Baru2 ni anak Cek Det cadang di satukan semua Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil disatukan di bawah satu sistem pendidikan yang diintergrasikan agar perpaduan nasional dapat direalisasikan. Fuyoh! ramai orang terutamanya non-Malay politician yang melenting tak kira dari MCA, MIC dan DAP.
Macam-macam feedback yang diberi. Uncle Ong Baru dan Liow pun melenting. Begitu jugak Dr. Tan Kepong... all kata ni semua cakap-cakap politik sempena pemilihan party UMNO sedangkan sistem sedia ada sangat effective sejak dulu lagi malah Malaysia adalah kedua terbaik selepas Singapura d rantau ini dari segi kualiti pendidikan. Dr. Tan siap cakap ahli2 parlimen bukan melayu telah semakin banyak improve dalam penggunaan bahasa Melayu. Seorang bekas guru, En. Guna pulak talipon Radio 24, sistem pendidikan bersepadu bagus tapi itu bukan punca besar perpaduan dinegara ini. Perpaduan kaum bukan masalah diperingkat bawah tetapi lebih kpd masalah antara pemimpin.
Saya tak salah kan mereka since diaorang nak cuba mempertahankan apa yang ada yang baik utk kaum diorang. Orang Melayu lah yang kena fikirkan sesuatu agar identiti dan perpaduan negara tidak tercalar.
Saya setuju ngan diaorang bahawa jika benar isu perpaduan mahu dileraikan... jangan tunggu hanya bila ada pilihan raya atau pemilihan parti. Lepas habih pemilihan sengap menyepi. Satu lagi tentang harus bermulanya dari Top Down i.e. kepimpinan melalui teladan... kalau among pemimpin pun dok bertelagah dalam paper lagilah induce pertelagahan kat peringkat rakyat.
Masa saya baru balik dari pengajian di UK, ada teman sepejabat bukan Melayu dengan bongkaknya mengatakan beliau hairan bagaimana bahasa Inggeris saya masih tak fasih setelah dua tahun di UK. Saya bertanyakan umurnya dan respond dgn bertanya mengapa setelah 30 tahun lahir di Malaysia, beliau masih belum fasih berbahasa Melayu?
Sejak itu saya mula mengkaji. Di Indonesia dan Thailand, dasar asimilasi menyebabkan semua nama dan bahasa yang digunakan hendaklah nama dan bahasa yang menggambarkan negara mereka. Ini menyebabkan sistem pendidikan dan sekolah mereka hendaklah menuju kearah itu. Dasar ini digubal kerana tujuan perpaduan negara.
Dalam pada saya bersetuju tentang jangan hanya cerita tentang perpaduan ketika berlaku pemilihan parti; kualiti pelajar2 kita adalah antara terbaik dirantau ini; dan tentang perlunya wujud penerapan nilai kepimpinan melalui teladan (top-down approach), saya tak berhenti setakat itu sahaja. Nilai top-down and bottom-up should proceed together. Apa juga inisiatif bagi perpaduan negara adalah teramat penting, bukan sahaja pada setiap masa dan bukan hanya pada waktu pemilihan malah both top-down and bottom up atas nama perpaduan perlu digalakkan. Sungguhpun kualiti perlajar-pelajar kita adalah antara terbaik dirantau ini, tapi ia tidak terhenti setakat kualiti ilmu sahaja. Kualiti ilmu pelajar yang tinggi tidak bermaksud mereka bersatu padu untuk negara.
Tentang ahli-ahli parlimen bukan melayu yang telah banyak improve dalam penggunaan bahasa melayu mereka, saya secara peribadi boleh berikan markah hanya dalam lingkungan 60% sahaja kemampuan bertutur dalam bahasa Melayu. Contohnya, kita masih boleh kenal dengan amat jelas perbezaan satu panggilan talipon bahasa melayu oleh seorang berbangsa Tionghua dan India even among golongan atasan dan pemerintah. Tonton cerita CSI Las Vegas, CSI New York, CSI Miami... tak kira lah dia keturunan Hispanic, Afro-America or the Whites semua macam sama je... sampai kat peringkat pemimpin Condo Rice, Obama semua speak proper American English.
Compare that dengan pemimpin kita... dua x-ministers (uncle Lim and uncle SV) bahasa Melayu teramatlah below 40%. Antara parliamentarian below 40% score kebolehan pertuturan dalam Bahasa Melayu yang lain ialah...Chong Eng, Tiong King Sing, Fong Po Kuan, On Ka Chuan, Dr. Ng Yen Yen, Dr. S Subramaniam, Dr. Fong Chan Onn, P Ramasamy, Fong Kui Lin dll. Yang lain pulak amat kebanyakkan is sitting just on par termasuklah Lim Kit Siang, Ong Ka Ting, Karpal Singh, M Kulasegaran, Sim Tong Him dll. Yang ada bagus sikit (around 60%) ialah Gobind Singh, Ong Tee Keat, Tan Seng Giaw, Koh Tsu Koon, Wee Ka Siong, Liong Tiong Lai, Tian Chua dan tak ada dll.
