Pada awal kejadian manusia lagi hakikat bahawa ayahanda kita Adam a.s dan bonda kita Hawa dihantar ke dunia yang kita diami kini adalah disebabkan tipu daya iblis. Sejak dari itulah tipu daya itu telah bercambah dengan segala sikap-sikap buruk yang terkeji (mazmumah). Ianya tidak akan berhenti sehinggalah dunia ini diakhiri dengan kiamat. Tipu daya ini akan sampai pada kemuncaknya dengan kehadiran Raja Tipu Daya iaitu Dajjal diakhir zaman.
Tipu daya inilah yang sentiasa ditempuhi oleh manusia sebagai ujian dalam melalui dunia yang singkat ini
Allah menjanjikan kejayaan dan keberuntungan kepada orang-orang yang sabar. Atas kerana itulah juga jika diteliti bahawa segala sifat-sifat terpuji (mahmudah) bertitik tolak dari sikap sabar
Allah berfirman, “Sifat-sifat yang baik itu tidak dianugerahkan melainkan
kepada orang-orang yang sabar dan tidak dianugerahkan melainkan kepada
orang-orang yang mempunyai keberuntungan yang besar.” (Surah Fusilat 41, ayat
35)
Justeru itu, penawar bagi ujian dari cabaran tipu daya ialah dengan bersikap sabar. Bersabarlah dalam berhadapan segala ujian meniti usia yang hanya purata 1 jam 20 minit hidup didunia (jika dihitung dengan neraca waktu akhirat).
No comments:
Post a Comment