SeeHeart4Life OnLine Shoppe (Sila klik icon untuk mula shopping di sini)

4Life Research LLC - Digital NewsStand

Friday, April 26, 2013

Bagaimana saya memilih dalam PRU13? - Jadilah pengundi bijak


Berikut adalah analisa saya sebagai pengundi atas pagar dalam menjustifikasi undi saya. Analisa adalah berdasarkan harapan saya dari bakal pemerintah dan bagaimana kemampuan pihak-pihak yang bertanding boleh memenuhinya.

Harapan supaya kerajaan yang memerintah dalam soal-soal berikut
1.       Islam

Harapan
·   Amar ma’aruf Nahi Munkar - Mempertahankan Islam sebagai agama rasmi dan diletakkan ditempat yag istimewa justeru bukan sahaja menjalankan tanggungjawab dalam menyeru kepada yang makruf seperti  mengadakan ceramah-ceramah agama; membina dan mengurus sekolah-sekolah agama (Islam); menubuhkan organisasi seperti IKIM, JAKIM dll; memungut dan mengagihkan zakat serta merancakkan perbankan Islam, malah pihak berkuasa wajiblah bertanggungjawab dalam menghindar kemungkaran dengan mengawal ketat umat Islam dari melakukan maksiat bukan sahaja aktiviti-akitiviti penzinaan malah, masalah arak/disco, rempit, dadah dan pelbagai lagi keruntuhan akhlaq remaja muslim.
·   Akidah – Kemurnian Islam seperti yang termaktub dalam perlembagaan hendaklah dipertahankan di mana walaupun masyarakat majmuk bebas menganut pegangan agama masing-masing, tindakan propaganda penganut agama selain agama Islam ke atas penganut Islam hendaklah diharamkan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan

PR dilihat seperti berlembut dalam soal ini atas dasar kepelbagaian kaum dan agama serta tidak nampak serius dalam memenuhi kedua-dua tuntutan ini.

BN dilihat sebahagiannya berjaya dalam menjalankan tanggungjawab amar ma’aruf tetapi gagal dengan teruknya dalam nahi munkar dan kemusnahan bukan sahaja akhlaq malah akidah remaja muslim.

Kuasa ketiga – semua cubaan kuasa ketiga (calon-calon bebas dan parti-parti kecil) tiada kemampuan membuat perubahan dalam hal ini walau pun boleh memenangi beberapa kerusi dan walau pun ada kolibirasi dan pakatan dengan kuasa-kuasa lain kerana jumlah kerusi mereka yang amat sedikit menghadkan peluang justifikasi.

Kesimpulan
UMNO yang menonggak BN sekian lama dengan kerusi terbanyak berbanding parti-parti komponen lain dilihat bukan sahaja gagal malah sengaja secara aktif bertindak menganjurkan aktiviti-aktiviti yang tiada nilai Islam kepada remaja Muslim, berkemungkinan besar agar generasi akan datang tidak menghampiri Islam secara syumul bagi menjarakkan pengaruh musuh politiknya PAS. PAS diharap dapat memayungi kepentingan ini di dalam PR walau pun telah beberapa kali cuba bersederhana yang dilihat sebagai langkah strategik. PAS bagaimana pun dijangka mempunyai tugas berat menjalankan tanggungjawab ini kerana kemungkinan kerusi yang akan dimenangi mungkin kurang melainkan terdapat ‘swing’ yang besar dikalangan pengundi Bumiputera/Islam.

2.       Keseimbangan ekonomi dalam masyarakat
Harapan
·   Pengagihan ekonomi sejak merdeka masih berada pada tahap yang tidak memuaskan. Pemerintah kendaklah memastikan penyusunan semula kekayaan negara dijalankan dengan sejujur dan bersih yang boleh dari sebarang ketirisan. Disamping memastikan hard-core poverty dari semua kaum dikurangkan kalau tidak pun dihapuskan, keseimbangan equity antara kaum bumiputera dengan kaum bukan bumiputera hendaklah diperbetulkan dengan bijaksana. Kegagalan pengagihan kekeyaan yang adil saya jangka akan menjadi ‘time bomb’ kepada kecacatan social dan ketidakstabilan politik. Jika kaum Bumiputera terus ketinggalan dalam ekonomi yang natijahnya dijangka boleh membawa kepada wujud prejudice oleh kaum Bumiputera terhadap kaum lain terutama kaum Cina. Sebaliknya penekanan berterusan terhadap keistimewaan Bumiputera akan mengakibatkan rasa tidak senang generasi mendatang kaum lain terutamanya kaum Cina terhadap keistimewaan yang diberikan kepada kaum Bumiputera dalam hal-hal ekonomi ini.

