hudud, UDFN berjaya meyakinkan kesemuanya agar mengikut konsep 'bersetuju untuk tidak bersetuju' dalam beberapa perkara tetapi bersama-sama
dalam perkara2 keadilan dan kebajikan bersama dan rakyat.
PAS, DAP dan PKR akhirnya bersama sebagai
Pakatan Rakyat (PR) dibawah kepemimpinan DSAI akhirnya menang byk kerusi dalam 3 PRU
sehingga menafikan undi 2/3 BN dan merampas beberapa buah negeri. Kedudukan
kesatuan pembangkang ini bukan sahaja menafikan undi 2/3 malah buat pertama
kali dalam sejarah menafikan undi popular BN sejak merdeka.
Menyedari kedudukan UMNO
semakin tergugat, langkah 1969 dan 1977 diulang semula oleh UMNO.
Langkah 1969:
1) mewujudkan pecah dan
perintah dengan mewujudkan sentiment perkauman dengan menakut2kan umat Melayu
tentang ancaman masyarakat bukan Melayu terutamnya kaum cina.
2) Mesra politik antara
UMNO dan PAS
Langkah 1977:
mereka-reka pemecahan dalam
PAS
Langkah ‘1969 (1)’
Melalui tertubuhnya
PERKASA sekali lagi dimainkan oleh Ibrahim Ali ditambah dengan provokasi2 yang
dibuat oleh PERKIDA melalui pertubuhan2 ayahanda dan Persatuan2 silat, semangat
chauvinist Melayu mula mengambil tempat dalam membenci org2 bukan Islam
terutamanya kaum cina. Maka dicanangkanlah isu2 kalimah Allah, murtad, Simbol Palang
Kristian, Low Yat, Plaza Kotaraya dsbgnya mengharapkan provokasi ini mendapat respond serupa dari kaum cina justeru memenangi hati umat Melayu.
Langkah ‘1969 (2)’
Konsep mesra PAS oleh
UMNO bermula bila ada org dari dalam PAS sendiri yang membisik2kan usul Kerajaan
Perpaduan (UG) kepada Presiden PAS TGHA setelah diyakinkan bhw kerusi DAP yang
lebih byk dalam PR boleh mengancam kedudukan org Melayu dan Islam dengan
membandingkan kejadian di Perak bila DAP mempunyai kerusi terbanyak yang
membolehkan mereka memerintah. DAP dicanang sebagai musuh yang mem-puppet-kan MB dari PAS. Malah usul kerajaan campuran BN-PAS di Perak
telah dari awal dicadangkan. PM ketika itu Abdullah Badawi menerima baik
inisiatif UG itu. Bagaimana pun cadangan itu dihidu oleh kumpulan yang
anti-UMNO lalu menentangnya. Antara yang menentang ialah Al-Marhum TGNA dan TG Ustaz Ahmad Awang..
Langkah ‘1977’
Perpecahan yang direka
ada dua. 1) Perpecahan PR; 2) Perpecahan PAS.
1) Perpecahan PR
Sambil itu, menyedari
isu paling sensitif antara PAS dan DAP ialah hudud, UMNO telah mencari peluang
membina permusuhan antara keduanya dengan isu ini. Mereka sedar PAS akan tetap
mempertahankan hudud sementara keadaan DAP yang semakin cuba memahami hudud
apabila Al-Marhum TGNA berjaya mengendurkan pendirian mendiang Karpal Singh
telah menggerunkan UMNO. Sebelum kebersamaan PAS-DAP semakin kuat, UMNO Kelantan
di DUN Kelantan telah bertindak mencabar dengan ketegasan dan airmata terhadap PAS
agar mengusulkan hudud di DUN Kelantan dan seterusnya di Parlimen dan berjanji
akan menyokong kedua2nya. Disamping itu, UMNO melalui rakan komponennya iaitu
MCA, Gerakan, MIC dan PBS berpakat agar rakan2 mrk ini mendesak DAP menentang usul
yang bakal dicadangkan oleh PAS. Provokasi mrk yang cuba menjadi juara
masyarakat bukan Islam dengan menyerang dan menghina hukum hudud menyebabkan
masyarakat cina mula sangsi dengan DAP.
