SeeHeart4Life OnLine Shoppe (Sila klik icon untuk mula shopping di sini)

4Life Research LLC - Digital NewsStand

Friday, March 28, 2014

Apa pendirian BN tentang Penggulingan Presiden Morsi?

 Cuba kita buat beberapa search dalam google contoh , , , , dan lain2.

Bila perkataan Pakatan, PR, PAS, PKR, Anwar, Nik Aziz dan seumpamanya digandingkan dlm search nescaya kita dapati sangat banyak kenyataan mengutuk penggulingan Dr Morsi samada pendirian secara rasmi atau pun kenyataan2 pimpinan2 parti.
Bagaimana pun bila perkataan BN, Barisana Nasional, UMNO dan seumpamanya digandingkan dlm search nescaya kita dapati tiada satu pun kenyataan dibuat mengutuk penggulingan Dr Morsi.
Bila perkataan Mahathir digandingkan dlm search nescaya kita dapati cuma satu article yg memetik kenyataan beliau mengutuk penggulingan Dr Morsi iaitu menyeru puak nasionalist menerima kekalahan tetapi mengutuk demonstrasi jalanan.

Bila perkataan Najib pula digandingkan dlm search nescaya kita dapati ada dua  articles berasingan yg memetik kenyataan Najib dan KJ

Perhatikan apa Najib kata..
"Rakyat Malaysia perlu mengambil iktibar daripada konflik di Mesir apabila perubahan yang ingin dituntut tidak semestinya menjamin kemakmuran dan kesejahteraan kepada rakyat."

"Perubahan yang tidak diurus dengan baik boleh membawa penderitaan kepada rakyat seperti kenaikan harga barang, peningkatan pengangguran dan industri pelancongan menjadi lumpuh."

"Akhirnya ia membawa kepada rakyat sendiri yang menuntut perubahan sekali lagi, oleh kerana perubahan itu tidak memenuhi kehendak rakyat dan apa yang diharapkan oleh kita. Sambil menyifatkan apa yang berlaku di Mesir adalah soal dalaman negara ini dan sesuatu yang sudah terjadi, namun Najib mengharapkan kerajaan baru dapat diwujudkan, yang mencerminkan hasrat dan aspirasi rakyat negara itu."

Perhatikan pula apa KJ kata...
"Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mengecam rampasan kuasa dan penahanan Dr Morsi. Insiden yang tercetus selepas demonstrasi berpanjangan ini bukan saja telah meragut nyawa, tetapi juga membawa rusuhan dan pertembungan ganas antara pihak penyokong dan penentang kerajaan di sana."

"Harus diingat bahawa Presiden Dr Morsi adalah seorang pemimpin yang telah dipilih secara demokratik oleh rakyat Mesir melalui proses pilihanraya dan bukannya rusuhan jalanan. Beliau tidak sepatutnya digulingkan dengan sebegitu rupa kerana ini bukan saja melanggari prinsip dan amalan demokrasi tetapi juga mengkhianati amanah rakyat."

"Ini adalah iktibar kepada seluruh masyarakat antarabangsa bahawa keputusan demokrasi mestilah diterima dan dihormati oleh semua. Sebarang tindakan untuk menjatuhkan kerajaan yang dipilih secara demokratik nyata melanggari batasan undang-undang dan perlembagaan. Oleh itu, tindakan sebegini hendaklah dikecam dan ditolak sepenuhnya."

Dalam mendalaminya, kita dapati kenyataan pemimpin-pemimpin Pakatan dari PAS dan PKR adalah konsisten dalam mengecam penggulingan tersebut termasuk dari pemimpin DAP terutamanya wakil rakyat Serdang yang mengutuk hukuman mati keatas 529 penyokong Dr Morsi.

Bagaimana pun di pihak BN dan UMNO, tiada satu pun kenyataan yang dikeluarkan dalam bentuk kutukan mahu pun kecaman. MCA, MIC dan part2 komponen BN yang lain juga langsung tidak membuat sebarang kenyataan. Cuma Dr. Mahathir yg membuat kenyataan ketidaksesuaian Dr Morsi dilucutkan jawatan Presiden secara paksa dan menyeru pihak yg kalah secara demokratik menerima kekalan tersebut. PM Najib pula dilihat lebih menumpukan bahawa perubahan yg dituntut oleh rakyat Mesir ketika menjatuhkan Mubarak tidak semestinya merupakan sesuatu yang baik disamping tidak membuat sebarang kenytaan mengecam mahupun mengutuk penggulingan tersebut. Cuma Khairy Jamaludin yang menampakkan kematangan dan satu-satunya pimpinan dalam UMNO yang membuat kecaman terhadap penggulingan tersebut.

No comments:

Post a Comment

IKLAN

ealier posting

FB Box

Blog of people that I know

  • Konflik Korea Selatan dengan Korea Utara menjadi sebuah momok yang tidak berkesudahan hingga saat ini. Memiliki mata-mata di negara lawan merupakan hal y...
    2 years ago
  • *The Love of Eagle Mom, Makes the Eaglet Fly* The love of eagle mom, makes the eaglet fly Not cowardness of love, will only causes them die. Feeding the nes...
    7 years ago
  • Anak aku Atikah sebelum ini berniaga kain cotton Gred A secara online melalui syarikatnya yang diberi nama Sweet Little Cotton Enterprise atau singkatannya...
    9 years ago

Blog of People I wish to know

Other blogs

Harun Yahya TV

Jadual Ceramah