PR dilihat seperti menuju ke arah ‘meritrokrasi total’ dan ‘equal opportunity’ dengan membelakangkan hakikat bahawa ketidakadilan ekonomi ini berlaku akibat dari kerakusan penjajah yang memerintah secara ‘pecah dan perintah’ sehingga mengakibat penduduk bumiputera dipinggirkan dan menatijahkan ketinggalan dari segi kekayaan ekonomi.

BN dilihat sebagai gagal dalam merealisasikan ‘pembetulan’ ke atas ketidakadilan ekonomi ini walau pun dengan usaha Dasar Ekonomi Baru (DEB), Dasar Pembangunan Baru (DPB) dan rancangan-rancangan Malaysianya (RMK). BN gagal dalam menepati penanda aras (KPI) yang mereka sendiri tetapkan seperti yang utama ialah keadilan pemilikan equiti kepada bumiputera (30%). BN dilihat sebagai gagal dalam mengatasi masalah ketirisan dalam ekonomi negara ekoran dari cubaan pengagihan kepada kaum bumiptera kerana apa yang berlaku ialah jumlah yang besar dikaut dan mengalir kepada sebilangan kecil jutawan bumiputera yang berteraskan krosnime dan nepostisme sedangkan peluang kepada masyarakat bumiputera ramai amatlah terbatas. Ketirisan ini juga telah diambil kesempatan oleh jutawan bukan bumiputera dalam menjarak jauhkan lagi kekayaan mereka.

Kesimpulan
PR dijangka tidak akan dapat mempertahankan kepentingan ekonomi bumiputera tetapi BN sudah pun membuktikan bahawa mereka juga gagal dalam mempertahankannya. – in-different.

3.       Pengurusan ekonomi
Harapan
·   Dalam pada pengurusan ekonomi perlu kekal didasari dengan hakikat bahawa keadilan dan pengagihan kekayaan masih ditahap yang belum memuaskan, pengurusan ekonomi hendaklah juga diuruskan secara telus, professional, bersih, cekap dan bertanggungjawab. Keseimbangan hendaklah diberi kepada kepentingan semasa dan keperluan jangkapanjang, keperluan material dan keutamaan rohani dan moral.

PR telah memperlihatkan rekod baik dalam melakukan perbelanjaan bijak di negeri-negeri yang ditadbir seperti yang tertulis di dalam laporan Audit Negara. Tahap hutang samada berjaya dikurangkan atau di hapuskan. Reserve negeri-negeri ini meningkat pada tahap yang selamat. Kerajaan PAS negeri Kelantan, walau pun berada dalam keadaan serba kekurangan berjaya memperbaiki tahap kemiskinan negeri mengikut peratus populasi berbanding dengan negeri-negeri lain. Sungguh pun dengan kepayahan tanpa kerjasama kerajaan persekutuan, kerajaan negeri Kelantan bagaimana pun dilihat kurang kreatif dalam menarik jumlah pelabur asing (FDI). Kerajaan DAP Pulau Pinang dilihat telah mampu memperbaiki kedudukan hutang dan reserve negeri serta menarik FDI. Bagaimana pun terlalu banyak politicking dalam mencari ‘salah’ kerajaan dipenggal terdahulu boleh menyebabkan fokus kerajaan negeri akan hilang. Kerajaan Selangor telah menunjukkan prestasi amat baik tetapi seperti di dalam pemerintahan UMNO/BN, kerajaan Selangor pimpinan PKR juga mempunyai sikap yang sama seperti kronisme dan nepotisme.

BN ·   PM Najib telah memperlihatkan cubaan yang baik dengan pelancaran Agenda Transformasi Negara (ATN) untuk menguruskan pembangunan secara tersusun, rapi, detail dan profesional dengan memperkenalkan Petunjuk Keberhasilan Negara. Bagaimana pun ketelusan pentadbiran ini dalam menguruskan kekayaan negara masih amat meragukan hingga mengakibatkan banyak ketirisan. BN telah menunjukkan kegagalan ekonomi ketara selepas zaman kepimpinan Tun Dr Mahathir dengan keruduman peratusan KDNK, nilai reserve negara / kenaikkan tahap hutang negara serta imbangan budget negara (lebih -7% dari KDNK – paling teruk dalam sejarah) dan inflasi sebenar yang tinggi seperti harga kereta yang mahal, harga petrol yang tinggi dan charge tol yang tidak justified.