Saya bersetuju sistem persekolahan perlu disatukan dibawah satu aliran kebangsaan. Yang dipersoalkan ialah sistem persekolahan satu aliran bukan kurikulum persekolahan.Ia perlu bermula dari seawal mungkin. Kalau praktikal, ia patut bermula dari peringkat tadika. Perkara ini sepatutnya telah lama diperjuangkan bukan hanya kini dan bermusim. Bagi konon pejuang bahasa dan golongan bukan melayu, kita semua perlu ikhlas berjuang untuk perpaduan rakyat Malaysia secara adil, bukan hanya kerana kepentingan bangsa sendiri. Sebarang usaha secara tidak adil walaupun tak semestinya saksama, untuk perpaduan adalah bagi tujuan kesejahteraan rakyat bukan hanya untuk kini dan akan datang yang hampir malah selama-lamanya. Adil lah bukan sahaja untuk sekarang malah untuk generasi akan datang. Adil bermaksud meletakkan sesuatu ditempatnya yang benar... bukan saksama. Fair does not mean equal.
Saya secara peribadi, saya amat rapat dengan teman sepejabat saya yang terdiri dari kaum Cina, India, Sikh dan Melayu. Tapi saya rasakan secara umum, kita rakyat Malaysia baik Melayu, Cina, India, Sikh, Iban, Kadazan dll, hidup aman bersama tetapi berasingan (peace together but separated). This kind of peace can not be called harmony... worse if it is not improved, will become time bomb that will eventually explode.
SeeHeart4Life OnLine Shoppe (Sila klik icon untuk mula shopping di sini)
4Life Research LLC - Digital NewsStand
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
IKLAN
ealier posting
-
Satu masa dahulu - ada pihak yg cuba MEMARTABATKAN TULISAN JAWI yg menjadi tulisan bg bahasa melayu yg sebelumnya ini diperkasakan dgn tu...
-
Malaysian politics scene has lately shown ugly behaviour among the followers of participating parties. Our observation of 'Samseng' ...
-
Takwim Hijrah adalah berdasarkan Qamariah. Nama bulan-bulan ini digunakan sejak sebelum kedatangan Islam lagi iaitu sejak tahun 421M la...
-
Di dalam interpretasi barat perkataan "terrorist" merujuk kepada pengganas dan "terrorism" digambarkan keadaan dunia se...
-
Dalam Islam, seorang muslim dan mukmin ditekankan supaya bersifat tawwaduk atau bersifat merendah diri, bersederhana dam berlemah lembut. Te...
-
Re-introduction of 4Life products in Seeheart4Life Shoppe . Click Seeheart4Life Shoppe to bring your body back into life.
-
If we look from motive perspective: 1) Sulu Sultanate - Motive - exist since Lahad Datu episode Claim responsibility - did not m...
FB Box
Blog of people that I know
-
-
*The Love of Eagle Mom, Makes the Eaglet Fly* The love of eagle mom, makes the eaglet fly Not cowardness of love, will only causes them die. Feeding the nes...7 years ago
-
-
Blog of People I wish to know
-
-
-
Brunei Darussalam 27-30 Ogos 2019 - Alhamdulilah meneruskan agenda hidup dengan mengisi jemputan sebagai Visiting Academic Dari 27-30 Ogos 2019.5 years ago
-
Soalan Popular Simpanan Syariah : Ulasan Tahap Orang Awam - [image: kwsp] Beberapa hari pertama pelancarannya, ia disambut hangat dan sangat baik oleh awam, tiba-tiba di awal minggu kedua, sudah mula berlegar pelb...8 years ago
-
-
Berita Gembira..!! - السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Untuk perkongsian dan usrah yang lebih berkesan kami telah mewujudkan web site khas untuk anda. segala bahan usrah yang t...14 years ago
-
Other blogs
-
How Do I Know What Iphone I Have A1778 - IMEI lookup You can also find the capacity of your iPhone with an IMEI lookup which is a good option if you cant power on your iPhone and the capacity is...2 years ago
-
Hello world! - Welcome to WordPress. This is your first post. Edit or delete it, then start writing!5 years ago
-
-
(video CCTV) TAMPAR IMAM KETIKA SOLAT JUMAAT... Wahabi marah? - Lihat Video CCTV di Bawah (real); https://www.facebook.com/AbuSyafiq1/videos/897710180319429/9 years ago
-
Mata air salsabil - Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMED AL-BAKRI Pemandangan alam akhirat pastinya jauh lebih hebat daripada apa juga keindahan yang ada di atas muka bumi ini. - Gambar ...12 years ago
-
Kedua - Tanda Aras Suksess Anda - Anda telah berjaya apabila anda tahu bahawa kejayaan dan kemenangan tidak mencipta diri anda dan bahawa kegagalan dan kekalahan tidak memusnahkan diri anda.14 years ago
-
No comments:
Post a Comment