SeeHeart4Life OnLine Shoppe (Sila klik icon untuk mula shopping di sini)

4Life Research LLC - Digital NewsStand

Monday, March 31, 2014

Masih boleh ketawakah kita wahai saudara Islamku?

Di zaman apa kah kita? Adakah kiamat masih jauh? sehingga kita sering berseloroh dengan kata-kata "Janganlah terlalu serius..", "kadang2 kita perlu bergurau dan berseronok lah bro, life goes on...". Itulah antara kalimah yang saya sering terima bila ditanya oleh rakan-rakan mengapa saya selalu serius. Kata-kata "lagho","ghoflah" kini hanya menjadi mainan dan gurauan demi satu keseronokkan.

Bacalah jawapan saya ini sehingga selesai.

Perhatikanlah kalimat-kalimat ini:

Allah berfirman yang bermaksud
"Maka hendaklah mereka tertawa sedikit dan menangis dengan banyak". (Surah at-Taubah, Ayat 82)

Jelas daripada mafhum ayat ini, Allah mengungkapkan sifat lazim kaum munafik yang selalunya suka mengamalkan tabiat ketawa berlebihan. Justeru, jika begitulah sikap mereka, maka sebagai umat Islam, kita harus segera membuang sikap sedemikian.

Suatu ketika, Rasulullah SAW berjalan di depan sekumpulan orang yang sedang ketawa, lalu Baginda bersabda yang bermaksud
"Demi Tuhan yang jiwaku ini berada dalam genggaman-Nya. Jika kamu semua tahu apa yang aku tahu, nescaya kamu banyak menangis dan sedikit ketawa. (Riwayat Bukhari dan Abu Hurairah).

Mengapa kita mahu terlalu banyak ketawa dan berseronok berlebihan sedangan tanda-tanda bahawa kita akan diadili tidak lama lagi semakin jelas dan terang bagi mereka yang berfikir.

era penciptaan pemfitnah sebagai tanda bermula akhir zaman
Jika masih ingat dalam article saya sebelum ini pada September 2013 yang bertajuk "Umat Islam adalah Terrorist?" saya ada membicarakan mengenai bagaimana manusia terutama umat Islam telah dimanupulasi oleh barat untuk sampai kepada keadaan kita sekarang. Sejak perang salib pertama (Crusade) melalui zaman Knights of Templer ke zaman Freemasonry ke zaman fiat money dan opium ke zaman penciptaan isme isme dan ideologi-ideologi palsu dalam penciptaan fitnah ke zaman pembentukkan gerakan Zionist ke zaman pencerobohan Israel sehinggalah ke zaman yang mana zaman kita berada sekarang. Era di mana kebaikan dilihat asing sedang kebatilan dilihat sebagai baik dek kerana kebiasaan kehidupan yang telah melalaikan sehingga membutakan mata hati melihat daripada kebaikan sebagai kebaikan dan kebatilan sebagai kebatilan setelah di didik dengan tebal oleh isme-isme sekular.

Hakikatnya, dunia ini semakin tua. Secara sedar terlalu banyak apa yang dikatakan sebaga "fenomena alam" telah berlaku dengan kenaikan paras laut yang melampau, kecairan airbatu di dua kutub, dunia semakin panas, gegaran dan tsunami semakin kerap, kemarau dan ribut berlaku serentak di sudut berbeza dunia. Ia kini juga semakin hampir dengan kita di Malaysia dengan banjir berlaku di Sabah baru-baru ini sedangkan  di Semananjung kemarau berpanjangan, panas memerit, jerebu menjadi-jadi, kehilangan MH370, anak-anak muda yang leka berseronok dibuai dadah ketika berada dalam acara maksiat sehingga tercabut nyawanya dipertahankan hak mereka yang berada dalam kemungkaran seolah mereka tidak punyai salah langsung.

Subhanaallah, tahukah kita di mana kita sekarang? Pada zaman apakah kita sekarang setelah Allah memberi petanda-petandaNya bukan hanya semakin banyak malah semakin kerap? Sedarkah kita dunia menghampiri penghujungnya sehingga para saintis sudah mengakuinya (lihat Ustaz Amin) dan masyarakat barat semakin sedar? Golongan yang dikategorikan sebagai sesat seperti yang disebut dalam surah Al-Fatihah sedang berbondong-bondong meninggalkan kesesatannya dan kembali ke jalan yang lurus dengan memeluk Islam (Revert).

Tahukah kita tentang pengkhabaran-pengkhabaran mengenai zaman demi zaman yang diberitahu oleh Allah SWT di dalam kalimah-kalimah suci Al-Quran Al-Karim serta dari hadith kekasihNya buah hati kita Muhammad Rasulullah Khatimul Anbiya SAW? Kesemuanya tercatat mengenai kejadian pertama tercipta sehinggalah keakhir zaman sehinggalah ke zaman akan datang sehinggalah kehari penghabisan sehinggalah kehari kebangkitan dan pertimbangan sehinggalah kita diakhirnya diletakkan samada di neraka nauzubillah atau syurga dengan rahmahNya.