Kesimpulan
PR dilihat berjaya memperlihatkan alternatif yang jelas tentang apa yang ditawarkan dan bagaimana ia boleh dicapai sedangkan BN dengan agenda transformasinya walau pun cuba menerangkan bagaimana pembangunan boleh mereka lakukan masih gagal meyakinkan dari mana akan mereka perolehi dana untuk menjayakannya melihatkan keadaan kadar hutang semasa dan imbangan pembayaran ekonomi negara yang defisit


4.    Menghormati doktrin pengasingan kuasa

Harapan
4.1 Pengasingan antara kehakiman, perundangan dan eksekutif
-Kuasa kehakiman hendaklah bebas dari arahan dan pengaruh eksekutif secara fakta dan pemerhatian (fact and appearence)
- Institusi Perundangan hendaklah tidak dipengaruhi oleh eksekutif dalam wakil-wakil rakyat membuat penghujahan dan undian perundangan di parlimen. Wakil-wakil rakyat hendaklah memimpin dan mewakili suara rakyat yang mengundinya bukannya mengkhianati undi rakyat dengan mematuhi suara pemimpin-pemimpin parti.

PR
- tiada rekod buruk mahu pun baik kerana kuasa mereka terhad pada peringkat negeri yang mereka kuasai

BN
- Institusi kehakiman telah dicabul sejak lama dahulu apabila Lord Presiden terakhir Malaysia Tun Salleh Abas di dakwa oleh tribunal setelah PM ketika itu Tun Dr. Mahathir memberi 'nasihat' kepada DYMM SPB YDP Agong ketika itu setelah Lord Presiden membuat aduan kepada baginda akan pencerobohan pihak eksekutif (PM dan kabinet) terhadap institusi kehakiman. Sedangkan ketika terdapat 3 orang yang mempunyai kuasa yang sama taraf dalam menasihati baginda dan dilantik secara langsung oleh baginda iaitu Perdana Menteri, Lord Presiden dan Ketua Turus Angkatan Tentera.

Kesimpulan
BN telah membuktikan pengkhianatan terhadap pencabulan dalam kuasa kehakiman dan tiada tanda pembetulan dan pengakuan akan keadaan itu kecuali apa yang telah dilaksanakan oleh kerajaan PM Abdullah melalui menterinya Datuk Zaid Ibrahim yang memberi saguhati tetapi tanpa kenyataan maaf. PR masih tiada rekod buruk walaupun tiada baik juga rekod baik dicatatkan

4.2 Antara kuasa-kuasa persekutuan dan kuasa-kuasa negeri

Harapan
menghormati semangat yang termaktub dalam jadual 9 perlembagaan Malaysia yang menggariskan bidang kuasa, perkekutuan, negeri dan bersama.

PR
Tiada pencerobohan kuasa keatas kerajaan persekutuan. Tetapi di Selangor, agihan peruntukan kemudahan IT oleh kerajaan PKR negeri Selangor kepada sekolah-sekolah agama rakyat disalurkan melalui wakil-wakil rakyat kawasan dan pejabat-pejabat PR daerah bagi kawasan DUN BN bukan melalui agensi-agensi kerajaan peringkat daerah atau wakil-wakil rakyat BN.

BN
Penodaan peruntukan oleh kerajaan persekutuan ini telah dilakukan sejak PAS pertama kali memerintah negeri Kelantan lama dahulu sehingga kini di mana kerajaan persekutuan telah membentuk jabatan-jabatan persekutuan di peringkat negeri. Malah Majlis ketua kampung peringkat negeri telah disaingkan dengan perlantikan JKKKP (Jawatankuasa Kebajikan dan Keselamatan Kampung Persekutuan) di mana peruntukan kewangan diperuntukan. Penafian budget kepada kerajaan negeri tidak mengikut sumbangan pungutan cukai sebaliknya diagihkan secara minima dan wewenang. Penafian hak royati petroleum untuk Kelantan dan Terengganu. Menggunakan pengaruh tidak berpatutan dalam perlantikan langsung pegawai-pegawai kanan penting negeri oleh kerajaan persekutuan.

Kesimpulan
Kedua-dua pihak mempunyai rekod dalam pelanggaran kuasa ini tetapi BN di lihat mempunyai rekod melampau dalam element ini.

4.3 Antara institusi kerajaan dan institusi parti pemerintah

Harapan
menghormati pegawai-pegawai awam kerajaan dan instrumen-instrumen kerajaan dari ditunggangi kepentigan politik. Parti-parti politik hendaklah menggunakan sumber kewangan dan infrastruktur sendiri dalam aktiviti-aktiviti parti masing-masing

PR
tiada rekod dalam pemerhatian setakat ini

BN
Secara fakta dan pemerhatian, BN mempunyai rekod buruk dalam ketegori ini apabila beberapa agensi dan instrumen kerajaan digunakan untuk kepentingan dan aktiviti politik
- Agensi Kemas
- Balai raya
- Kos pengangkutan untuk aktiviti parti
- Peruntukan kos dalam penganjuran majlis parti dengan menggunakan justifikasi kehadiran VIP atas kapasiti kerajaan bukan kapasiti parti. Contohnya..Kehadiran sebagai PM bukan sebagai Presiden Parti, sebagai menteri bukan sebagai ketua bahagian sedangkan semua aktiviti adalah untuk faedah parti bukan untuk rakyat secara langsung.
- RTM dan Jabatan Penerangan dalam aktiviti-akitiviti parti.

