SeeHeart4Life OnLine Shoppe (Sila klik icon untuk mula shopping di sini)

4Life Research LLC - Digital NewsStand

Saturday, October 5, 2013

Solat Jenazah

NIAT

Niat solat jenazah, boleh dilafazkan tetapi yang lebih penting ialah niat berada dalam hati.

اُصَلِّي علي هذا الَميّتِ ِلله تعالي


Usollii 'alaa haadzal mayyiti lillaahi ta'aala

Aku niat mensolatkan mayyit ini, karena Allah Ta'aala

Lafadz 

هذا الَميّتِ /haadzal mayyiti

diganti dengan 

هذه الَميّتِة /haadzihil mayyitati

jika mayatnya perempuan.

BACAAN SETELAH TAKBIR PERTAMA

Setelah takbir pertama, bacaan yang dibaca adalah surat Al Fatihah dan bacaan dilakukan secara sirr (senyap). Menurut qoul ulama fiqih yang sohih, bacaan Al-Fatihah dalam solat jenazah tidak diawali dengan bacaan doa iftitah dan tidak diikuti dengan bacaan surah dari ayat-ayat lazim sepertimana solat biasa. Bagaimana pun disunatkan membaca ta'awwudz dahulu sebelum membaca Fatihah.

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم


A'uudzubillaahi minasy syaithaanir rojiim

Aku berlindung dari syaitan yang terkutuk

Lalu selanjutnya membaca surat Al Fatihah.

Tiada ruku' dan sujud dalam solat jenazah sebaliknya ia diikuti dengan takbir kedua.

BACAAN SETELAH TAKBIR KEDUA

Setelah selesai takbir kedua bacalah selawat Ibrahimiyyah seperti yang sering kita baca setelah tasyhud dalam tahiyyat akhir seperti berikut:

أللهم صَلِّ علي محمد وعلي ألِ محمد كما صَلَيْتَ علي إبراهيم وعلي أل إبراهيم وبارِكْ علي محمد وعلي أل محمد كما باركت علي إبراهيم وعلي أل إبراهيم في العالمين إنك حميد مجيد


Allaahumma solli 'alaa  muhammadin, wa 'alaa aali  muhammadin, kamaa sollaita 'alaa ibraahiima, wa 'alaa aali  ibraahiima. Wa baarik 'alaa  muhammadin, wa 'alaa aali  muhammadin, kamaa baarakta 'alaa ibraahiima, wa 'alaa aali  ibraahiima.  Fil 'aalamiina innaka hamiidum majiid.

“Ya Allah, berilah rahmat kepada Muhammad dan keluarganya, sebagaimana Engkau telah memberikan rahmat kepada Ibrahim dan keluarganya. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji dan Maha Agung. Berilah barakah kepada Muhammad dan keluarganya (termasuk anak dan istri atau umatnya), sebagaimana Engkau telah memberi barakah kepada Ibrahim dan keluarganya. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji dan Maha Agung.”

Kemudian diikuti dengan takbir ke-tiga

BACAAN SETELAH TAKBIR KE-TIGA

Setelah takbir ketiga, bacalah doa berikut:

اللهم اغْفِرْ لَهُ وارْحَمهُ وعافِهِ واعفُ عنه وأَكْرِمْ نُزولَهُ ووسِّعْ مَدخلَهُ واغْسِلْهُ بِماءٍ وثَلْج وبَرَدٍ ونَقِهِ من الخَطايا كما يُنَقَي الثَوبُ الأَبْيَضُ مِنِ الدَنَسِ وأَبْدِلْهُ دارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ وأَهْلًا خَيْراً من أهلِهِ وَزَوْجًا خَيْراً مِن زَوْجِهِ وَقِهِ فِتْنَةَ القَبْرِ وعَذَابَ النارِ


Allaahummaghfirlahu, warhamhu, wa 'aafihi, wa'fu 'anhu, wa akrim nuzuulahu, wa wassi' madkhalahu, waghsilhu bimaa-in watsaljin wabaradin, wanaqqihi minal khathaayaa kamaa yunaqqats tsaubul abyadhu minaddanasi, wa abdilhu daaran khairan min daarihi, wa ahlan khairan min ahlihi, wa zaujan khairan min zaujihi, waqihi fitnatal qabri wa 'adzaabannaar.

Ya Allah, ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia,  ampunilah kesalahannya, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburannya, cucilah kesalahannya dengan air, salji dan embun  sebagaimana mencuci pakaian putih dari kotoran, gantilah rumahnya dengan rumah yang lebih baik, gantilah keluarganya dengan keluarga yang lebih baik, gantilah pasangannya dengan pasangan yang lebih baik, hindarkanlah dari fitnah kubur dan siksa neraka.

Jika tidak mampu membaca doa seperti di atas, memadailah membaca yang berikut:

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ

Diikuti dengan takbir ke-empat

BACAAN SETELAH TAKBIR KE-EMPAT

Selesai takbir keempat, bacalah doa berikut:

اللَّهُمَّ لاَ تَحْرِمْنَا أَجْرَهُ وَلاَ تُضِلَّنَا بَعْدَهُ وَاغْفِرْ لنَاَ وَلَهُ


Allaahumma laa tahrimnaa ajrahu, walaa taftinnaa ba'dahu waghfir na walahu

Ya Allah, janganlah Engkau haramkan Kami dari pahalanya, dan janganlah Engkau beri fitnah pada kami setelah kematiannya. Ampunilah kami dan ampunilah dia

BACAAN SALAM

Setelah selesai doa maka berikanlah salam ke kanan dan ke kiri

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Assalaamu 'alaikum warahmatullaahi wa barakaatuh

"Keselamatan, rahmat Allah dan keberkahan-Nya semoga untuk kalian semua"

Thursday, September 12, 2013

Hati-hati membiarkan anak-anak menonton program TV kartun dan remaja


Hati2 dalam membiarkan anak2 menonton program2 TV barat walaupun program2 itu adalah kartun dan bercorak kanak2 atau remaja. Ada diantara program kartun Inggeris yg menggunakan bahasa2 yg tidak sesuai utk kanak2. Bagi remaja program2 spt kehidupan disekolah antaranya yg paling popular ialah "High School Musical".

