SeeHeart4Life OnLine Shoppe (Sila klik icon untuk mula shopping di sini)

4Life Research LLC - Digital NewsStand

Friday, December 5, 2008

Salah faham mengenai Tawaduk

Dalam Islam, seorang muslim dan mukmin ditekankan supaya bersifat tawwaduk atau bersifat merendah diri, bersederhana dam berlemah lembut. Tetapi seringkali ketiga-tiganya di salah tafsirkan terutamanya oleh masyarakat Melayu-Islam sehingga mengakibatkan kemunduran dan kehinaan. Saya ingin berkongsikan pandangan saya mengenai salah faham ini dan harapan saya jika benar persepsi saya ini, maka marilah kita jadikan pedoman tetapi jika terdapat salah silapnya, saya alu-alukan sebarang teguran.

Merendah diri
Merendahkan diri disini bererti 'humble' dalam bahasa Inggeris bukan sekali-sekali bermaksu merendahkan moral mahu pun merendahkan morale.

Kerendahan moral bermaksud keperibadian terkeji dan tercela. Merendahkan diri yang disalah tafsirkan sebegini seringkali dilakukan oleh golongan muda dan remaja dengan kata-kata seperti "...malas nak tunjuk baik...", "...pakaian aku je cam ni, tapi hati aku sapa yang tahu..". Keperibadian seperi ini cuba menunjukkan seolah-olah merendahkan diri dengan cara..'do not look the book from its cover' iaitu mungkin dari luaran ia tidak menarik tetapi di dalamnya penuh dengan kehebatan. Tetapi apa yang remaja dan muda mudi ini lakukan sebenarnya ialah menunjukkan segala sifat kehinaan dan kekejian luaran tetapi cuba berlagak baik disebaliknya. Ini adalah pengaruh dan propaganda yang dipengaruhi dari Robin Hood dan Botak Chin sedangkan di dalam Islam 'the end does not justify the mean'.

Sementara itu, kerendahan morale bermaksud tiada maya upaya untuk berjuang. Sifat kerendahan morale boleh mengakibatkan terjauhnya sifat berjuang (striving & struggling) malah menyukarkan sampai ketahap jihad. Terkadang, ia juga disalahertikan dengan tidak menunjuk-nunjuk. Kita seringkali terdengar mak cik-mak cik di kampung yang mempersilakan tetamu yang berkunjung ke rumah dengan juadah dengan berkata... "rasalah apa yang ada, entah apalah rasanya.. baru cuba-cuba nak belajar nak masak.." Kalau statement ini bertujuan bersifat humble tidak mengapa tetapi jangan sampai ia meluputkan keyakinan diri. Sifat humble sehingga meluputkan keyakinan diri dan kerendahan morale inilah yang seringkali mengakibatkan ketidakmampuan umat Melayu-Islam bersaing di dalam bidang penciptaan, perniagaan, sukan dan lain-lain

Merendah diri jika disalahertikan dengan kerendhan moral dan kerendahan morale seperti di atas boleh mengakibatkan penghinaan diri oleh diri sendiri dan pandangan orang lain.

Sebaliknya, 'humble' atau merendah diri di dalam Islam bermaksud tidak takabur atas kemampuan diri sebagai manusia tetapi membesarkan ke-Akbar-an Allah SWT Yang mengizinkan segala sesuatu. Oleh itu menunjuk-nunjuk dan berbangga itu diharuskan asalkan kehebatan itu mengambarkan kebesaran Allah SWT dan bukannya kehebatan kita sebagai makhluk.

Bersederhana

Sederhana = Liberal?

Tawaduk juga ada sebahagian di dalamnya sifat kesederhanaan kerana sesungguhnya Islam itu agama yang sederhana. Serderhana seringkali disalah tafsirkan dalam hal ini dengan maksud liberal. Liberal mengikut tafsiran barat ialah tidak beraliran kiri atau pun kanan, tidak sosialis dan tidak juga kapitalis, tidak timur dan tidak barat, tidak rigid, amat fleksible, amat tolerant, berfikiran terbuka, kebebasan mutlak, tiada had dan batasan. Akibat dari sikap liberal ini lah lahirnya golongan anti-hadith dan sunah RasululLah SAW malah lahirlah free thinker dan atheist sehingga masyaratkat kristian dan Yahudi juga turut kena tempias, pengwujudan Jaringan Islam Liberal, Sister in Islam dan sebagainya, pengasingan agama dan urusan duniawi secara total, lahirnya semula golongan seperti umat Nabi Lut iaitu penerimaan masyarakat terhadap golongan gay dan lesbian. Liberal pada dasarnya mahukan manusia keluar dari kerangka (framework) asas dan fundamental agama. Golongan liberal seringkali melabelkan diri bukan anti-agama tetapi tidak ekstreme di dalam beragama sebaliknya bersederhana di dalam beragama. Sebaliknya meletakkan kebebasan mulak sebagai asas kewujudan manusia.

Hakikatnya, sebenarnya golongan liberal inilah golongan yang ekstreme kerana terlalu ekstreme dengan pegangan kebebasan mutlak.

Sederhana = seimbang?

