SeeHeart4Life OnLine Shoppe (Sila klik icon untuk mula shopping di sini)

4Life Research LLC - Digital NewsStand

Thursday, May 31, 2012

Alahai Bahasa Melayu...

Janganlah meretorikkan "pemartabatan Bahasa Melayu" dengan tagline "Memartabatkan Bahasa Melayu; Memperkasakan Bahasa Inggeris". Tagline ini akan hanyalah memerangkap masyarakat Melayu dimana ianya seolah-olah memuliakan bahasa Melayu dengan pengulangan oleh pemimpin-pemimpin negara mengatakan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi yang termaktub dalam perlembagaan tetapi secara praktiknya bahasa Melayu terus dipinggirkan.

Contohnya pembelajaran matapelajaran sains dan matematik masih menggunakan bahasa Inggeris; papan-papan tanda yang tidak mewajibkan bahasa Melayu; iklan-iklan di TV yang kini sudah mula tiada perkataan Melayu walaupun untuk iklan-iklan Mandarin, Tamil dan Inggeris; penerangan pada produk-produk boleh-lihat (tangible goods) yang kini semakin tiada penerangan dalam bahasa melayu pada produk itu sendiri mahu pun pada manualnya; penerimaan panggilan perkhidmatan pelanggan (call centre) yang pada sistem panggilannya (IVR) diutamakan bahasa Inggeris lebih dari bahasa Melayu; sari kata bahasa Melayu untuk rancangan TV bukan Melayu juga sudah pelahan-lahan digantikan dengan tulisan Mandarin dan Inggeris - tidak kiralah untuk TV kerajaan atau swasta, berbayar atau tidak berbayar. Ini semua dilihat, akan dan telah meminggirkan bahasa Melayu sebagai bahasa kelas kedua atau mungkin ketiga kerana dilihat sebagai tidak praktikal.

Ia sebenarnya bukan tidak praktikal tetapi sebaliknya di bunuh secara sistematik dengan mengembar gemburkan dengan perasaan bangga kerana dimartabatkan di dalam perlembagaan tetapi dipinggirkan sehabis mungkin di dalam kehidupan seharian. Fenomena ini sama seperti apa yang terjadi kepada tulisan jawi satu ketika dahulu yang hanya dilaung-laungkan secara retorik yang akhirnya  hampir terkubur dengan keadaan yang memalukan apabila seorang berbangsa Korea, Profesor Dr Kang Kyoung Seok baru-baru ini merayu agar tulisan Jawi diselamatkan dari terpupus.


باهاسا ملايو سماكين لايو سڤرتيمانا توليسن جاوي سماكين ناذق


Apa lagi yang tinggal pada bangsa Melayu yang semakin hilang identitinya dan kemapanan masa hadapan dibunuh oleh sekumpulan manusia yang berada dan berkuasa di dalam pertubuhan yang kononnya mewakili bangsa Melayu itu sendiri.

No comments:

Post a Comment

IKLAN

ealier posting

FB Box

Blog of people that I know

  • Konflik Korea Selatan dengan Korea Utara menjadi sebuah momok yang tidak berkesudahan hingga saat ini. Memiliki mata-mata di negara lawan merupakan hal y...
    2 years ago
  • *The Love of Eagle Mom, Makes the Eaglet Fly* The love of eagle mom, makes the eaglet fly Not cowardness of love, will only causes them die. Feeding the nes...
    6 years ago
  • Anak aku Atikah sebelum ini berniaga kain cotton Gred A secara online melalui syarikatnya yang diberi nama Sweet Little Cotton Enterprise atau singkatannya...
    9 years ago

Blog of People I wish to know

Other blogs

Harun Yahya TV

Jadual Ceramah