Secara umumnya, tiada apa yg perlu dirisaukan kerana msgnya ialah ttg bersikap jujur, bercakap benar, kasih sayang dsgbnya. Yg dirisaukan bukan hanya message cerita tetapi juga propaganda mereka dalam cara menjalani kehidupan, cara bertutur, cara berpakaian, cara menyusun perasaan, cara menggayakan diri malah setiap aspek kehidupan bagi setiap peringkat umur sehingga cara menjalin cinta, cara merenung mata dsbgnya sehingga mengundang maksiat.

Kajian menunjukkan pengulangan babak2 ini mampu mempengaruhi penonton menjadi sebahagian dari babak sehingga menzahirkan dlm kehidupan harian. Motif mereka ialah bukan sahaja mengubah dan mencorak cara berfikiran dan menjalani kehidupan anak2 anda malah untuk menjadikan watak dan pemain watak ini sebagai idola mereka di dalam dan diluar set pengambaran sehingga sunnah mereka menjadi ikutan dalam segala segi.

Mungkin shj ada diantara ibubapa yg mengatakan mengapa tidak jika watak2 dan artis2 itu memberikan contoh yg baik. Memang ada perkara2 yg baik didalamnya spt yg dikatakan tadi sikap jujur, amanah, berkasih sayang, persahabatan, bercakap benar dsbgnya dan ada juga sebahagian artis2 utama yg digambarakan sbg berkeperibadian baik di dalam dan diluar set pengambaran yg boleh dijadikan contoh buat anak2. Tetapi sebahagian besar artis2 ini terutama artis2 perempuan yg dulunya kita katakan 'comel', kini telah melalui corak dan budaya kehidupan yg rosak yg biasanya dimulakan dgn pertukaran fesyen menjolok mata sehingga ramai yg sanggup sampai ketahap bogel.

Olsen Twin
Lindsay Lohan
Antara mereka, ialah Olsen twins, pasangan kembar kanak comel dlm TV series "Full House" dgn perubahan seksinya, Britney Spears yg memulakan kerjaya sbg pelakon kanak2 Disney yg comel kemudian penyanyi remaja sopan dan bijak ikutan ramai, Demi Lovato yg pernah membintangi siri Disney "Camp Rock" kanak yg menghormati dna menyayangi kedua org tuanya dan teman yg sgt sejati kini menghadapi masalah psikologi , Lindsay Lohan pelakon "The parent trap" yg digambarkan kanak2 sopan bertukar sbg penagih dadah, alkohol dan sex, Jenny Humphrey dari “Gossip Girl.” mengubah kpd imej seksi melampau, Hillary Duff pelakon dan penyanyi remaja yg digambarkan sbg remaja sopan yg membuat perubahan dgn gaya sgt seksinya bg membuat impact dlm imej
Hillary Duff
Britney Spears
 dewasanya dan terbaru Miley Cyrus dari sitkom Disney "Hannah Montana” seorang kanak2 dan kemudian remaja yg tegas, berprinsip, mentaati org tuannya kini bertukar menjadi sgt seksi dgn lagu & video terbarunya "Wrecking Ball" yg memberikn aksi bogel spenuhnya tanpa seurat benang juga bg memberikan maximum impact sbg imej baru jiwa dewasanya.
Miley Cyrus
Selena Gomes

Ada yg mempertahankan mereka, sbg mangsa kerana tekanan hidup di Hollywood tetapi mahu tidak mahu kerosakan akhlaq mereka walau apa pun puncanya boleh memberi implikasi buruk kepada generasi akan datang kita.

Jika sehingga sudah sampai ke tahap mengidolakan mereka ini, dikhuatiri, anak2 kita menjadi seperti ribuan anak2 org lain di Malaysia, menjadikan kehidupan artis2 pujaan mereka ini sbg sunnah hidup mereka sehingga membelakangkan ibubapa, agama, Allah dan rasulnya. Itulah hajat sebenar kuncu2 dajjal, yg sedang mempersiapkan umat manusia dgn cara hidup yg mengembirakan kedatangan dajjal.

Saya berpesan kpd diri saya sendiri dan kpd kesemua ibubapa agar berhati2 dgn fenomena ini agar 'bekalan' kita (ibubapa) utk ber"hijrah" ini, tidak mempersiakan kehidupan mereka, menjadikan 'bekalan' itu menjadi 'basi' begitu shj.

IKLAN

ealier posting

FB Box

Blog of people that I know

  • Konflik Korea Selatan dengan Korea Utara menjadi sebuah momok yang tidak berkesudahan hingga saat ini. Memiliki mata-mata di negara lawan merupakan hal y...
    4 years ago
  • Anak aku Atikah sebelum ini berniaga kain cotton Gred A secara online melalui syarikatnya yang diberi nama Sweet Little Cotton Enterprise atau singkatannya...
    11 years ago
  • Sedikit perkongsian saya yang Allah takdirkan pada 28 Mac 2012 ketika diberi kesempatan bersembang dgn seorang hamba Allah warga asing berbangsa Jerman ber...
    14 years ago

Blog of People I wish to know

Other blogs

Harun Yahya TV

Jadual Ceramah