Satu lagi salah tafsir tentang sederhana ialah seimbang. Seimbang antara duniawi dan akhirat, seimbang antara dosa dan pahala, seimbang di dalam tuntutan agama dan masyarakat dan sebagainya. Saya gelar salah tafsir mengenai 'sederhana = seimbang' ini sebagai konsep 'fifty fifty' atau 50%:50%. Maka dari salah tafsir inilah wujudnya golongan yang ada diantara kita sedar dan tidak sedar tetapi jahil terutama golongan ibubapa tentang segelintir tetapi semakin merebak umat Melayu-Islam yang solat di rumah tetapi clubbing dimalam hari, sekolah tetapi merempit dimalam hari, berkerja kuat untuk kerjaya dan bersolat sekadar maghrib di surau kawasan perumahan, cukup sekadar solat lima waktu, hantar anak-anak mengaji Al-Quran tetapi dalam masa yang sama menggalakkan anak-anak menggedikkan diri menyanyi melalak, berdansa dangdut dikhalayak ramai dengan bangganya. Percayalah, seringkali bilamana konsep 'fifty fifty' ini diterapkan biasanya ia berakhir dengan 0% akhirat dan 100% duniawi, 0% pahala dan 100% dosa, 0% tuntutan agama 100% tuntutan masyarakat.

Sederhana = pertengahan = berlebih kurang?

Terkadang sederhana juga ditafsirkan sebagai berlebih kurang atau pertengahan seperti tak terlalu cantik dan tak terlalu hodoh, tidak terlalu bersih dan tak terlalu kotor, tidak terlalu kaya dan tak terlalu miskin, tak terlalu pandai dan tak terlalu bodoh dan sebagainya. Akibat dari salah tafsir ini seringkali natijahnya, ialah hasil kerja yang sambil lewa, tidak cermat, tidak berkualiti dan sebagainya. Sesungguhnya, Allah SWT tidak pernah menghalang manusia mendapatkan kekayaan duniawi.


Hakikatnya, sederhana di dalam Islam bukanlah bermaksud liberal dan bukannya bermaksud seimbang dunia dan akhirat dan tidak juga melakukan sesuatu secara sekadarnya sahaja tanpa kesungguhan. Pada lumrah dan fitrahnya manusia, kita mahukan kesederhanaan (simplicity) dan tidak menyukai kerumitan (complexity). Bagi say, sederhana di dalam Islam adalah mengutamakan akhirat dengan bermatlamatkan keredhaan Allah SWT tanpa meninggalkan duniawi sebagai alat, bekalan dan jambatan dengan menjalaninya sebagai khalifah sebaik dan sesungguh mungkin dimuka bumi Allah SWT dengan kerangka syariat Islamiah agar menuju kejayaan akhirat yang abadi . Malah kekayaan duniawi yang hebat amat digalakkan asalkan di imbangi dengan kemurahan hati dengan menginfakkan harta melalui zakat, sedekah dan hibah serta tidak takabur sambil terus menerus membesarkan kekuasaan Allah SWT dengan menjadikan harta benda dan dunia ini sebagai bukan tujuan untuk hidup tetapi alat kehidupan dan ibadah untuk mencapai kejayaan abadi di akhirat kelak.


Berlemah lembut
Tawaduk ada juga di dalamnya keperibadian berlemah lembut. Berlemah lembut bermaksud berhemah mulia tanpa bertutur kasar dan berlagak ganas malah sifat beralah pada yang tak perlu amat digalakkan. Tetapi ia tidak pula bermaksud tidak boleh bersikap tegas dan berprinsip. Berlemah lembut juga tidak bermaksud tidak boleh menjadi gagah, tegap dan kuat. Malah fizikal yang sihat amat digalakkan dan ketegasan dalam prinsip Islam amat perlu dipertahankan, tetapi caranya perlulah bijaksana dan berhemah. Saya terlalu hampir hendak menggunakan perkataan berdiplomatik, kaedah ini seringkali dinodai oleh tipu daya oleh masyarakat barat dan Yahudi. Ya! diplomatik adalah perkataan yang sesuai tetapi diplomatik yang diringi oleh kejujuran dan keikhlasan.

Kesimpulan
Tawaduk seharusnya menjadi pemangkin memajukan umat Islam bukan hanya mencapai kejayaan akhirat malah menjadi sebagai umat contoh didunia cipataan Allah ini di dalam mencapai kejayaan di dunia. Salah faham tentang sifat Tawaduk telah menyebabkan kehilangan semangat juang demi Islam, luputnya sifat kebanggaan, ketegasan dan tahan diri (endurance) di dalam Islam, tewas di dalam pengejaran ilmu duniawi, mundurnya ekonomi dan muamalah Islamiah, runtuhnya akhlak dari muda-mudi sehinggalah pemimpin negara dan lunturnya keperibadian dan jati diri umat Muhammad sehingga akhirnya dikhuatiri menjejaskan dan meranapkan akidah dalam mentauhidkan Allah SWT. Pembetulan persepsi terhadap sifat Tawaduk amat perlu terutama dikalangan masyarakat Melayu-Islam dalam mengembalikan kegemilangan Islam dan mempertahankan akidah dari sebarang serangan anasir luar.

Ini hanyalah persepsi dan pandangan saya. Yang baik hanyalah dari Allah SWT dan yang keji itu dari diri saya yang hina ini. Saya amat mengalu-alukan sebarang komen terutama dari para alim ulama dan cerdik pandai agar dapat diperbetulkan pendapat saya di atas.

1 comment:

IKLAN

ealier posting

FB Box

Blog of people that I know

  • Konflik Korea Selatan dengan Korea Utara menjadi sebuah momok yang tidak berkesudahan hingga saat ini. Memiliki mata-mata di negara lawan merupakan hal y...
    2 years ago
  • *The Love of Eagle Mom, Makes the Eaglet Fly* The love of eagle mom, makes the eaglet fly Not cowardness of love, will only causes them die. Feeding the nes...
    7 years ago
  • Anak aku Atikah sebelum ini berniaga kain cotton Gred A secara online melalui syarikatnya yang diberi nama Sweet Little Cotton Enterprise atau singkatannya...
    9 years ago

Blog of People I wish to know

Other blogs

Harun Yahya TV

Jadual Ceramah