SeeHeart4Life OnLine Shoppe (Sila klik icon untuk mula shopping di sini)

4Life Research LLC - Digital NewsStand

Thursday, December 9, 2010

Kemelut Melayu?

KEMELUT KETUANAN MELAYU


Kemelut ketuanan Melayu telah menjadi amat serius bagi sesetengah pihak tapi bukanlah dikalangan semua warga Malaysia. Golongan-golongan berikut pastinya tidak melihat ianya sebagai kemelut:

1) masyarakat bukan Melayu ~ kerana golongan ini yang paling beruntung jika dikira dari kedudukan mereka ketika ini yang amat kukuh dari segi ekonomi sedang masyarakat Melayu bukan sahaja masih gagal menguasai kurang 1/3 hasil ekonomi malah masih terkapai-kapai mencari identiti diri dan harga diri.
2) pemain-pemain politik ~ mengambil kesempatan dari polimik ini bagi mendapatkan undi. Ianya datang dari kedua-dua pihak - parti pemerintah dan pembangkang seolah-olah merekalah pembela bangsa dan negara dengan senyuman sinis yang mana ramai diantara mereka itu sebenarnya berpura-pura yang teramat sangat.
3) Singapura - yang amat senang hati melihat ketidak stabilan negara. ~ Barang di ingat, bahawa bekas Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yue pernah menyatakan beberapa tahun yang lalu bahawa adalah tidak mustahil Singapura kembali bersatu di dalam Malaysia. Hakikatnya ialah kerana, mereka telah memperjuangkan penghapusan hak-hak istimewa orang Melayu sejak sejurus selepas bergabung di bawah Persekutuan Malaysia lagi. Peluang mereka untuk mengaut kekayaan negara akan lebih terbuka apabila hak keistimewaan orang Melayu terhakis di dalam Malaysia dan peluang diberikan atas dasar merit semata-mata.

Dalam pada itu, pemerintah dan pembangkang saling menuding jari atas kelemahan yang melanda masyarakat Melayu ketika ini disamping tidak habis-habis menjaga hati masyarakat bukan Melayu bagi memenangi undi mereka. Yang yerkorban akhirnya ialah Generasi Melayu akan datang. Pun begitu, Al Quran menyeru agar kita kembali berpegang kepada tali Allah, yakni Quran dan Hadith apabila kita berbantah-bantah.

Perlukah kita terus mempertahankan bangsa Melayu atau perlukah kita berjuang atas dasar Syariah Islamiyah.

Wallahualam.

No comments:

Post a Comment

IKLAN

ealier posting

FB Box

Blog of people that I know

  • Konflik Korea Selatan dengan Korea Utara menjadi sebuah momok yang tidak berkesudahan hingga saat ini. Memiliki mata-mata di negara lawan merupakan hal y...
    2 years ago
  • *The Love of Eagle Mom, Makes the Eaglet Fly* The love of eagle mom, makes the eaglet fly Not cowardness of love, will only causes them die. Feeding the nes...
    7 years ago
  • Anak aku Atikah sebelum ini berniaga kain cotton Gred A secara online melalui syarikatnya yang diberi nama Sweet Little Cotton Enterprise atau singkatannya...
    9 years ago

Blog of People I wish to know

Other blogs

Harun Yahya TV

Jadual Ceramah