Walau pun masih mahukan
kemenangan ke Putajaya, pimpinan tertinggi PAS kini lebih mengutamakan
perlaksanaan hukum hudud berbanding dengan kuasa memerintah. Maka mereka
menerima janji UMNO utk membantu menjayakannya dalam tahun 2015, lalu
mengusulkanya di DUN Kelantan tanpa berbincang dengan rakan2 di dalam pakatan rakyat
termasuk DAP. Maka bermulalah pergolakan di dalam PR.
Walau pun pimpinan DAP
mula cuba memahami konsep hudud melalui pentarbiyahan Al-Marhum TGNA, pengundi
dan penyokong2 DAP masih jahil tentangnya dan masih terpengaruhi dengan dakyah
UMNO, MCA, Gerakan dan MIC menakut2kan tentang hudud. DAP yang mahukan
pencerahan dari PAS bagi memberi penerangan kpd penyokong2nya melalui Majlis
Presiden Pakatan Rakyat sering tidak diendahkan oleh Presiden PAS TGHA.
2) Perpecahan PAS
Maka lahirlah pimpinan
PAS yang pro-PR yang anti-UMNO yang tidak mahu masuk ke dalam perangkap UMNO dan sementara satu kumpulan lagi pimpinan PAS yang pro-Presiden yang mesra
UMNO, anti-DAP dan mahukan hudud disegerakan. Perpecahan yang dinantikan ini adalah
seperti berulangnya peritiwa antara MB PAS Kelantan yang didokong UMNO dan yang
DiPertua PAS Al-Marhum Dato’ Asri.
Sementara itu Muktamar
permilihan PAS ke-61 sdg berlangsung menyaksikan persaingan anatara pro-PR dan
Pro-Presiden. Di dalam muktamar itu PAS akhirnya berlaku perpecahan dahsyat
antara dua kumpulan ini mengakibatkan berlaku dua natijah – 1) kumpulan anti-UMNO
tewas; 2) PAS tidak lagi bersama Pakatan Rakyat.
Kumpulan Pro-Presiden bertindak agresif di dalam Muktamar bermula dengan perasmian sayap pemuda. Kumpulan pro-PR dianggap
sbg anti-hudud dan pro-hudud dan pelbagai label diberikan kpd mereka oleh
pro-Presiden sehingga mendesak mereka disingkirkan. Tekanan yang melampau dan penhinaan yang tidak dibendung oleh pimpinan baru yang
dibuat telah mengakibatkan kumpulan Pro-PR menubuhkan sebuah NGO bernama Gerakan Harapan
Baru yang akhirnya tertubuhnya Parti AMANAH Negara (AMANAH). Perisitwa ini hampir
sama dengan tertubuhnya BERJASA pada tahun 1977. Bezanya parti serpihan BERJASA mesra-UMNO dan pimpinan yang tinggal adalah anti-UMNO; sedangkan kini AMANAH adalah
anti-UMNO dan pimpinan yang tinggal adalah mesra-UMNO.
Dalam tempoh sebelum pembentangan
usul Akta 355 ke Dewan Rakyat, PAS telah mengistiharkan ‘Gencatan Senjata’ dengan UMNO
yang bukan sahaja mereka tidak menyerang antara satu sama lain malah lebih mesra. PAS
beberapa kali cuba mengusulkannya di parlimen mengharapkan janji UMNO untuk memberi laluan dan turut
menyokong. Bagaimanapun PAS gagal untuk membentangkannya dalam ketiga2 sesi
dewan rakyat 2015 atas alasan2 yang teknikal yang diberikan oleh Speaker dari UMNO dan
kes yang dicabar dimahkamah oleh penyokong2 BN.
Dalam pada itu UMNO yang
sedang turut bergolak dek kerana pemecatan Tmbalan Presiden UMNO Tan Seri Muhyiddin
Yassin (TSMY) dari jawatan Timbalan Perdana Menteri susulan dari terlalu
banyaknya salah guna kuasa, salah laku, pemborosan dan keadaan ekonomi terburuk
negara oleh Dato' Seri Najib (DSN).
