SeeHeart4Life OnLine Shoppe (Sila klik icon untuk mula shopping di sini)

4Life Research LLC - Digital NewsStand

Saturday, July 24, 2010

Sopan santun Melayu mula menghilang

Setiap kali melintasi gerbang tol di lebuhraya, melalui booth pembayaran tempat letak kereta dan berhenti ketika pemeriksaan pengawal keselamatan di kondomium dan kawasan perumahan berpagar (gated housing area), saya sering terfikir betapa masyarakat melayu semakin hilang nilai kesopanan dan budaya merendah diri. Sukar sekali kita mendengar ucapan terima kasih, jauh sekali menerima ucapan mesra.

"Turunkan tingkap! ..... Buka bonet!...Nak ke mana ni, Encik? Ok jalan...jalan!" begitulah yang saya sering alami bila melintasi laluan keselamatan dan disapa oleh pengawal keselamatan di Malaysia. Alangkah baiknya kalau kita dengar begini..."Assalamualaikum (atau Salam sejahtera), Encik. Boleh minta tolong turunkan cermin tingkap dan buka bonet, Encik?....Terima kasih.... Boleh saya tahu Encik nak ke mana?....Terima kasih dan selamat jalan".

Masyarakat Malaysia ramai yang memandang rendah kepada rakyat Indonesia, tetapi jika mereka sering ke berkunjung ke sana, kita akan mengalami pengalaman yang berbeza dari segi layanan terutama di tempat-tempat yang saya sebutkan tadi.

"Selamat siang Pak...maaf ya Pak, boleh di buka belakang mobilnya ya Pak?..Boleh saya tahu Bapak mahu ke mana ya?...Makasih ya pak...selamat ya Pak ya"

Tak kiralah apa pun tujuan, niat dan apa yang ada di hati nurani mereka...yang pastinya sikap dan kesopanan mereka masih terjaga sekurang-kurang dalam susanan yang ringkas seperti itu. Kalau di Malaysia, tak kira pemungut tol, pengawal keselamatan, pekerja kaunter bayaran parking dan lain-lain, semuanya melayan kita ni macam peminta sedekah sedangkan gaji mereka tu sebenarnya dibayar oleh pelanggan-pelanggan seperti saya.

Sedangkan masyarakat barat yang kita sering kutuk dengan kejatuhan akhlaq itu pun masih mengamalkan budaya mengucapkan terima kasih ketika selepas menerima bayaran di mana-mana kaunter bayaran.

Kadang-kadang ibu bapa juga perlu disalahkan kerana tidak memberikan contoh terbaik dalam mengucapkan terima kasih. Tengok sahaja masa hari raya, mak bapak sering kata pada anak-anak lepas dapat duit raya ..."cakap apa? cakap apa?...terima kasih...cakap!" Tapi bila setiap kali minta tolong pada anak ambilkan barang-barang tak pernah bersopan dan berterima kasih. "Atan! pergi ambilkan cermin mata ayah dalam bilik!" dengan nada memerintah. Selepas dapat kaca mata, tangan si ayah dihulur tanpa memandang pun pada muka anak dan langsung tak terucap perkataan "terima kasih". Inilah gaya pemerintah kuku-besi yang nampak angkuh yang ditunjukkan pada anak-anak. Tak ada langsung nada merendah diri dan perasaan terima kasih.

Justeru, bila besar nanti, inilah perangai yang dibudayakan oleh si anak.

Wallahulam. Moga saya dan isteri dapat menjadi contoh terbaik buat anak-anak...bukan pemerintah kuku besi dalam keluarga. amin

No comments:

Post a Comment

IKLAN

ealier posting

FB Box

Blog of people that I know

  • Konflik Korea Selatan dengan Korea Utara menjadi sebuah momok yang tidak berkesudahan hingga saat ini. Memiliki mata-mata di negara lawan merupakan hal y...
    2 years ago
  • *The Love of Eagle Mom, Makes the Eaglet Fly* The love of eagle mom, makes the eaglet fly Not cowardness of love, will only causes them die. Feeding the nes...
    7 years ago
  • Anak aku Atikah sebelum ini berniaga kain cotton Gred A secara online melalui syarikatnya yang diberi nama Sweet Little Cotton Enterprise atau singkatannya...
    9 years ago

Blog of People I wish to know

Other blogs

Harun Yahya TV

Jadual Ceramah