Walaupun kebenaran sejarah zaman-zaman yang berlalu sejak Adam a.s yang telah diterangkan oleh Al-Quran melalui nabi-nabi yang diutus Allah SWT cuba disesatkan oleh penyesat-penyesat yang menyesatkan dengan sedar melalui teori-teori evolusi dari zaman ke zaman yang sebenarnya dari segi hakikat dan pengkajian sains masih terlalu jauh dan pastinya tidak akan terbukti. Tetapi itulah yang telah mereka terapkan dalam pemikiran manusia seawal usia anak-anak dalam cuba menjadikan dongengan teori-teori ini sebagai kebenaran hakiki walhal segalanya tidak pernah dibuktikan. Dalam masa yang sama, mereka terus-menerus berushaa menFITNAH menjadikan penceritaan perkara-perkara ghaib termasuk perkara-perkara mendatang (future) yang akan berlaku seperti yang dikhabarkan di dalam Al Quran dan dikisahkan oleh Rasulullah SAW dalam kalam hadithnya sebagai dongengan di justifikasi oleh mereka dengan tiadanya sebarang pembuktian sains. Bagaimana pun subhanallah, segala pembuktian demi pembuktian terzahir secara saintifik yang tak pernah dapat difikirkan oleh mereka sebelum ini sedangkan teori-teori palsu mereka masih terus-terusan gagal dibuktikan.

Selain dari pemfitnahan melalui sains, mereka juga mencipta pelbagai mekanisme sesat bagi menjauhkan manusia dari Penciptanya bagi memenuhi kemahuan IBLIS yang sudah sejak awal lagi berjanji menyesat seluruh manusia. Di zaman inilah antara hari-hari 'kegemilangan' IBLIS dalam menyesatkan manusia secara borong melalui mekasime dan isme-isme kehidupan dengan

a) terciptanya kapitalisme dan sosialisme dalam sistem muamalat manusia dengan dikotori dengan riba, penindasan, kecintaan dunia, kerakusan meratah harta benda sehingga memFITNAH sistem muamalah Islamiah dan membelakangkan kecintaan akhirat;

b) terciptanya komunisme, noasionalisme, sekelurisme, liberalisme mengagungkan perlembagaan ciptaan manusia dan corak hidup yang berasaskan akal manusia semata-mata dengan bangganya konon atas dasar 'kemanusiaan' dan kemodenan sehingga memFITNAH perlembagaan Islam sebagai ketinggalan dan tidak relevan;

c) terciptanya budaya songsang atas nama hak asasi dan kemodenan seperti perhubungan sejenis, pergaulan bebas, keseronokkan tidak bertepi yang kesemuanya bertujuan melalaikan manusia khususnya umat Islam sehingga memFITNAH cara hidup Islam seperti yang diberi contoh oleh Muhammad Rasulullah SAW yang penuh dengan kesederhanaan sebagai kolot dan ketinggalan zaman.

Justeru, jika sudah jelas kita kini berada di zaman terakhir sebelum tanda-tanda akhir qiamat terzahir dalam keadaan sekarang penuh dengan fitnah, mengapakah kita masih leka untuk terus mahu ketawa dan berseronok dalam keadaan pejuang-pejuang Islam diseluruh pelusuk dunia diratah bukan dalam jumlah kecil tetapi dalam jumlah yang ramai oleh pendokong-pendokong isme-isme palsu terutamanya nasionalist nasionalist seperti yang berlaku di Mesir sekarang ini. Juga oleh pemuka-pemuka yang berpura-pura berjuang mempertahankan Islam sedangkan cara hidup mereka jelas tidak bersandarkan Islam, polisi dan ideologi mereka yang berpaksikan isme-isme palsu terutama nasionalisme. Mereka terus-terusan menjadi materialistik yang menjadi keutamaan mereka, kekayaan terus membutakan hati mereka agar jauh dari perjuangan Islam

Marilah kita berusaha mencari golongan yang dipilih oleh Allah sebagai golongan yang Allah anugerahkan rahmahNya untuk masuk ke syurgaNya.

Diriwayatkan oleh Imam Thabrani, Rasulullah SAW bersabda ”Demi Tuhan yang memegang jiwa Muhammad di tangan-Nya, akan berpecah umatku sebanyak 73 firqah, yang satu masuk Syurga dan yang lain masuk Neraka.” Bertanya para Sahabat: “Siapakah (yang tidak masuk Neraka) itu Ya Rasulullah?” Nabi menjawab: “Ahlussunnah wal Jamaah.”

Dan sesungguhnya Ahlussunnah wal jamaah ini tidak pernah redha dengan pencabulan isme isme palsu sejak kejatuhannya Khilafah Uthmaniah oleh pendokong tegar nasionalist (Mustafa Kamal) yang dibelakangi Zionist dan pendokong Freemasonry. Ahlussunnah wal jamaah inilah yang akan sentiasa segar berjuang berjihad mempertahankan pegangan agama memerangi segala FITNAH dan MEHNAH pemalsu-pemalsu.

Marilah wahai sahabat-sahabatku berbondong masuk dalam jamaah-jemaah golongan yang satu dari 73 iaitu jemaaah yang memertahankan Ahlussunnah wal jamaah yang jelas memperjuangkan Islam bukan atas dasar bangsa dan kemanusiaan tetapi sebaliknya hanya se-nya mencari keredhaan Allah dan kejayaan akhirat semata-mata.

Wallahualam

No comments:

Post a Comment

IKLAN

ealier posting

FB Box

Blog of people that I know

  • Konflik Korea Selatan dengan Korea Utara menjadi sebuah momok yang tidak berkesudahan hingga saat ini. Memiliki mata-mata di negara lawan merupakan hal y...
    2 years ago
  • *The Love of Eagle Mom, Makes the Eaglet Fly* The love of eagle mom, makes the eaglet fly Not cowardness of love, will only causes them die. Feeding the nes...
    6 years ago
  • Anak aku Atikah sebelum ini berniaga kain cotton Gred A secara online melalui syarikatnya yang diberi nama Sweet Little Cotton Enterprise atau singkatannya...
    9 years ago

Blog of People I wish to know

Other blogs

Harun Yahya TV

Jadual Ceramah