PAS memilih
pendekatan menasihati BN secara baik dalam perkara2 yang UMNO buat yang mungkin
menyusahkan rakyat agar kembali bergerak dalam garisan syariat.
Pimpinan mereka didokong
kuat oleh para asatizah muda, ulama dan ilmuan yang berlatar belakang Islam.
Mereka juga disokong oleh sebahagian kecil professional walaupun tidak lagi seramai
dahulu. Presiden PAS TGHA merupakan Naib Presiden III Kesatuan Ulama Dunia yang
dipimpin oleh Dr Yusuf Qardhawi setelah jawatan itu ditolak oleh seorang ulama dari Indonesia. Kesatuan Ulama Dunia sebelum ini banyak kali menjemput DSAI memberi ucapan sebagai jemputan khas memberi panduan kepada kesatuan tersebut, sementara TGHA selalu menjadi sekadar delegasi sahaja. Nik Muhammad Abduh anak kpd Al-marhum TGNA merupakan
ketua Pemuda PAS.
Percaturan PAS dikatakan
sgt selari dengan pemikiran penasihat2 strategik mereka golongan muda yang tidak meraai keperitan berhadapan dengan UMNO selama ini iaitu Dr Zuhdi dan Sdr
Zaharudin Mohammad.
PAS dikatakan
menyandarkan kekuatan kepada umat Melayu yang marahkan UMNO disamping membenci
DAP. Malah pemungkiran janji UMNO dianggap kelebihan kepada PAS memenangi udi Melayu. Bagaimana pun sikap pemimpin PAS di dalam dan luar dewan rakyat tidak
selari dengan aspirasi rakyat.
Kemarahan rakyat sudah
memuncak terhadap DSN atas segala salah laku, ketirisan, kemusnahan ekonomi dan
kesengsaraan rakyat tetapi PAS dan Presidennya dilihat berlembut dengannya. SUA
PAS dilihat sangat mesra dgn MB UMNO Perak dan PERKASA. Presiden PAS dilihat
mesra dengan DSN.
Bajet 2016 diakui oleh
Presiden PAS sebagai menyusahkan rakyat tetapi kesemua wakil rakyatnya tidak pula
menolak Bajet ini seolah ingin menjaga Gencatan Senjata dengan UMNO yang masih
tidak menunaikan janji.
PAS pernah terperangkap
dengan tipudaya UMNO dengan kaedah yang sama. Tetapi PAS memilih jalan yang
serupa yang mengakibatkan ditipu berulang kali seolah rela ditipu dalam keadaan
sedar.
Wakil2nya di Dewan Rakyat
dilihat tidak dapat menandingi kewibawaan wakil2 pembangkang yang lain dalam mempersoal kredibiliti kerajaan BN, malah ahli2 parlimen PAS sering dipermainkan oleh wakil2 UMNO seperti apa yang berlaku terhadap Ustaz
Ahmad Idris bila disoal balas kerana ucapan mereka hanya bersandarkan teks yang tersedia. Mereka juga dilihat tidak pakar dan sangat tidak arif dalam
soal-soal ilmu perekonomian bila sering membicarakan soal yang tidak relevan
dengan tajuk perbincanga di parlimen, contohnya ahli parlimennya dari Temerloh Ustaz Nasrudin yg menanyakan tentang isu Pekerja Pendatang Tanpa Izin sedangkan tajuk yang
dibincangkan ialah FDI (Perlaburan Asing
Langsung).
Pemimpin PAS nampak jujur
dan berpakaian sopan dan petah bercakap soal hukum-hukum agama tetapi bila
masuk perincian perincian soal dasar ekonomi, dasar kewangan, dasar sains,
dasar kesihatan dan dasar luar negara, wakil2 PAS kelihatan jelas ketandusan
pemimpin, tidak seperti Rafizi, Sivarasah dan Nurul Izzah dari PKR; Khalid
Samad, Hanipa Maidin dari AMANAH; KJ dan Mukhriz dari UMNO; Tony Pua dari DAP
dan Dr. Michael Jeyakumar Devaraj dari PSM.
Setelah dibentangkan
ini, siapakah yang harus membawa amanah
ralyat menaikkan maruah negara yang sudah sekian lamanya dirobek.
No comments:
Post a Comment