Kesimpulan
Hak pembayar cukai telah disalahgunakan untuk tujuan tidak adil oleh BN


5.       Kebebasan bersuara

Harapan
5.1 Berkumpul dan bersuara secara aman - memberi kebenaran berkumpul dan bersuara tanpa syarat-syarat yang tidak munasabah.

5.2 Media arus perdana cetak, TV dan radio
-tidak membenarkan mana-mana parti politik mempunyai kepentingan dalam equiti syarikat-syarikat media arus perdana samada secara langsung atau tidak; atau
-membenarkan semua parti-parti politik memiliki equiti dalam syarikat-syarikat ini; atau
-mengenakan garis panduan kepada pengamal media memberi ruang kepada semua parti-parti politik secara adil

5.3 berhujah dalam debat terbuka

BN
-Menguasai secara total kesemua media arus perdana dengan menggunakan pengaruh langsung (RTM, Utusan, DBP, Bernama) dan pengaruh tidak langsung (Media Prima, Astro, Star).
-Menggantikan solekan akta apabila menggantikan ISA dan AUKU dengan akta baru.
-Walau pun ada dimulakan oleh YB Dato Ahmad Shabery dengan DSAI, YB Koh Tsu Koon dengan YB Lim Guan Eng pada zaman PM Tun Abdullah, cuma YB Saifuddin Abdullah, YB Khairy Jamaludin dan Choi Soi Lek dikalangan pemimpin tertinggi BN yang sanggup berhujah secara matang. Yang lainnya termasuk YAB PM Najib sendiri eenggan menyahut pelawaan berhujah secara terus pada setiap peringkat hinggalah keperingkat tertinggi.

PR
Telah menggunakan kesempatan kebebasan media alternatif setelah disekat dalam media perdana. Dilihat sebagai mangsa dan mendapat keisitimewaan simpati dari pengundi-pengundi muda. Mengambil kesempatan dari keengganan pemimpin BN berdebat sebagai modal meyakini pengundi.

Kesimpulan
Simpati masyarakat terhadap PR dan penggunaan kuasa melampau dalam mempengaruhi media menyebabkan pengundi melihat ketidakadilan berlaku secara berleluasa.

Selain dari faktor-faktor di atas, undi saya diberikan kepada
1) parti yang paling kurang memfitnah ianya menjadi trend politik Malaysia masa kini;
2) parti yang tidak menyenaraikan perasuah2 dan bekas2 perasuah sebagai calon;
3) parti yang paling minima dalm penggunaa budaya samseng, maki hamun dan ungutan;
4) parti yang tidak mengunakan jentera kerajaan unuk kepentigan aktiviti parti;
5) parti yang telus dan bukan tiris;
6) parti yang jelas mahu mengurangkan beban rakyat dengan perancang yang jelas bagaimana ianya hendak dicapai berbanding dengan rekod buruk defisit yang membebankan rakyat dan perancangan yang tidak jelas dan complicated yang mempunyai potensi menghabiskan wang rakyat sperti yang telah dilakukan sebelum ini;
7) parti yg memperjuangkan rakyat miskin terbanyak yg memerlukan, bukan sekelompok elit yang kaya yang ditambahkayakan

Moga Allah SWT memberi hidayahNya dalam memandu membuat pilihan dengan undian dimulakan dengan Bismillah (Dengan Nama Allah/In the Name of Allah) dan Selawat ke atas junjungan kekasih Allah buah hati ku Nabi Muhammad SAW

No comments:

Post a Comment

IKLAN

ealier posting

FB Box

Blog of people that I know

  • Konflik Korea Selatan dengan Korea Utara menjadi sebuah momok yang tidak berkesudahan hingga saat ini. Memiliki mata-mata di negara lawan merupakan hal y...
    2 years ago
  • *The Love of Eagle Mom, Makes the Eaglet Fly* The love of eagle mom, makes the eaglet fly Not cowardness of love, will only causes them die. Feeding the nes...
    6 years ago
  • Anak aku Atikah sebelum ini berniaga kain cotton Gred A secara online melalui syarikatnya yang diberi nama Sweet Little Cotton Enterprise atau singkatannya...
    9 years ago

Blog of People I wish to know

Other blogs

Harun Yahya TV

Jadual Ceramah